Home > Umum > Radiologi > Kaedah Pemeriksaan > PEMERIKSAAN X-RAY WARGA TUA (GERIATRIK)

PEMERIKSAAN X-RAY WARGA TUA (GERIATRIK)

Apa Itu Pemeriksaan X-ray Warga Tua (Geriatrik)?

  • Pemeriksaan x-ray warga tua (geriatrik) adalah pemeriksaan yang melibatkan pesakit tua, berumur 65 tahun dan ke atas (http://www.hkrta.50g.com/Academicdoc/Geriatric.pdf).
  • Perkataan geriatrik berasal dari bahasa Greek, yang bermaksud ‘orang tua’. (http://en.wikipedia.org/wiki/Geriatrics).
  • Warga tua (geriatrik) selalunya lebih dibebani dengan pelbagai penyakit kronik seperti masalah jantung, kanser, dan juga strok (http://www.hkrta.50g.com/Academicdoc/Geriatric.pdf).

Bagaimana Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?

  • Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda doktor tersebut akan menentukan sama ada anda memerlukan pemeriksaan ini atau tidak.
  • Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.
  • Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM yang terpilih.

Bila Pemeriksaan X -ray Warga Tua Diperlukan?

Di antara indikasi pemeriksaan x-ray untuk warga geriatrik adalah seperti berikut: (http://www.cccnj.edu/uploadedFiles/ http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2628843/):

  • Masalah sistem pernafasan.
  • Masalah sistem penghadaman.
  • Masalah radang sendi pada anggota atas dan bawah.
  • Masalah sistem kardiovaskular.
  • Masalah sistem hepatic atau hati.
  • Masalah sistem genitourinari.
  • Masalah sistem musculoskeletal.
  • Masalah sistem neurologik.

geriatrik_1a geriatrik_1b

(a) Sendi pinggul                           (b) Sendi lutut

Gambar 1(a), (b): Imej x-ray bahagian badan pesakit geriatrik

Sumber: http://www.cccnj.edu/uploadedFiles/

Sebelum pemeriksaan

  • Juru X-ray akan menerangkan kepada pesakit tentang pemeriksaan yang akan dilakukan. Waris pesakit dibenarkan untuk bersama-sama pesakit semasa penerangan pemeriksaan.
  • Sila maklumkan kepada Juru X-ray sekiranya pesakit mempunyai sebarang masalah seperti pendengaran atau sebagainya yang boleh menyukarkan proses komunikasi.
  • Pesakit perlu menanggalkan objek berasaskan besi seperti klip rambut, subang, rantai leher, dan sebagainya pada bahagian yang terlibat untuk mengelakkan artifak pada imej.
  • Juru X-ray juga akan menerangkan kepada pesakit sama ada pemeriksaan perlu dilakukan dalam posisi baring, meniarap, duduk atau sebagainya.
  • Pesakit juga mungkin diarahkan untuk menukar pakaian kepada pakaian hospital sekiranya perlu.
  • Latihan untuk arahan pernafasan juga akan dilakukan sekiranya perlu.

Semasa pemeriksaan

  • Pesakit dinasihatkan supaya tidak bergerak semasa pemeriksaan radiografi dilakukan.
  • Arahan pernafasan mungkin diadakan sekiranya perlu.
  • Pesakit perlu memberi kerjasama sepenuhnya semasa pemeriksaan dilakukan untuk menggelakkan pemeriksaan ulangan.
  • Alat cegah gerak juga digunakan.

Selepas pemeriksaan

  • Tiada penjagaan khusus diperlukan bagi pesakit selepas pemeriksaan.
  • Pesakit akan dibenarkan balik selepas selesai pemeriksaan.
  • Jika ada sebarang masalah, hendaklah dimaklumkan kepada Juru X-ray yang bertugas.

Laporan Pemeriksaan

Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan akan disediakan.

Rujukan

  1. en.wikipedia.org/wiki/Geriatrics
  2. www.cccnj.edu/uploadedFiles
  3. www.hkrta.50g.com/Academicdoc/Geriatric.pdf
  4. www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2628843/
  5. www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19155363

 

Semakan Akhir : 3 Januari 2017
Penulis : Ridani binti Mohamad
Akreditor : Norman Serbastian Alangaram