A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Angioplasty

 

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

 

Jantung merupakan otot yang mengepam darah ke seluruh tubuh. Apabila arteri tersumbat, perjalanan darah akan terjejas. Angioplasti adalah kaedah membuka arteri-arteri yang tersumbat daripada pembentukan plak.

Darah dalam arteri pula membekalkan jantung dengan oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan berkesan.

Dengan peredaran masa, deposit lemak yang dinamakan plak boleh terbentuk di dalam arteri. Keadaan ini boleh menyekat ataupun mengurangkan kelancaran pengaliran darah dalam arteri.

Ini akan membentuk plak dalam arteri dan menjejaskan  aliran darah ke jantung mengakibatkan penyakit arteri koronori.

Angioplasti adalah satu prosedur untuk membuka arteri yang telah sempit atau tersumbat akibat pembentukan plak. Semasa prosedur ini, satu torehan kecil akan di buat pada pangkal peha atau pergelangan tangan untuk memasuki dawai pandu melalui arteri.

Ia di susuk melalui arteri ke tempat di mana berlakunya sumbatan. Satu kateter yang dipasang pada belon yang kempis akan menyusuri dawai pandu hingga ke tempat yang ada sumbatan.

Apabila belon itu dikembungkan, ia akan memampatkan plak hingga ke dinding arteri. Proses ini akan membesarkan pembukaan arteri dan membolehkan darah mengalir secara normal melaluinya

APA ITU STEN?

Ada ketikanya semasa angioplasty, sten akan dimasukkan  ke bahagian yang tersumbat untuk membantu arteri supaya tidak tertutup semula. Sten ialah sejenis tiub jaring dawai yang diletakkan di sekeliling kateter belon yang kempis.Apabila kateter dihala tujukan ke bahagian yang tersumbat dan dikembangkan, sten akan membesar dan melekat pada dinding arteri.

Kemudian,  kateter dan dawai pandu akan dikeluarkan sementara sten berkenaan kekal di tempatnya. Prosedur angioplasti mungkin perlu diulangi jika pembentukan plak itu berulang.

A

Anemia

Angioplasty

Aplikasi Varnis Fluorida

Asma

Aterosklerosis

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,239,383

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia