A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Kitaran Hidup Nyamuk Aedes

Kitaran Hidup Nyamuk Aedes

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

Aedes berasal dari Afrika. Kini, nyamuk aedes boleh dijumpai di seluruh dunia terutamanya di negara yang beriklim tropika dan sub tropika. Mengikut kajian, nyamuk aedes kerap dijumpai di tempat sejuk dan iklim yang sederhana.

Aedes tinggal di habitat berhampiran dengan manusia. Adalah penting untuk memahami kitaran hidup nyamuk aedes bagi mengawal kewujudannya.
Seperti serangga lain, aedes juga mempunyai metamorfosis lengkap iaitu telur, larva, jentik-jentik dan peringkat dewasa.

Kitaran hidup nyamuk aedes dari telur menjadi nyamuk dewasa hanya mengambil masa selama 7 hari.

Mengawan
Nyamuk jantan hanya hidup beberapa hari selepas mengawan dan makan jus tumbuhan sehingga mati. Nyamuk betina yang sedang bertelur memerlukan satu hingga tiga gigitan darah bagi memastikan telur mereka matang untuk bertelur.  Setiap gigitan darah mengambil masa dua atau 7 hari untuk dihadam. Nyamuk betina boleh menghasilkan sehingga 200 telur. Bilangan telur yang dihasilkan bergantung kepada gigitan darah yang diperoleh. Setiap nyamuk betina mampu bertelur 5 kali sepanjang hidupnya. 

Telur
Nyamuk betina selalunya bertelur di kawasan yang berair. Pada peringkat permulaan, telur akan berubah menjadi hitam berkilat. Telur nyamuk boleh bertahan sehingga berbulan lamanya. Apabila kekal lembap, telur akan menetas menjadi jentik-jentik selepas dua atau 7 hari, bergantung kepada cuaca dan suhu persekitaran. 

Jentik-jentik
Jentik-jentik tergantung di permukaan air, di mana sifon, iaitu alat pernafasannya terletak di bahagian bawah badannya. Jentik-jentik hidup dengan memakan alga dan mikroorganisma yang berada di permukaan air. Jentik-jentik akan berubah menjadi nyamuk dewasa dengan pantas melalui 3 peringkat. Jentik-jentik berada pada peringkat ke empat dalam masa yang lama dari peringkat sebelumnya dan selalunya mengambil masa 3 hari. Jentik-jentik boleh hidup sehingga sebulan jika berada pada keadaan sejuk.

Metamorphosis
Selepas tempoh matang,  peringkat ke empat akan menjadikan jentik-jentik sebagai nyamuk dewasa. Pada peringkat ini, nyamuk tidak makan. Mereka mengambil masa 2 hari untuk matang sepenuhnya. Pada masa ini, nyamuk akan mula mempunyai kaki, sayap, mata dan bahagian mulut yang digunakan untuk menghisap darah.

K

Kaedah Merancang Keluarga – Implan

Kanser Paru-Paru

Kanser Payu Dara

Kanser Serviks

Katarak

Kecederaan Lutut Semasa Bersukan

Kegagalan Fungsi Jantung

Kelemumur

Kesan Alkohol Terhadap Mental & Fizikal Manusia

Kesan Karbon Monoksida Terhadap Janin

Kesan Negatif Stres

Kitaran Hidup Nyamuk Aedes

Kudis Tekanan

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,422,464

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia