A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Aterosklerosis

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:
altaltaltaltaltalt

 

Aterosklerosis adalah penyakit kronik vaskular yang progresif dimana plak akan berkumpul di dinding arteri.

Plak mengandungi deposit kolesterol dan lain-lain lipid, kalsium, dan sel radang yang juga dikenali sebagai makrofag

Plak tersebut akan menimbulkan pelbagai komplikasi:

Pertama, plak akan berkumpul di dinding arteri, dimana ia akan menyempit dan akhirnya menyekat pengaliran darah.

Kedua, plak akan tertanggal daripada dinding arteri pada bila-bila masa dan arteri menjadi sempit serta-merta. Plak yang tertanggal ini juga dikenali sebagai trombus.

Ketiga, plak akan melemahkan dinding arteri sehingga menyebabkan arteri membengkak dan menonjol keluar, ia dikenali sebagai aneurisme. Pendarahan dalaman yang parah akan berlaku sekiranya aneurisme pecah.
`
Bagaimana aterosklerosis terjadi?
Banyak faktor yang menyumbang kepada terjadinya aterosklerosis iaitu seperti berikut:

  • Faktor genetik – kecenderungan aterosklerosis untuk berlaku amat ketara di kalangan ahli keluarga. Sesiapa yang mempunyai keluarga terdekat (ibu-bapa, adik-beradik, pakcik dan makcik) yang menghidap aterosklerosis perlu menjaga kesihatan untuk mengurangkan risiko.
  • Tahap lemak yang tidak normal – lemak LDL yang tinggi dan lemak HDL yang rendah dalam darah ada kaitan dengan aterosklerosis.
  • Tekanan darah tinggi
  • Merokok
  • Gaya hidup tidak aktif
  • Berat badan berlebihan
  • Diabetes

Aterosklerosis selalunya boleh menyebabkan serangan jantung, angin ahmar; kegagalan buah pinggang dan aneurisme aorta.

Aterosklerosis adalah penyebab utama kematian dan hilang upaya.

A

Anemia

Angioplasty

Aplikasi Varnis Fluorida

Asma

Aterosklerosis

 

Artikel Berkaitan

W

Tiada Video

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,067,623

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia