A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Demam

Demam bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus.

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.2°C (suhu di mulut), jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam.

Demam juga boleh dimanifestasikan oleh penyakit kronik atau sebarang reaksi immunologi.

Penyebab Demam

  • Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit
  • Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis)
  • Demam malaria/denggi/HIV
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
  • Barah/Kanser

Rawatan

Jangkitan ringan selalunya akan lega tanpa rawatan kerana sistem imunisasi berjaya menangani jangkitan.

Perkara yang perlu dilakukan dirumah ketika demam adalah :

  • Demam yang ringan <38°C dan tiada komplikasi
  • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
  • Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
  • Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
  • Mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Jika anda mempunyai gejala yang serius :

  • Jika suhu badan melebihi >38°C rawatan di rumah tidak membantu.
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara.
  • Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
  • Sakit perut, mata atau tulang pipi.
  • Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
  • Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
  • Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
  • Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
  • Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
  • Demam berkaitan dengan kecederaan
  • Sejarah denggi di kawasan perumahan

Pencegahan

  • Elakkan dari mendekati seseorang yang demam berpunca daripada penyakit berjangkit seperti TB
  • Mengamalkan kebersihan .
  • Menjauhi tempat-tempat yang sesak seperti perhimpunan jalanan dan pusat membeli-belah yang sesak
  • Sentiasa aktif dan melakukan senaman secara berkala
  • Ambil diet yang seimbang dan sihat.

Soalan Lazim

Bagaimana Mengukur Suhu Badan?

  • Untuk memastikan adakah anda demam, gunakan jangkasuhu klinikal yang bole di beli dari farmasi, untuk mengukur suhu badan.
  • Penggunaan digital termometer adalah digalakkan berbanding dengan jangka suhu merkuri terutama dirumah
  • Pastikan jangka suhu bersih sebelum digunakan. Air boleh digunakan untuk membersih jangkasuhu
  • Ikut arahan penggunaan dengan betul sebelum digunakan
  • Jika tahap suhu badan >38°C, sila berjumpa dengan anggota kesihatan terdekat
  • Jangka suhu telinga boleh digunakan
  • Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.

Sekiranya anda tidak pasti, sila berjumpa doktor.

Rujukan

  1. John Murtagh’s General Practice, July 2015, Six Edition
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Jamilah Abdullah
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Alahan Ubat

Mengenalpasti tanda dan gejala alahan ubatan adalah satu perkara penting kerana ia boleh mengancam nyawa. Walau bagaimanapun kematian disebabkan oleh alahan ubat jarang berlaku.

Tiroid

Pengenalan Tiroid merupakan kelenjar yang berbentuk rama-rama yang terletak di

Sakit Kepala

Sakit kepala adalah masalah yang sering diadukan oleh remaja semasa mendapat rawatan di klinik-klinik. Apakah penyebab sakit kepala? Jangkitan kuman, sakit kepala akibat tekanan, migrain

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,236,576

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia