Home > Remaja > Kesihatan Seksual > Voyeurisme

Voyeurisme

Apakah maksud “Voyeurisme”?

  • Ini adalah salah satu contoh kelakuan seks di luar tabii’ atau parafilia
  • Istilah lain yang sering digunakan ialah skodeng atau “Peeping Tom”
  • Seseorang yang mempunyai masalah ini mendapat kepuasan seksual dengan mengintai orang lain melakukan seks, menanggalkan pakaian, mandi mahupun duduk dalam tandas

Contohnya :

Anda mungkin pernah terdengar atau terjumpa orang yang menyorok dan mengintai pasangan lain ketika sedang berdua – duaan

Orang yang mengintai ini akan mendapat kepuasan seks tetapi mangsanya akan merasa marah, malu dan pelbagai perasaan negatif yang lain

 

Bilakah saya perlu dapatkan bantuan?

  • Jika anda pernah terlibat dalam tabiat “Voyeurisme”.
  • Jika anda bimbang anda cenderung kepada tabiat “Voyeurisme”.
  • Jika anda pernah menjadi mangsa tetapi tidak pernah memberitahu sesiapa mengenainya

 

Siapakah yang dapat membantu?

  • Keluarga
  • Kawan-kawan
  • Guru/ Kaunselor
  • Pembimbing Rakan Sebaya/Pembimbing Rakan Sekerja
  • Doktor
  • Beberapa organisasi yang dapat membantu.

 

Antaranya :

Pautan kepada Agensi Kerajaan

Pautan kepada Badan Bukan Kerajaan

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Nik Rubiah bt. Nik Abd. Rashid
: Dr. Jemah bt. Sajari
: Dr. Salmiah bt. Md. Sharif
Penyemak : Datin Dr. Hjh. Zil Falillah bt. Hj. Mohd. Said