Home > Laman Utama > Kanser Serviks

Kanser Serviks

Download:

 

Apakah itu kanser serviks?

Kanser Serviks juga dikenali sebagai Kanser Pangkal Rahim. Serviks merupakan bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.

Kanser Serviks juga adalah penyakit dimana sel-sel di serviks membiak secara luar biasa. Ia terbahagi kepada 2 peringkat di mana pada peringkat awal kanser ia berlaku di sekitar serviks.

Peringkat lewat pula berlaku apabila kanser merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain (malignan).

Kanser serviks merupakan kanser ketiga terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payu dara dan kanser usus. Dianggarkan lebih kurang 12 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk di Malaysia menghidap kanser ini.

Penyebab kanser serviks?

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini.
Wanita yang berisiko tinggi adalah seperti berikut:

  • Memulakan perhubungan seks pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang.
  • Kerap melahirkan anak.
  • Jangkitan “HPV” (Human Papillomavirus) .
  • Merokok.
K
Kanser Paru-Paru

Kanser Payu Dara

Kanser Serviks

Katarak

Kecederaan Lutut Semasa Bersukan

Kegagalan Fungsi Jantung

Kelemumur

Kesan Alkohol Terhadap Mental & Fizikal Manusia

Kesan Karbon Monoksida Terhadap Janin

Kesan Negetif Stres

Kitaran Hidup Nyamuk Aedes

Kudis Tekanan