A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Teknik-Teknik Relaksasi

Teknik-Teknik Relaksasi

Download:

Transkipsi
Relaksasi adalah suatu keadaan dimana pesakit berasa lega daripada tekanan atau rasa tegang ketika mengalami stress akibat diserang darah tinggi, penyakit jantung atau susah hendak tidur, sakit kepala dan asma.
Terdapat pelbagai jenis relaksasi seperti teknik pernafasan, Regangan ,gambaran dalam  fikiran (Imagery)

  • Pilih bilik yang sunyi, tiada gangguan dan yang sejuk dan nyaman.
  • Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.

Melakukan teknik pernafasan dalam  adalah teknik yang paling asas.
Ianya  dilakukan dengan menarik nafas dan menghembus nafas secara dalam. Teknik ini boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa.
Cuba praktikkan untuk beberapa minit, 3 atau 4 kali sehari dan apabila pesakit merasa tegang atau tertekan.
Cara-cara menarik nafas yang betul ialah:

  • Duduk dan letak kedua belah tangan pesakit dengan erat dan selesa di atas perut.
  • Pastikan otot perut dalam keadaan rehat.
  • Tarik nafas perlahan-lahan dan dalam-dalam melalui hidung dan pastikan perut mengembang seberapa yang boleh.
  • Tahan pernafasan untuk beberapa saat sebelum menghembusnya

Kemudian cara-cara menghembuskan nafas

  • Menghembus nafas perlahan-lahan melalui mulut dimana kedua belah tangan masih diatas perut
  • Semasa anda menghembus nafas, pastikan diafram (Otot besar di bahagian bawah paru-paru) dalam keadaan relaks dan anda merasai seperti dada anda kosong.
  • Bayangkan angin yang keluar dari badan anda membawa sekali stres yang ada di dalam badan
  • Ulangi semula pusingan pernafasan tersebut

(Ulangi pusingan ini tiga atau empat kali setiap sesi)
Teknik asas kedua ialah gambaran dalam fikiran (Imagery)

  • Ianya mengenai pembentukan gambaran dalam minda.
  • Ianya boleh mengalihkan perhatian dan pemikiran yang menyebabkan stress.

Apabila anda ingin melakukan teknik relaksasi adalah amat penting untuk anda:

  • Pilih teknik yang paling sesuai untuk anda
  • Belajar dan praktik teknik tersebut selalu atau sekerap mungkin.
  • Jangan biarkan pesakit bangun mengejut selepas melakukan latihan relaksasi. Cuba berehat 1 -2 minit untuk menikmati latihan yang telah dibuat.
  • Bangun perlahan-lahan apabila sudah bersedia.
  • Ianya mustahil untuk mahir belajar relaksasi dalam satu sessi latihan. Banyakkan latihan supaya anda mahir, cekap dan lebih relaks
  • Cuba mengenalpasti punca stres atau situasi yang membangkitkan kebimbangan dan elakkannya.
  • Bijak membuat pilihan dan tingkatkan keupayaan mengawal stress pesakit.
T
7 Amalan Bijak Ketika Menyediakan Makanan Untuk kanak-kanak Sekolah
7 Amalan Bijak Memberikan Makanan Kepada Kanak Prasekolah
7 Amalan Membeli Belah Secara Sihat
7 Langkah bagi Mengurangkan Berat Badan
7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula
Tangani Kemarahan
Teknik Mengangkat dan Mengalih Warga Emas (di Katil)
Teknik Mengangkat dan Mengalih Warga Emas (di Kereta)
Teknik Penggunaan Inhaler
Teknik Pernafasan
Teknik Urut Bahu dan Leher
Teknik-Teknik Relaksasi
Tip Kebersihan Mulut Bayi dan Kanak-kanak
Tip Menjaga Mulut Bagi Orang Kurang Upaya
Tip Penjagaan Mata
Transnasal Endoscopy

 

Artikel Berkaitan

Pap Smear

Your browser does not support the video tag. [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv] Download:

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,087,720

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia