A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Wang Dan Kualiti Hidup

Kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan sebagai, merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, kecapaian dan kebebasan untuk memperolehi pengetahuan dan menikmati taraf hidup yang melebihi keperluan asas dan psikologi individu, untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial seiring dengan hasrat Negara.

Pengenalan

Apabila kita berbicara tentang wang, ramai orang di sekeliling kita akan mengeluh kerana bebanan sara hidup kini yang makin mencabar dan memerlukan kita sebagai rakyat untuk bekerja lebih keras kerana gaji yang diterima hari ini tidak setanding dengan beban yang ditanggung. Oleh demikian, kebanyakkan orang akan melakukan lebih daripada satu kerja atau bekerja lebih masa, bagi menjana pendapatan tambahan.

Wang VS Kualiti Hidup

Unit Perancang Ekonomi (2002)
Oliver et al (1996)

Menurut kepada Dr. Robert Schalock (2010) menyatakan bahawa terdapat 8 (lapan) domain yang terdapat dalam tiga komponen penting dalam rangka Quality of Life iaitu:

Rangka Kualiti Hidup

 

BERDIKARI

Pembangunan Kendiri

  • Pendidikan (pencapaian, status pendidikan)
  • Kecekapan (kognitif, sosial dan praktikal)
  • Prestasi (kejayaan, pencapaian, produktiviti)
  •  

Keazaman

  • Autonomi/ kawal diri
  • Matlamat dan nilai diri (keinginan , harapan)
  • Pilihan (peluang,)

 

 

 

PENGLIBATAN SOSIAL

Hubungan Interpersonal

  • Pergaulan ( jaringan social, kontaks social)
  • Perhubungan (Keluarga, kawan)
  • Sokongan (Emosi, fizikal dan kewangan)
  • Rekreasi

 

Penyertaan Sosial

  • Integrasi komuniti dan penglibatan
  • Peranan komuniti (penyumbang/sukarela)
  • Sokongan social (Jaringan social/perkhidmatan)

 

Hak

  • Manusia (hak/maruah/kesamaan)
  • Sah (kerakyatan)

 

 

 

KESEMPURNAAN
HIDUP

Emosi

  • Kepuasan (Keseronokkan, Mood)
  • Konsep Kendiri (identiti, self-esteem)

 

Fizikal

  • Kesihatan (Kefungsian, kecergasan, nutrisi)
  • Aktiviti harian (penjagaan diri, mobiliti)

 

Material

  • Status kewangan (gaji, keistimewaan)
  • Pekerjaan (persekitaran pekerjaan, status pekerjaa)
  • Rumah

 

Oleh itu, persoalannya,

“ADAKAH MEMPUNYAI LEBIH BANYAK WANG BERMAKNA KUALITI HIDUP AKAN SEMAKIN BAIK?”

Isu ini bergantung kepada individu untuk menilainya kerana setiap keluarga mempunyai matlamat serta objektif kehidupan masing-masing. Sebagai contoh, terdapat satu keluarga yang mempunyai kekurangan kewangan dan mereka sering berkelahi satu sama lain. Penyelesaiannya adalah dengan menjana pendapatan tambahan bagi membahagiakan ahli keluarganya.

Wang mempunyai kuasa hebat untuk membantu menaikkan kualiti hidup sesebuah keluarga dan mampu menjatuhkan kualiti hidup sekiranya salah percaturan dalam mengimbanginya.  Oleh itu, untuk mendapatkan kualiti hidup yang sempurna, ketua keluarga seharusnya mengimbangi waktu bekerja serta waktu bersama keluarga kerana kedua-dua aspek ini merupakan agen penting dalam kebahagiaan diri.

                

                               Sumber: Google

 

Tips Untuk Menambahbaik Kualiti Hidup

  1. Fikirkan tentang kehidupan dan cara untuk membaikinya.
  2. Dapatkan tidur yang cukup untuk mulakan hari baru.
  3. Bersenam
  4. Kenalpasti perkara negatif dan lakukan perubahan
  5. Bina satu matlamat yang mampu kita capai
  6. Terima perkara di luar jangkaan serta fokus kepada diri sendiri.
  7. Keluar daripada zon bebas dan jadilah diri sendiri.

Rujukan:

  1. http://www.communitylivingbc.ca/projects/quality-of-life/what-is-quality-of-life/”>http://www.communitylivingbc.ca/projects/quality-of-life/what-is-quality-of-life/
  2. https://www.scribd.com/doc/13652798/KUALITI-HIDUP
  3. http://www.epu.gov.my/sites/default/files/kualitihidup2011.pdf >http://www.epu.gov.my/sites/default/files/kualitihidup2011.pdf
Semakan Akhir : 30 Mei 2017
Penulis  : Pn. Rozilawati bt. Kasim
Akreditor : Hj. Hairol Kamal b. Abd. Rahman

Artikel Berkaitan

Delirium / Meracau

Pengenalan ‘Delirium’ adalah satu gejala kekeliruan dan kebingungan orientasi yang

15 Indikator penghidap Kemurungan Tersembunyi

Kebanyakan kes kemurungan yang tidak dirawat, berakhir dengan pengakhiran yang tragik. Di antara 10% hingga 15% orang yang menghidap kemurungan yang teruk dan tidak dirawat mengambil keputusan untuk membunuh diri. Mereka menyembunyikan atau menyimpannya sebagai satu rahsia gelap di mana mereka tidak mahu mendedahkannya.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,375,426

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia