Home > Laman Utama > Merokok

Merokok

Download:

 

Transkipsi

Katakan tidak pada Rokok !

Ramai daripada mereka yang merokok sudah berhenti ada juga boleh melakukan nya dengan keyakinan diri
Sokongan ahli keluarga dan kawan-kawan tabiat merokok dapat di hentikan jika sebelum ini anda telah mencuba tetapi tidak Berjaya teruskan usaha jangan putus asa

Dialog : Macam tu la.

Tangkapan sesetengah orang memang susah nak berhenti ,

Dialog : Degil la ko ni jackie !

tapi kalau anda dapat melakukan nya anda kelihatan cergas,  nafas berbau segar dan mempunyai lebih wang untuk berbelanja pada perkara-perkara yang lebih berfaedah walaupun akibat merokok boleh mengakibatkan kanser pada jangka masa panjang  tetapi sebenarnya merokok juga mengakibat kesan buruk setiap kali rokok di hisap

Perhatikan kandungan yang terdapat pada sebatang rokok ia mengandungi campuran kecil beberapa bahan kimia yang biasa terdapat pada bahan pencuci, racun dan sebagainya

Setiap kali anda menyedut asap rokok bahan tadi akan meresap ke dalam darah dan di pam oleh jantung ke  seluruh badan

Ini boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit,

Dialog : Jackie ko ok tak ?
Dialog 2: Aku ok ,tapi jap ya aku nak berehat jap

Jadi anda mesti berazam untuk tidak merokok atau berhenti daripada  merokok

Apa yang anda boleh lakukan :

Dialog : Bagi Rokok sebatang ?
Dialog : Saya dah berhenti merokok lah abang, takkan tak de simpan

Beritahu ahli keluarga dan rakan-rakan yang anda telah berhenti merokok, minta bantuan mereka supaya tidak memberi anda rokok atau merokok ketika bersama

Buang stok rokok ,penyala api dan bekas abu rokok kerana jika anda bukan perokok kita tidak memerlukan semua itu

Anda juga boleh mendapatkan nasihat doktor  berkenaan cara-cara lain yang dapat menghilangkan ketagihan merokok, produk ini mungkin berupa path ubat atau gula-gula getah

Cari kumpulan sokongan yang boleh anda sertai samada di sekolah atau kelab komuniti untuk membantu anda untuk berhenti merokok

Jika berasa hendak menghisap merokok semula berjumpa atau hubungi mereka yang boleh membantu anda berhenti merokok

Anda juga boleh menghubungi taian info line berhenti merokok kementerian kesihatan Malaysia di 03-8883 4400

Sekiranya anda benar-benar ingin berhenti merokok elakkan budaya melepak dan isikan masa lapang dengan aktiviti  berfaedah

Jika anda masih ingin merokok carilah tempat larangan merokok untuk membantu mengawal diri anda dari merokok

Bagi perokok tegar bila mereka berhenti dan mereka akan merasa tidak selesa atau lapar ini kesan pada bahan kimia yang selalu masuk dalam badan anda tidak patut layan perasaan ini , sebaliknya sibukkan diri anda dengan melakukan senaman atau kerja atau makan-makanan  seperti buah-buahan segar

Bertindaklah sekarang

Berhentilah merokok dan dapat kan sokongan untuk membantu anda

M
Masalah Tingkah Laku Remaja

Memberus Gigi

Memfloss Gigi

Menangani Kemarahan

Mengelak Kecederaan Di Rumah

Menghargai Anak

Menyelamatkan Gigi Kekal Yang Tercabut

Menyimpan Makanan Siap di Masak Secara Selamat

Merancang Menu Sihat Berpandukan Piramid Malaysia

Merokok

Media Sosial: Gara – Gara Media Sosial