A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sakit Sendi

Download:

{showhide title=”TRANSKIPSI” template=”strong,arrow-blue” changetitle=”CLICK HERE TO CLOSE…” mousetitleistitle=true closeonclick=true titleasspan=true}
Transkipsi
Bila usia semakin meningkat, antara masalah sering dialami ialah sakit sendi, terutama bagi individu yang kurang aktif dan jarang bersenam.
Secara umumnya kaum wanita lebih ramai mengalami sakit sendi berbanding lelaki.
Di antara punca berlaku sakit sendi termasuklah berat badan yang berlebihan, faktor usia, pergerakan yang tidak betul,
Dialog :
Abang tolong saya bang ..
cara mengangkat bebanan, postur yang tidak betul dan aktiviti melebihi kemampuan.
Masalah sakit sendi boleh dielakkan dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti mengekalkan berat badan yang unggul, melakukan senaman secara am dan senaman khusus untuk sendi-sendi.
Anda juga di sarankan menjaga sendi-sendi anda dengan mengamalkan langkah-langkah berikut, contohnya untuk tulang belakang, apabila mengangkat barang di lantai, kita hendaklah merendahkan badan untuk menghampiri barang tersebut.
Semasa duduk,  gunakan kerusi yang boleh menyokong belakang. Tapak kaki di rapatkan ke lantai dan badan bersandar tegak di kerusi. Kerusi tidak boleh terlalu rendah dan seelok-eloknya setinggi paras lutut.
Semasa memusingkan badan, berpusing dengan mengerakkan kaki, bukan memusing badan. Jika badan sahaja yang berpusing, ini boleh menyebabkan kecederaan tulang belakang.
Kebiasaannya kerja hendaklah di buat pada paras ketinggian siku samada sewaktu anda duduk atau berdiri.
Walau bagaimana pun kerja yang berat hendaklah dibuat pada paras lebih rendah daripada ketinggian siku.
Semasa berjalan, tegakkan kepala ke depan dan dada dibiarkan bidang.
Elakkan dari memakai kasut tumit tinggi.
Dialog : Rehat dulu ye abang ambil bantal sekejap
: ok ok
: angkat lutut sedikit abang nak letak bantal ni ,macam mana selesa tak?
: ok ok abang selesa sikit,terima kasih  abang
Semasa tidur, tidur di atas belakang dengan menyelit bantal kecil di celah lutut, tidur mengiring dengan kaki membengkok atau tidur seperti kedudukan janin dalam perut ibu.
Pastikan apabila mengambil sesuatu barang ia hendaklah boleh di capai dengan tangan dalam ruang hayunan lengan yang selamat.
Pergerakan postur yang tidak betul juga boleh menyebabkan sakit pada sendi seperti berdiri, duduk atau bergerak dalam posisi yang salah. Tabiat seperti ini akan menyebabkan otot tegang, kaku, sakit belakang, sakit leher dan kelesuan.
Sekiranya anda duduk, berdiri atau membongkok untuk tempoh yang lama, ubah kedudukan anda setiap 30 minit.
Dialog : mana buku diari saya ?
: cuba abang tengok kat situ
: di mana ? tengok dalam laci itu
: letak dairi di tempat macam ni memang susah nak cari ,aduh..
: kenapa abang ? sakit-sakit
: ok ok abang baring di sini secara perlahan
: sakit teruk ke ?
: tunggu sekejap saya ambil ubat sapu
Untuk rawatan, urut bahagian yang sakit dengan minyak, krim atau salap.
Tuam belakang anda dengan bahan panas seperti botol air panas, tuala panas, dedahan kepada sinar lampu infra red.
Akhir sekali sentiasalah bersenam supaya tubuh sihat dan badan cergas.

S
Seribu (1,000) Hari Pertama Kehidupan Ke Arah Generasi Sihat
Sakit Sendi
Saringan Pendengaran
Sawan
Senaman
Senaman dan Penjagaan Postur Post Natal
Senaman untuk Warga Emas (di Bilik Tidur)
Senaman untuk Warga Emas (di Ruang Tamu)
Senaman untuk Warga Emas (di Dapur)
Shaken Baby Syndrome
Sindrom Terowong Karpus
Sublingual Glyceryl Trinitrate (GTN)
Stroboscopy
Seksual & Reproduktif
Seksual & Reproduktif (Kategori II)

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,208,679

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia