A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Gangguan Penglihatan

masalah penglihatan sederhana-teruk di kalangan warga emas

Sebanyak 8.1% daripada warga emas yang berumur 50 tahun ke atas di Malaysia adalah dijangka mengalami masalah penglihatan sederhana-teruk di kedua-dua belah mata. Sebanyak 86.3% daripada kes tersebut berpotensi untuk dirawati.

Simptom

Sebab-sebab gangguan penglihatan

  • Rabun Mata
  • Katarak
  • Tekanan tinggi dalam bola mata (Glaukoma)
  • Kerosakan pada selaput dalam mata (macular degeneration)
  • Kerosakan mata akibat diabetes

Komplikasi

  • Kemalangan
  • Jatuh
  • Patah tulang
  • Ketidakupayaan berdikari atau melakukan aktiviti harian
  • Kualiti hidup yang rendah
  • Pengasingan sosial
  • Kemurungan

Rawatan

  • Rabun Mata – penggunaan cermin mata
  • Katarak – pembedahan dan pembuangan katarak dan penggantian kanta mata
  • Tekanan tinggi dalam bola mata (Glaukoma) – rawatan secara ubat atau pembedahan oleh pakar mata
  • Kerosakan pada selaput dalam mata (macular degeneration) – rawatan laser dan alat bantuan penglihatan
  • Kerosakan mata akibat diabetes – kawalan diabetes dengan baik dan rawatan lanjut dengan laser

Pencegahan

  • Diabetes – Saringan awal dan rawatan optima untuk mengawal penyakit diabetes sebelum melarat
  • Tekanan tinggi dalam bola mata (Glaukoma) – Saringan awal untuk pesakit yang mempunyai sejarah keluarga

Rehabilitasi

  • Alat bantuan penglihatan seperti kanta mata
  • Penilaian dan nasihat oleh jurupulih anggota dan jurupulih cara kerja mengenai pengubahsuaian dan keselamatan persekitaran

Rujukan:

Chew FLM1, Salowi MA1,2, Mustari Z3, Husni MA1, Hussein E1, Adnan TH4, Ngah NF5, Limburg H6, Goh PP4. Estimates of visual impairment and its causes from the National Eye Survey in Malaysia (NESII).

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Mohd Daud Che Yusof
  : Pn. Normah Bachik
Akreditor : Dr Lee Fatt Soon
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Jatuh

Jatuh adalah punca utama yang menyebabkan ketidakupayaan dan kematian di kalangan warga emas. Lebih daripada 1/3 warga emas yang tinggal di komuniti jatuh setiap tahun.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,052,506

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia