A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Kaedah Pemeriksaan
  8. /
  9. PEMERIKSAAN X-RAY BONE AGE

PEMERIKSAAN X-RAY BONE AGE

Pemeriksaan X-ray Bone Age adalah salah satu kajian yang dilakukan untuk mengkaji umur tulang bagi membantu doktor menganggar kematangan sistem rangka atau tulang kanak-kanak. Pemeriksaan ini biasanya dilakukan dengan mengambil X-ray disebelah kiri pergelangan tangan, tangan dan jari.

Apa Itu Pemeriksaan X-ray Tinjauan Tulang: Bone Age?

  • Pemeriksaan X-ray Bone Age adalah salah satu kajian yang dilakukan untuk mengkaji umur tulang bagi membantu doktor menganggar kematangan sistem rangka atau tulang kanak-kanak.
  • Pemeriksaan ini biasanya dilakukan dengan mengambil X-ray disebelah kiri pergelangan tangan, tangan dan jari. Ia adalah satu pemeriksaan yang cepat dan tidak menyakitkan serta melibatkan dos radiasi yang rendah sahaja (http://kidshealth.org/parent/system/medical/xray_bone_age.html).

pemeriksaan_x-ray_bone_age_1Gambar 1: Imej X-ray Bone Age tangan kiri

Sumber: http://kidshealth.org/parent/system/medical/xray_bone_age.html

pemeriksaan_x-ray_bone_age_2Gambar 2: Anatomi tangan dan pergelangan tangan kiri

Sumber: http://www.wikiradiography.net/page/Wrist+Radiographic+Anatomy

Bagaimana Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?

  • Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda doktor tersebut akan menentukan samada anda memerlukan pemeriksaan ini.
  • Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.
  • Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM.

Bila Pemeriksaan X-ray Tinjauan Tulang Diperlukan?

Kajian tulang boleh membantu dalam menilai bagaimana cepat atau lambat proses pertumbuhan atau kematangan tulang kanak-kanak sesuai dengan pertambahan umur. Ia boleh membantu doktor untuk mendiagnosis faktor –faktor yang mempengaruhi dalam proses cepat atau lambat perkembangan fizikal kanak-kanak tersebut. Ujian ini biasanya akan dimohon oleh pakar kanak-kanak untuk sebab-sebab seperti berikut:

  • Mengetahui berapa lamakah yang diperlukan oleh kanak-kanak tersebut untuk mencapai tumbesaran.
  • Mengetahui bila kanak-kanak tersebut akan mencapai akil baligh.
  • Mengetahui ketinggian maksimum yang boleh dicapai oleh kanak-kanak tersebut.

Kajian ini juga selalunya digunakan untuk memantau perkembangan dan menjadi panduan bagi rawatan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah tumbesaran seperti yang terlibat dengan:

  • Penyakit yang memberi kesan kepada hormon yang mempengaruhi tumbesaran.
  • Kekurangan hormon tumbesaran.
  • Hipotirodisme (kelenjar tirod gagal untuk menghasilkan hormon).
  • Akil baligh sebelum waktu yang sepatutnya.
  • Gangguan kelenjar adrenal.
  • Gangguan pertumbuhan genetik seperti sindrom Turner (kelainan kromosom seks hanya mempengaruhi wanita).

Sebelum pemeriksaan

  • Juru X-ray akan menerangkan kepada pesakit tentang pemeriksaan yang akan dilakukan. Pengiring pesakit dibenarkan untuk bersama-sama pesakit semasa penerangan diberikan.
  • Pastikan anda tidak atau disyaki mengandung bagi pengiring yang ingin atau perlu bersama pesakit semasa pemeriksaan dilakukan.
  • Pesakit perlu menanggalkan objek berasaskan besi seperti jam dan gelang tangan pada bahagian yang terlibat untuk mengelakkan artifak pada imej.
  • Juru X-ray juga akan menerangkan kepada pesakit bagaimana pemeriksaan akan dilakukan.

Semasa Pemeriksaan

  • Pesakit akan dipakaikan dengan gaun plumbum untuk perlindungan radiasi.
  • Tangan kiri pesakit akan diletakkan di atas satu alat khas untuk merakam X-ray.
  • Pesakit dinasihatkan supaya tidak bergerak semasa pemeriksaan dilakukan.
  • Perlindungan sinaran akan diberi.

Selepas pemeriksaan

  • Tiada penjagaan khusus diperlukan bagi pesakit selepas pemeriksaan.
  • Pesakit akan dibenarkan balik selepas selesai pemeriksaan radiografi.
  • Jika ada sebarang masalah, hendaklah dimaklumkan kepada Juru X-ray yang bertugas.

Laporan pemeriksaan

Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan akan disediakan.

Rujukan

  1. http://kidshealth.org/parent/system/medical/xray_bone_age.html
  2. http://www.wikiradiography.net/page/Wrist+Radiographic+Anatomy

 

Semakan Akhir : 3 Januari 2017
Penulis : Ridani binti Mohamad
Akreditor : Norman Serbastian Alangaram

Artikel Berkaitan

ANGIOGRAFI

Pengenalan Angiografi adalah salah satu dari prosedur radiologi untuk mengkaji

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,044,585

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia