A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Kesan Karbon Monoksida

Kesan Karbon Monoksida

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

Merokok merupakan satu tabiat yang buruk. Ia bukan sahaja dapat memberi kesan yang negatif kepada perokok malahan juga kepada orang lain yang menyedut asap rokok.

Antara risiko penyakit yang disebabkan oleh merokok adalah penyakit saluran pernafasan kronik seperti bronkitis kronik, emfisima, kanser paru – paru akibat penyedutan asap yang mengandungi toksik yang berlebihan.

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun didalam asap rokok dan salah satunya adalah karbon monoksida.

Karbon Monoksida adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini akan mengikat hemoglobin hingga ia menjadi terencat dan menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu didalam badan. Molekul Karbon Monoksida dan Hemoglobin yang bergabung dikenali sebagai Carboxyhemoglobin.

Walaupun kandungan karbon monoksida didalam hemoglobin tidak memberikan kesan serta merta tetapi kekurangan oksigen akan menyebabkan janin didalam kandungan tidak membesar dengan sempurna serta bayi dilahirkan kecil dari saiz yang sepatutnya. Ini akan meningkatkan  risiko kematian bayi didalam rahim secara tiba – tiba.

Terdapat banyak lagi risiko penyakit yang disebabkan oleh merokok. Penyakit kardiovaskular, kemandulan,mempercepatkan proses penuaan. Oleh itu adalah lebih baik untuk anda berhenti sebelum ianya membawa padah. Berikut adalah tips untuk membantu anda berhenti merokok :

  1. Sibukkan diri anda melakukan aktiviti yang menghalang anda untuk  merokok.
  2. Elakkan daripada duduk bersama dengan orang yang sedang merokok.
  3. Mengunyah sesuatu seperti gula – gula getah apabila timbul keinginan untuk merokok.

 ”BERHENTI MEROKOK ADALAH LANGKAH BIJAK”

K

Kaedah Merancang Keluarga – Implan

Kanser Paru-Paru

Kanser Payu Dara

Kanser Serviks

Katarak

Kecederaan Lutut Semasa Bersukan

Kegagalan Fungsi Jantung

Kelemumur

Kesan Alkohol Terhadap Mental & Fizikal Manusia

Kesan Karbon Monoksida Terhadap Janin

Kesan Negatif Stres

Kitaran Hidup Nyamuk Aedes

Kudis Tekanan

 

Artikel Berkaitan

K

Kanta Lekap Kaedah Mengurangkan Kesakitan Arthritis dan Bengkak Kemahiran Berunding Kemahiran

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,245,590

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia