Home > Umum > Radiologi > Kaedah Pemeriksaan > PEMERIKSAAN X-RAY MUDAH GERAK

PEMERIKSAAN X-RAY MUDAH GERAK

Apakah Pemeriksaan X- ray Mudah Gerak

Pemeriksaan X-ray Mudah Gerak merupakan pemeriksaan X-ray yang dilakukan ke atas pesakit yang tidak boleh dibawa ke Jabatan X-ray seperti pesakit:

  • Tenat

  • Memerlukan rawatan rapi

  • Penyakit berjangkit

  • Dengan alat bantuan perubatan yang kompleks

  • Kes-kes forensik

Jenis Pemeriksaan Mudah Gerak

Pemeriksaan X-ray Mudah Gerak yang biasa dilakukan:

  • Dada (Toraks)

  • Turus vertebra

  • Rangka kepala

  • Abdomen and pelvis

  • Anggota atas dan bawah

pemeriksaan_x-ray_mudah_gerak_1

Gambar 1: Pemeriksaan X-ray mudah gerak menggunakan Mesin Mudah Gerak

Bagaimana Pemeriksaan X-ray Mudah Gerak Dilakukan?

  • Pemeriksaan X-ray ini dilakukan dengan menggunakan mesin X-ray mudah gerak.

  • Mesin ini boleh digerakkan ke tempat-tempat yang memerlukannya seperti wad, unit rawatan rapi, bilik resusitasi dan bilik mayat.

  • Juru X-ray akan menolak mesin tersebut ke tempat yang diperlukan.

  • Mesin akan dibawa berhampiran dengan pesakit.

  • Juru X-ray akan memposisikan mesin dan pesakit yang berkenaan.

  • Sebelum dedahan X-ray dibuat, Juru X-ray akan memaklumkan agar semua orang yang berada di kawasan sekeliling supaya beredar.

  • Selepas pemeriksaan, mesin akan ditolak ke jabatan dan imej akan diproses.

 

Semakan Akhir : 8 Mei 2014
Penulis : Azmi Murad bin Taha
Akreditor : Daud bin Ismail