Home > Laman Utama > Kanser Payu Dara

Kanser Payu Dara

Download:

 

Kanser payu dara adalah kanser yang paling kerap terjadi di kalangan wanita hari ini. Pengetahuan tentang kanser ini boleh membantu pengesanan awal dan mencegahnya.

Payu dara terhasil daripada lobus dan duktus. Lobus terdiri daripada lobus kecil yang mengandungi kelenjar penghasilan susu yang kecil. Apabila payu dara menghasilkan susu, ia melepasi duktus dan keluar melalui puting.

Payu dara dihubungkan dengan nodus limfa iaitu gumpalan kecil tisu di dalam saluran limfa yang terletak di bawah ketiak, tulang selangka dan di bawah tisu payu dara.
Nodus limfa ini berfungsi untuk menapis bakteria, sel kanser dan lain-lain unsur yang tidak sihat.

Kanser payu dara selalunya membentuk di lobus, kelenjar dan duktus payu dara. Gejala kanser payu dara mungkin berbeza bagi setiap wanita.
Terdapat beberapa tanda biasa yang boleh dilihat.

  • perubahan pada payu dara atau puting seperti kewujudan limfa atau puting anda menjadi lembut.
  • perubahan pada saiz payu dara,
  • bentuk puting yang tenggelam,
  • perubahan pada tekstur kulit di sekitar areola
  • pengeluaran cecair di puting anda.

Dalam kebanyakan kes, kanser payu dara tidak menyebabkan kesakitan. Walau bagaimanapun, anda perlulah berjumpa doktor jika terdapat kesakitan pada payu dara atau sebarang perubahan yang anda sedari.

K
Kanser Paru-Paru

Kanser Payu Dara

Kanser Serviks

Katarak

Kecederaan Lutut Semasa Bersukan

Kegagalan Fungsi Jantung

Kelemumur

Kesan Alkohol Terhadap Mental & Fizikal Manusia

Kesan Karbon Monoksida Terhadap Janin

Kesan Negetif Stres

Kitaran Hidup Nyamuk Aedes

Kudis Tekanan