A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Katarak

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

Sewaktu penglihatan yang normal, cahaya menembusi kornea satu lapisan tisu jernih, dan kemudian melalui pupil, satu pembukaan di bahagian tengah tisu berwarna iris untuk ke kanta.

Cahaya, kemudiannya, menembusi kanta. Kanta memfokuskan cahaya pada retina, lapisan saraf dibelakang mata.

Cahaya ini akan ditukar kepada isyarat yang dihantar kepada otak. Isyarat di otak kemudiannya ditukar menjadi imej.

Apa itu katarak?

Kanta adalah jernih dan lutsinar, sesuai dengan peranannya memfokus cahaya ke retina.

Katarak terjadi apabila kanta tidak lagi jernih atau lutsinar ataupun menjadi legap.

Ada banyak penyebab katarak. Paling utama akibat peningkatan usia. Antara penyebab lain adalah seperti keturunan, penyakit seperti diabetes dan kecederaan mata.

Katarak menyebabkan penglihatan seseorang menjadi  kabur dan boleh menyebabkan buta jika diabaikan.

Katarak boleh diatasi dengan penggunaan cermin mata pada peringkat awal.

Jika cermin mata tidak dapat membetulkan penglihatan, pembedahan perlu dilakukan kerana tiada ubat untuk merawat katarak.

Pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan kanta yang legap itu dan digantikan dengan kanta tiruan.

Katarak adalah penyebab kebutaan yang boleh dirawat

K

Kaedah Merancang Keluarga – Implan

Kanser Paru-Paru

Kanser Payu Dara

Kanser Serviks

Katarak

Kecederaan Lutut Semasa Bersukan

Kegagalan Fungsi Jantung

Kelemumur

Kesan Alkohol Terhadap Mental & Fizikal Manusia

Kesan Karbon Monoksida Terhadap Janin

Kesan Negatif Stres

Kitaran Hidup Nyamuk Aedes

Kudis Tekanan

 

Artikel Berkaitan

G

Gigi Geraham Bongsu Terimpak Glaukoma Goiter Gout

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,236,526

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia