A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. 7 Amalan Bijak Memberikan...

7 Amalan Bijak Memberikan Makanan Kepada Kanak Prasekolah

Download:

Dialog: Selamat Pagi cikgu , ok selamat pagi ,ok siapa ambil sarapan pagi tadi?

Memang tidak dapat dinafikan, amalan makan secara sihat adalah penting bagi kanak-kanak prasekolah yang berumur empat hingga enam tahun. Ianya bukan sahaja penting untuk pertumbuhan dan perkembangannya, tetapi juga untuk mereka kekal cergas dan aktif.

Makanan yang sihat dan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia:

  • Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan;
  • Membekalkan tenaga untuk mereka menjalankan aktiviti fizikal;
  • Membantu menguatkan sistem ketahanan badan yang dapat menghalang mereka dari mendapat jangkitan penyakit.

Ikuti panduan berikut ketika menyedia dan memberi anak anda makan: Dialog : ok apa ada dalam nasi goreng ? Kacang , sayur

    1. Walaupun bermula usia 1 tahun kanak-kanak seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga, kebiasaannya di peringkat usia ini minat untuk mereka makan akan menurun kerana terpengaruh dan teruja dengan keadaan sekeliling. Anda tidak harus bimbang. Berikan mereka lebih perhatian dan layanilah mereka dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
    2. Pupuk amalan makan secara sihat sejak anak kecil lagi.Berikan anak anda makanan yang berkhasiat mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia. Piramid Makanan menekankan pengambilan pelbagai jenis makanan yang dapat membantu kanak-kanak memperolehi semua nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan harian berpandukan saranan Piramid Makanan Malaysia:

      Kumpulan 1: Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin serta ubi-ubian

      Kumpulan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada mereka. Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat . Nasi, mi, roti, pasta, bubur, capati dan biskut adalah makanan daripada kumpulan ini.

      Kumpulan 2: Buah-buahan dan sayur-sayuran

      Kumpulan ini membekalkan vitamin, mineral dan serat yang dapat membantu mencegah jangkitan penyakit dan mengelakkan sembelit.

      Kumpulan 3: Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang

      Makanan dalam kumpulan ini membekalkan protein, vitamin B dan mineral. Ia diperlukan untuk pertumbuhan kanak-kanak.

      Kumpulan 4: Susu dan produk tenusu

      Makanan daripada kumpulan ini kaya dengan kalsium dan protein. Ia diperlukan untuk membina tulang dan gigi. Pastikan kanak-kanak minum susu setiap hari.

      Kumpulan 5: Lemak, minyak, gula dan garam

      Pastikan kanak-kanak mengurangkan pengambilan makanan daripada kumpulan ini.

    3. Latih anak anda makan pada waktu yang tetap setiap hari.Pastikan mereka makan 3 hidangan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam, dan berikan snek di antara waktu makan utama ini. Susu adalah salah satu contoh snek berkhasiat dan sesuai dihidangkan kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, elakkan memberi snek menghampiri waktu makan utama. Ini kerana anak anda mungkin berasa kenyang dan enggan makan makanan utama mereka setelah mengambil snek yang diberi terlalu hampir dengan waktu makan utama.
    4. Gunakan contoh menu berikut sebagai panduan ketika menyediakan makanan untuk kanak-kanak prasekolah yang berumur berumur empat hingga enam tahun.Sarapan:
      • 1 senduk mi goreng yang mengandungi
        • 2 sudu makan sawi
        • 2 sudu makan lobak merah
        • 2 sudu makan tauhu
      • 1 gelas susu

Minum pagi:

      • 3 keping biskut krim kraker
      • ½ potong betik
      • 1 cawan minuman susu bercoklat

Makan tengah hari:

      • 1 senduk nasi putih
      • 2 sudu makan bayam goreng dan 2 sudu makan lobak merah
      • 2 keping isi ayam masak merah
      • ½ potong tembikai
      • Air kosong

Minum petang:

      • 1 senduk jagung rebus
      • 1 gelas jus oren

Makan malam:

      • 1 senduk nasi putih
      • 2 senduk sup yang mengandungi
        • 2 sudu makan kubis
        • 2 sudu makan tomato
      • ½ ekor ikan masak taucu
      • 2 potong belimbing
      • Air kosong

Minum malam:

    • 1 keping roti bakar
    • ½ sudu teh mentega kacang
    • 1 cawan minuman bermalt
  1. Selia anak anda ketika mereka makan. Bagi kanak-kanak yang kurang berminat untuk makan, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan mereka makan. Di antaranya ialah:
    • Duduk dengan mereka semasa mereka makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa mereka menikmati hidangan
    • Berikan masa untuk mereka menikmati hidangan. Jangan terburu -buru.
    • Beri pujian kepada mereka jika mereka memilih makanan yang berkhasiat.
    • Berikan kanak-kanak makanan mengikut sukatan yang disarankan.
    • Jika memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan makanan yang berkhasiat seperti sayur dan susu bersama-sama makanan tersebut.
    • Berikan makanan sebaik sahaja mereka berasa lapar. Jika kanak-kanak menunggu terlalu lama, kemungkinan selera mereka akan hilang.
    • Jangan memaksa mereka makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan memberi pengalaman makan yang tidak menyeronokkan. Keadaan ini mungkin menyebabkan masalah kepada tabiat makan mereka di kemudian hari.
    • Jangan berikan anak banyak minuman sebelum atau semasa menikmati hidangan kerana ia boleh mengganggu selera makan .
  2. Jika anda bercadang untuk melakukan aktiviti di luar atau untuk beriadah bersama keluarga, sediakan makanan ringkas seperti telur rebus, sandwic atau buah kering untuk dihidangkan. Susu atau air suam adalah lebih baik daripada minuman berkarbonat atau minuman manis.
  3. Untuk menceriakan lagi suasana, ajaklah anak-anak anda menyediakan makanan yang ringkas, membantu menghidangkan makanan dan mengemas meja.
T
7 Amalan Bijak Ketika Menyediakan Makanan Untuk kanak-kanak Sekolah

7 Amalan Bijak Memberikan Makanan Kepada Kanak Prasekolah

7 Amalan Membeli Belah Secara Sihat

7 Langkah bagi Mengurangkan Berat Badan

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula

Tangani Kemarahan

Teknik Mengangkat dan Mengalih Warga Emas (di Katil)

Teknik Mengangkat dan Mengalih Warga Emas (di Kereta)

Teknik Penggunaan Inhaler

Teknik Pernafasan

Teknik Urut Bahu dan Leher

Teknik-Teknik Relaksasi

Tip Kebersihan Mulut Bayi dan Kanak-kanak

Tip Menjaga Mulut Bagi Orang Kurang Upaya

Tip Penjagaan Mata

Transnasal Endoscopy

 

Artikel Berkaitan

Q

Tiada Audio

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,377,023

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia