A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Putus Hubungan

Bila anda perlu memutuskan hubungan?

Apabila anda rasa mempunyai hubungan yang tidak sihat dan tidak gembira bila bersama pasangan anda.

Amat sukar untuk memilih sama ada meneruskan atau memutuskan hubungan anda dengan pasangan.

Luahkan perasaan anda pada orang yang anda percaya kerana ia dapat membantu anda untuk membuat keputusan. Lihat Membuat keputusan.

Pertimbangkan, bagaimana anda boleh memutuskan hubungan tanpa sebarang konflik.

 

Langkah-langkah untuk memutuskan hubungan:

Langkah-langkah yang dapat membantu anda untuk memutuskan hubungan:

  • Sedar bahawa anda mempunyai hubungan yang tidak sihat
  • Ketahuilah perasaan anda sendiri dan ambillah keputusan yang tegas untuk mengakhiri hubungan anda
  • Bila anda telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan, fikirkan segera bagaimana, bila dan di mana anda akan bertindak
  • Pastikan anda sendiri memberitahu pasangan anda, secara bersemuka bukan melalui pesanan ringkas (SMS) atau melalui rakan
  • Buat janji temu dengan pasangan anda di tempat awam seperti kedai makan awam pada siang hari. Jangan memberitahu keputusan itu di rumah mereka, di tempat yang sunyi atau terasing
  • Beritahu keputusan anda untuk putuskan hubungan dalam keadaan yang tenang dan rasional, bukannya semasa sedang berbalah atau ketika dalam keadaan marah
  • Penyelesaian anda adalah secara muktamad, tegas dan jujur. Pastikan pasangan anda faham dengan keputusan anda untuk memutuskan hubungan. Bertindak secara baik dan bijak, bukannya secara kasar atau biadab
  • Beritahu pasangan anda bahawa anda akan sentiasa mengingati kenangan manis sepanjang bersamanya tetapi beri penekanan bahawa anda bersedia untuk meneruskan hidup anda
  • Pastikan pasangan anda memahami keputusan anda itu adalah muktamad dan dia perlu menerimanya
  • Anda dan pasangan perlu berfikir secara positif untuk meneruskan kehidupan masing-masing
  • Bersiap sedia untuk menerima sebarang kemungkinan ancaman yang bakal berlaku
  • Sekiranya anda rasa, anda mempunyai hubungan yang tidak sihat, dapatkan bantuan daripada orang yang anda percayai seperti ibu bapa, guru, adik-beradik yang lebih tua atau saudara mara terdekat

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Wan Fadhilah Wan Ismail
: Dr. Nik Rubiah Nik Abd. Rashid
Penyemak : Dr. Nazrila Hairizan bt. Nasir

 

Artikel Berkaitan

Jangkitan Saluran Kencing

Kuman yang menyebabkan jangkitan salur kencing selalunya berasal dari kulit berhampiran dengan pembukaan saluran kencing keluar badan (uretra)

Saya Pendek

Ketinggian terakhir anda dipengaruhi oleh gen anda sendiri

Mimpi Basah

Mimpi basah. Ini adalah sesuatu yang normal. Jangan cuba menghentikan tindak balas semula jadi badan anda.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,418,773

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia