Home > Umum > Radiologi > Kaedah Pemeriksaan > PEMERIKSAAN X-RAY KEMALANGAN DAN KECEMASAN

PEMERIKSAAN X-RAY KEMALANGAN DAN KECEMASAN

Apa Itu Pemeriksaan X-ray Kemalangan Dan Kecemasan?

  • Pemeriksaan X-ray kemalangan dan kecemasan adalah pemeriksaan ke atas pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di jabatan kemalangan dan kecemasan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pesakit kritikal.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?

  • Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda, doktor tersebut akan menentukan samada anda memerlukan pemeriksaan ini.
  • Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.
  • Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM 24 jam sehari.

Bila Pemeriksaan X-ray Kemalangan Dan Kecemasan Diperlukan?

  • Pemeriksaan X-ray kecemasan dan kemalangan biasanya dilakukan menggunakan mesin X-ray am.
  • Pemeriksaan X-ray kemalangan dan kecemasan diperlukan untuk:

– Kehadiran benda asing seperti kaca, paku.

– Tulang patah.

– Sendi dislokasi/ teralih.

– Pendarahan organ dalaman.

– Pesakit yang tidak sedarkan diri akibat hentakan sewaktu kemalangan atau terjatuh.

Sebelum pemeriksaan

  • Pesakit kanak-kanak boleh ditemani oleh ahli keluarga dewasa.
  • Pastikan anda tidak mengandung atau disyaki mengandung. Sila maklumkan kepada Juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.
  • Anda akan penerangan awal mengenai prosedur yang akan dijalankan.
  • Anda mungkin perlu menukar pakaian kepada pakaian hospital.

Semasa pemeriksaan

Semasa pemeriksaan dijalankan, anda diminta sentiasa memberikan kerjasama dengan juru X-ray yang bertugas dan tidak menggerakkan anggota badan semasa pemeriksaan ini dijalankan. Kerjasama anda diperlukan bagi mendapatkan imej yang baik dan dapat mengelakkan pemeriksaan ulangan.

Selepas pemeriksaan

  • Anda akan diminta untuk kembali berjumpa dengan doktor di Jabatan Kecemasan untuk rawatan lanjut.
  • Keputusan pemeriksaan akan dihantar terus kepada doktor yang merawat anda.

Rujukan

  1. De Lacey G., Barker A., Wignall B., Reidy J. & Harper J. (1979) Reasons for requesting radiographs in an accident and emergency department. British Medical Journal
  2. Tien HC, Tremblay LN, Rizoli SB, et al. Radiation exposure from diagnostic imaging in severely injured trauma patients. Journal of Trauma-Injury Infection and Critical Care. Jan 2007;62(1):151-156. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed
  3. The Royal College of Radiologists. Standards of practice and guidance for trauma radiology in severly injured patients. London : The Royal College of Radiologists, 2011

 

Semakan Akhir : 2 Jun 2016
Penulis : Fara Shuhaida binti Shafiee
Akreditor : Daud bin Ismail