A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Venir Pergigian

Venir pergigian adalah selapisan nipis bahan restorasi yang dilekatkan kepada permukaan hadapan gigi.

Pengenalan

Venir pergigian adalah selapisan nipis bahan restorasi yang dilekatkan kepada permukaan hadapan gigi. Ia adalah satu cara yang konservatif untuk memperbaiki, mencantikkan gigi atau melindungi permukaan gigi yang telah rosak. Terdapat dua jenis bahan pergigian yang digunakan untuk membuat venir, iaitu bahan tampalan komposit dan porselin pergigian. Venir komposit dibuat secara terus kepada permukaan gigi di dalam klinik, sementara venir porselin di buat oleh juruteknologi pergigian di makmal pergigian.

Kelebihan

Kelebihan venir adalah ia adalah rawatan yang konservatif terhadap tisu pergigian. Hanya pengurangan sebanyak 0.5 mm pada lapisan enamel diperlukan dan prosedur ini kebiasaannya tidak memerlukan sebarang penggunaan ubat bius setempat. Venir porselin diperbuat daripada bahan seramik yang bersifat seperti kaca dan ia kelihatan seakan-akan gigi asli. Setelah dilekatkan pada permukaan gigi, restorasi venir akan kelihatan seperti gigi asli. Pesakit akan dapat memberikan senyuman baru yang cantik dan menarik.

Kekurangan

  • Gigi yang dipasang dengan venir boleh kelihatan agak besar jika pengurangan lapisan enamel tidak mencukupi semasa penyediaan gigi
  • Sensitiviti selepas rawatan dan kematian tisu pulpa boleh berlaku jika penyediaan gigi terlalu dalam pada lapisan dentin.
  • Kelebihan simen atau porselin boleh berlaku jika perapian tidak disempurnakan oleh doktor pergigian
  • Penstainan pada kawasan gusi boleh berlaku jika venir itu tidak padan dengan baik pada gigi. Ia juga boleh disebabkan oleh kontaminasi air atau darah (jika ada pendarahan gusi)semasa proses penyimenan.
  • Venir boleh tertanggal jika ia tidak disimenkan dengan betul atau jika venir dipadankan pada lapisan dentin
  • Harga yang mahal

Indikasi

Venir pergigian digunakan untuk rawatan kosmetik kepada beberapa masalah pergigian seperti:

  • Gigi yang terserpih atau retak
  • Perubahan warna gigi yang minima atau penstainan gigi
  • Kehadiran ruang di antara gigi
  • Bentuk gigi dan penjajaran gigi yang tidak betul
  • Kedudukan gigi yang sedikit tidak teratur
  • Enamel gigi yang haus
  • Saiz gigi yang kecil

Nota: Untuk memperbaiki gigi yang mempunyai masalah yang minima, rawatan pergigian yang lebih konservatif disarankan seperti rawatan pemutihan, pengkonturan semula secara estetik atau venir komposit. Walaubagaimanapun, untuk gigi yang mengalami kerosakan yang agak besar, rawatan korona adalah alternatif yang lebih sesuai dan lebih kuat daripada rawatan venir.

Bagaimana prosedur venir dilakukan

Prosedur rawatan venir memerlukan 3 lawatan pergigian. Pada lawatan pertama, doktor pergigian akan merancang rawatan dan menentukan saiz, bentuk dan jenis venir yang bersesuaian dengan senyuman, bentuk muka, dan ciri-ciri estetik pesakit. Lawatan selanjutnya adalah untuk penyediaan gigi dimana sedikit pengurangan pada lapisan enamel akan dilakukan untuk menempatkan venir. Venir sementara (jika pengurangan gigi melibatkan dentin) mungkin di lekatkan pada gigi tersebut untuk melindungi gigi sementara menunggu pembuatan venir porselin oleh makmal pergigian. Apabila venir porselin telah siap, pesakit akan dipanggil semula untuk proses penyimenan.

Kes 1:. Pesakit dengan masalah perubahan warna pada gigi


Sebelum rawatan


Penyediaan gigi


Veneer porselin yang telah disimen. Pesakit memilih warna yang lebih cerah daripada gigi asal.

Kes 2: Memperbaiki bentuk gigi


Sebelum rawatan- insisor lateral berbentuk ‘peg’

Selepas penyimenan veneer

Penjagaan Selepas Penyimenan

  1. Memberus gigi dua kali sehari dan memflos gigi sekurang-kurangnya satu kali sehari.
  2. Elakkan daripada menggigit benda-benda keras dengan gigi yang mempunyai venir.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Fauziah bt. Ahmad
Penyemak : Dr. Roshima bt. Mohd Sharif

 

Artikel Berkaitan

Lidah Pendek

Lidah pendek merupakan keadaan pergerakan lidah terbatas kerana dasar lidah (lingual frenulum) melekat hingga ke bahagian hujung lidah. Ini menyebabkan lidah tidak dapat bergerak bebas atau berfungsi secara normal.

Penyenggara Ruang Membantu Senyuman Sempurna

Pemakaian penyenggara ruang boleh menyebabkan rasa tidak selesa untuk satu tempoh yang singkat. Menelan, makan serta bercakap menjadi sukar dan lidah merasa terganggu sehinggalah ia menjadi kebiasaan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 1,681,369

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 09:02:28
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia