A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Menghargai Anak

Menghargai Anak

 

Download:

Transkipsi

Ibu bapa biasanya akan berasa marah jika anak-anak melakukan kesalahan. Perbuatan anak tadi sebenarnya bukan sengaja dilakukan.
Seorang anak kecil belum lagi mahir mengawal saraf otot mereka dengan baik.   Barangan terjatuh, alatan-alatan yang pecah dan sebagainya akan sering menjadi sebahagian dari jadual sehariannya.
Sebaiknya bantulah mereka  membersihkan  barangan yang telah pecah.

Terangkan kepada mereka bahawa mereka perlu bermain di tempat yang betul. Nasihatkan mereka lebih berhati-hati di masa akan datang.
Bila anak kita tidak mendapat keputusan yang dalam pelajaran ,elakkan daripada memmperbesarkan masalah pencapaian dan mencari kesalahan nya .
Bila anak kita  tidak mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran, elakkan dari membesarkan masalah pencapaian dan mencari kesalahannya.  Persepsi negatif  boleh menyebabkan anak berasa rendah diri. Jangan sesekali membandingkan anak anda dengan rakan-rakannya atau adik beradiknya.

Cuba rangsang semangatnya kepada daya usaha yang telah mereka lakukan.  Sebab pujian merupakan satu cara berkesan untuk meningkatkan harga diri seseorang.

Galakan dan kata-kata perangsang yang diberikan itu merupakan satu hadiah dan tanda ibu bapanya mengambil berat pelajaran anaknya.

Keadaan persekitaran boleh mempengaruhi motivasi pelajar.  Teliti semula segala kemudahan untuk belajar terutama ruang belajar yang diperlukan.
Mereka akan  dapat  belajar dengan tenang di   dalam suasana rumah yang harmoni.

Jika kita mendapati bahawa anak cenderung untuk sesuatu aktiviti, galakkan anak meningkatkan kreativiti mereka. Hargai kebolehan dan minat anak-anak anda

M

Masalah Tingkah Laku Remaja

Memberus Gigi

Memfloss Gigi

Menangani Kemarahan

Mengelak Kecederaan Di Rumah

Menghargai Anak

Menyelamatkan Gigi Kekal Yang Tercabut

Menyimpan Makanan Siap di Masak Secara Selamat

Merancang Menu Sihat Berpandukan Piramid Malaysia

Merokok

Media Sosial: Gara – Gara Media Sosial

 

Artikel Berkaitan

V

Tiada Audio

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,199,434

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia