A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. 7 Amalan Membeli Belah...

7 Amalan Membeli Belah Secara Sihat

Download:

Amalan makan secara sihat boleh bermula di pasar raya. Makanan yang dibeli di pasar raya dan seterusnya dimasak dan dimakan di rumah merupakan asas kepada amalan makan secara sihat untuk anda dan keluarga.

Pelbagai jenis makanan boleh didapati di pasar raya. Bilangan jenis makanan begitu banyak sekali sehingga ia boleh menyukarkan anda bagi menentukan makanan mana yang lebih baik untuk kesihatan anda dan keluarga.

Walau bagaimanapun, cara yang paling baik untuk membantu anda untuk membuat pilihan yang bijak ialah dengan mengetahui khasiat yang terkandung dalam makanan tersebut. Anda juga perlu membaca dan memahami label makanan.

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh anda gunakan untuk membeli makanan secara sihat

  1. Sebelum anda membeli belah periksa bekalan atau simpanan makanan yang sedia ada untuk memastikan bekalan makanan anda masih ada dan mencukupi berkeadaan baik dan selamat. Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran ke atas pembelian bahan-bahan yang tidak diperlukan. Gunakan Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan semasa membuat pemeriksaan bekalan makanan. Pastikan terdapat sekurang-kurangnya satu bahan makanan dari setiap kumpulan berikut dan senaraikan bahan makanan yang perlu dibeli mengikut keperluan.
    • Nasi , mi ,roti ,bijirin dan produk bijirin serta ubi-ubian
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran
    • Ikan ,ayam ,telur ,daging dan kekacang
    • Susu dan Produk Tenusu
    • Lemak ,minyak ,gula dan garam
  2. Apabila membuat pilihan untuk kumpulan bijirin pilihlah beras perang atau beras Parboiled berbanding dengan beras biasa. Ianya tinggi kandungan serat dan vitamin serta mineral. Bagi roti pula utamakan roti bijirin penuh berbanding roti putih. Roti bijirin penuh mempunyai lebih serat berbanding roti putih.
  3. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula pilihlah yang tidak layu dan tidak berubah warna. Pilih sayur dan buah yang masih segar dan berkeadaan baik. Bagi pilihan yang sihat pelbagaikan warna buah-buahan dan sayur-sayuran anda. Jangan hanya memilih satu jenis buah dan sayur sahaja.
  4. Ikan merupakan sumber protein dan kebanyakannya rendah kandungan lemak. Ikan perlu di ambil setiap hari. Ketika membeli ikan pula pilihlah ikan yang kulitnya berkilat dan cerah ,mata jernih bercahaya, insang berwarna merah cerah, tidak berbau busuk serta mempunyai isi yang pejal dan anjal. Daging segar pula mestilah berwarna merah cerah, tidak berbau busuk, tidak berlendir serta tidak banyak lemak. Pilih ayam yang kulitnya berwarna cerah dan tidak lebam serta mempunyai isi yang pejal dan anjal. Daging dan ayam merupakan sumber zat besi yang baik ,udang segar pula mempunyai kulit yang berwarna cerah dan bersinar kepala tidak tertanggal ,tidak berbau busuk serta mempunyai isi yang pejal dan anjal ,ketika memilih telur elak memilih telur yang retak ,pecah dan diselaputi najis atau kekotoran ,kekacang seperti kacang dal , kacang hijau , tempe , tauhu dan susu kacang soya boleh dijadikan sebagai pengganti sebagai hidangan ayam atau daging apabila membeli kekacang pilih lah kekacang yang tidak basah reput ,berkulat dan tidak mengandungi serangga atau bahan asing
  5. Susu dan hasil tenusu merupakan sumber protein dan kalsium ,apabila membeli susu pastikan bungkusannya masih sempurna dan tidak bocor atau kemek, bagi susu jenis cecair pastikan juga bungkusannya tidak menggelembung pilihlah susu dan hasil tenusu yang rendah lemak.
  6. Utamakan makanan yang segar dalam senarai membeli belah anda ,elakkan membeli makanan dalam tin kerana biasa nya ia tinggi kandungan garam serta bahan perasa tiruan sekiranya anda ingin membeli makanan dalam tin periksa tin tersebut dan pastikan tiada tanda-tanda menggelembung kemek atau karat elakkan membeli makanan dalam tin yang mempunyai tanda-tanda tersebut
  7. Akhir sekali amalkan membaca label serta fahami label pada produk tersebut. Jangan terpedaya dengan label yang menarik teliti bahan-bahan yang disenaraikan dalam senarai ramuan. Senarai ramuan disusun mengikut kuantiti iaitu yang paling banyak dilabel sebagai ramuan pertama dan seterusnya pastikan makanan itu berada dalam keadaan baik dan belum melewati tarikh akhirnya. Elakkan dari membeli makanan yang telah tamat tarikh akhir walaupun ditawarkan dengan harga yang murah, makanan tersebut mungkin telah rosak dan boleh membahayakan kesihatan. Baca dengan teliti arahan penyimpanan makanan yang dinyatakan pada label penyimpanan yang betul dapat mengelakkan makanan menjadi rosak sebelum tamat tarikh luput yang di nyatakan. Semak juga maklumat pemakanan pada label makanan. Ia memberi maklumat tentang kandungan nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut, buat perbandingan untuk memilih produk yang mengandungi kurang lemak, gula dan garam. Amalan membaca label pada produk makanan dapat membantu anda membuat pilihan yang lebih sihat. Ambil perhatian kepada apa yang beli kerana ianya bukan sahaja menjimatkan wang malah dapat memastikan anda dan keluarga mendapat nutrien yang di perlukan untuk kesihatan
T
7 Amalan Bijak Ketika Menyediakan Makanan Untuk kanak-kanak Sekolah

7 Amalan Bijak Memberikan Makanan Kepada Kanak Prasekolah

7 Amalan Membeli Belah Secara Sihat

7 Langkah bagi Mengurangkan Berat Badan

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula

Tangani Kemarahan

Teknik Mengangkat dan Mengalih Warga Emas (di Katil)

Teknik Mengangkat dan Mengalih Warga Emas (di Kereta)

Teknik Penggunaan Inhaler

Teknik Pernafasan

Teknik Urut Bahu dan Leher

Teknik-Teknik Relaksasi

Tip Kebersihan Mulut Bayi dan Kanak-kanak

Tip Menjaga Mulut Bagi Orang Kurang Upaya

Tip Penjagaan Mata

Transnasal Endoscopy

 

Artikel Berkaitan

F

Fake Braces

D

Dengkur Diabetes dan Anda

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,211,944

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia