A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Jaminan Kualiti

Jaminan Kualiti

Jaminan Kualiti Informasi Kesihatan

Sejajar dengan objektif Portal MyHEALTH untuk menyediakan satu saluran informasi kesihatan yang berwibawa, setiap isi kandungan akan melalui proses kawalan kualiti yang ketat. Langkah-langkah proses kawalan kualiti adalah seperti berikut:

Langkah 1 – Pembangunan Isi Kandungan

Jawatankuasa Editorial yang dilantik bertangungjawab menentukan hala tuju dan keperluan utama untuk isi kandungan MyHEALTH. Jawatankuasa ini akan mengenal pasti dan memilih topik-topik yang bersesuaian. Penulis-penulis isi kandungan MyHEALTH adalah terdiri daripada pengamal-pengamal perubatan dan anggota kesihatan sains bersekutu bertauliah yang telah dilantik untuk menulis mengenai topik yang telah dipilih. Hasil penulisan perlu berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Kualiti Portal MyHEALTH yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Editorial.

Langkah 2 – Proses Akreditasi

Setelah isi kandungan ditulis, satu proses penyemakan menyeluruh ke atas semua isi kandungan tersebut akan dilakukan oleh Akreditor yang juga terdiri daripada pengamal-pengamal perubatan dan anggota kesihatan bersekutu bertauliah yang dilantik oleh Jawatankuasa Editorial. Sebarang perubahan ke atas isi kandungan akan dirujuk kembali penulis asal tujuan rujukan semula.

Langkah 3 – Penyuntingan Isi Kandungan dan Kelulusan

Pihak pengurusan MyHEALTH akan membuat semakan tata bahasa isi kandungan akhir dan memastikan kandungan MyHEALTH adalah sentiasa konsisten. Isi kandungan yang telah disemak dan disunting akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Editorial untuk pengesahan dan kelulusan.

Langkah 4 – Penyediaan Isi Kandungan untuk dihoskan di laman web.

Isi kandungan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Editorial akan dikemukakan kepada Unit Health Online untuk penyediaan sebelum dihoskan ke web.

Carta Alir Proses Perolehan Artikel Portal MyHEALTH

Semakan Terakhir : 31 Oktober 2017

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,225,553

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 11:55:02
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia