A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Urin 24 Jam

Definisi

Urin 24 jam adalah urin yang dipungut oleh seseorang pesakit ke dalam bekas urin di dalam tempoh 24 jam. Disepanjang tempoh pungutan, bekas urin hendaklah sentiasa disimpan pada suhu yang rendah (sejuk) sebelum dihantar ke makmal.

Kenapa Perlu Urin 24 Jam

Urin 24 jam adalah kaedah yang mudah untuk mengenalpasti kandungan bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam air kencing seseorang pesakit.

Di dalam urin, disamping mengandungi 95% air, ia turut mengandungi bahan-bahan kimia terlarut seperti urea, urik asid , sodium, potassium, kalsium, kreatinine, fosfat dan sebagainya.

Pada individu yang normal kandungan bahan-bahan kimia ini berada di dalam julat-julat yang tertentu terlarut di dalam urin. Kandungan bahan-bahan kimia tertentu yang terlalu tinggi atau sebaliknya boleh menjadi indikator yang penting kepada doktor untuk pengdiagnosaan serta perawatan penyakit terutama yang melibatkan buah pinggang.

Ujian Urin 24 jam dapat menentukan kecekapan sistem pengawalan penyerapan dan perkumuhan yang dilakukan oleh buah pinggang. Di antara penyakit yang dikaitkan dengan fungsi buah pinggang adalah seperti diabetic nephropathy, hypertension, lupus, urinary tract infections, urinary tract obstruction or blockage, alport syndrome, nephritic syndrome, polycystic kidney disease, cystinosis dan interstitial nephritis.

Jenis-Jenis Ujian Urin 24 Jam

Ujian-ujian urin 24 jam yang biasa dijalankan di makmal ialah seperti :

  • Urinary excretion rate
  • Protein
  • Adrenalin
  • Amylase
  • Bilirubin
  • Calcium
  • Citric acid
  • Cortisol
  • Creatinine
  • Dopamine
  • Electrolytes
  • Epinephrine
  • Glucose
  • HCG (qualitative)
  • Homovanillic acid (HVA)
  • Ketones
  • Leucine aminopeptidase
  • Myoglobin
  • Norepinephrine
  • Normetanephrine
  • Osmolality
  • Porphyrins
  • Potassium
  • Sodium
  • Urea nitrogen
  • Uric acid
  • Urine Bence-Jones protein
  • Urinary casts
  • Amino acids
  • Metanephrine
  • Vanillylmandelic acid (VMA)

Cara Pengambilan Urin 24 Jam

Persediaan Sebelum Prosedur

Doktor akan menerangkan tatacara prosedur kepada pesakit serta memberi peluang kepada pesakit untuk menanyakan sebarang soalan yang berkaitan dengan prosedur.

Secara umumnya tiada persediaan tertentu seperti berpuasa dan sebagainya diperlukan untuk menjalankan prosedur ini.

Bagi memastikan prosedur ini dapat dilaksanakan dengan lancar terutama untuk pesakit yang tidak berada di dalam wad, masa (tempoh 24 jam) yang sesuai perlu ditentukan, contohnya waktu sentiasa berada di rumah seperti hari bercuti.

Bagi pesakit yang mengandung atau sedang mengambil ubatan tertentu seperti ubatan herba wajib memaklumkan perkara tersebut kepada doktor kerana ianya akan diambil kira semasa menganalisa keputusan ujian urin 24 jam yang dihasilkan nanti. Perkara tersebut juga memungkinkan pengubahsuaian terhadap cara pengambilan sampel yang perlu dilakukan oleh pesakit.

Pesakit perlu menentukan masa bagi memulakan prosedur ini. Contohnya jika ingin memulakan pada jam 7.00 pagi, pesakit perlu kencing pada permulaan masa tersebut tanpa perlu memungutnya dan pungutan hanya bermula untuk kencing yang seterusnya dalam tempoh 24 jam.

Pengambilan air minuman oleh pesakit perlu dikurangkan sedikit dari kebiasaan kecuali jika diarahkan sebaliknya oleh doktor.

Persediaan Dan Pengambilan Sampel Untuk Lelaki

  1. Tarik hujung kulit penutup zakar (bagi yang tidak bersunat) bagi memudahkan pembersihan saluran kencing dan pengeluaran air kencing.
  2. Dengan menggunakan kain/tisu yang bersih, lapkan bukaan saluran kencing dengan cara sapuan sehala dan hanya sekali sapuan. Buang kain/tisu tersebut dan ulang proses tersebut menggunakan 2 helai lagi kain/tisu.
  • Keluarkan air kencing dan pungut ke dalam bekas urin yang dibekalkan oleh pihak makmal dengan berhati-hati bagi menggelakkan air kencing tersebut keluar dari bekas takungan.
  1. Selepas selesai proses pungutan, tutup bekas urin tersebut dengan ketat.
  2. Proses-proses di atas diulangi untuk setiap kali pungutan air kencing dilakukan dan selepas pungutan terakhir bekas tersebut dilabelkan dengan lengkap dan jelas butiran pesakit seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran pesakit, tarikh serta masa bermula/berakhir pungutan urin dan jenis ujian yang diminta.

Persediaan Dan Pengambilan Sampel Untuk Wanita

  1. Semasa duduk di dalam tandas, buka bahagian luar faraj bagi memudahkan proses

pembersihan.

  1. Dengan menggunakan kain/tisu yang bersih, lapkan bahagian dalam faraj (bukaan air kencing) dengan cara sapuan sehala dan hanya sekali sapuan. Buang kain/tisu tersebut dan ulang proses tersebut menggunakan 2 helai lagi kain/tisu.
  • Keluarkan air kencing dan pungut ke dalam bekas urin yang dibekalkan oleh pihak makmal dengan berhati-hati bagi menggelakkan air kencing tersebut keluar dari bekas takungan.
  1. Selepas selesai proses pungutan, tutup bekas urin tersebut dengan ketat.
  2. Proses-proses di atas diulangi untuk setiap kali pungutan air kencing dilakukan dan selepas pungutan terakhir bekas tersebut dilabelkan dengan lengkap dan jelas butiran pesakit seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran pesakit, tarikh serta masa bermula/berakhir pungutan urin dan jenis ujian yang diminta.

# Urin semasa membuang air besar mesti juga dipungut. (Dicadangkan untuk kencing terlebih dahulu sebelum membuang air besar)

Penggunaan Bahan Pengawet Di Dalam Proses Pengumpulan Urin 24 Jam

Di dalam bekas urin, bahan pengawet tertentu perlu dimasukkan bagi memastikan bahan kimia yang ingin diukur sentiasa berada di dalam keadaan yang stabil dan tidak berubah. Bahan pengawet ini akan dimasukkan ke dalam bekas urin oleh kakitangan makmal semasa mereka membekalkan bekas urin kepada pesakit.

Contoh penggunaan bahan pengawet:-

Bil. Bahan Pengawet Ujian
1. Sodium Karbonat (5 gm) Semua kajian porhyrin
2. Asid Hidroklorik (15 ml) Delta-amino asid levulinic, Kalcium dan Fosforus
3. Asid asetik glacial (15 ml) Cathecolamine dan steroids
4. Asid Borik (15 ml) Asid Urik, Kreatinine, Protein (jika menggunakan perkhidmatan pos), asid amino, 5’-HIAA, Estradiol, Kortisol
5. Tiada bahan pengawet tetapi urin perlu disimpan pada suhu rendah (peti sejuk) Amilase, hCG, Protein, Bence-Jones Protein, Electrolytes

Julat Normal Bagi Ujian Urin 24 Jam

Julat normal bagi sesuatu bahan kimia tersebut adalah bergantung kepada metod serta peralatan yang digunakan oleh makmal yang menjalankan ujian. Secara umumnya julat normal yang biasa digunakan di makmal untuk ujian-ujian terpilih adalah seperti berikut:-

Bil. Ujian Urin 24 Jam Julat Normal
1. Creatinine 500 – 2000 mg/day
2. Total protein <150 mg/day atau 10 mg/dL
3. Bence-Jones protein Tiada Bence-Jones protein dijumpai di dalam urin
4. Amylase 2.6 – 21.2 (IU/h)
5. Sodium 40 – 220 mEq/L/D
6. Pottassium 25 – 125 mEq/L/D
7. Osmolariti >850 mOsm/kg
8. Porhyrin 50 – 300 mg/day
9. Kalsium 100 – 300 ug/day (Diet kalsium normal)
10. Asid Urik 250 – 750 mg/day
11. Asid Sitrik 320 – 1240 mg/day
12. Kortisol 10 – 100 ug/day
13. Bilirubin Tidak dijumpai di dalam urin
14. Catecholamine Dopamine – 65 – 400 ug/day
Epinephrine – 0.5 – 20 ug/day
Metaephrine – 24 – 96 ug/day
Norepirephrine – 15 – 80 ug/day

Kesimpulan

Ujian Urin 24 jam adalah ujian yang sangat penting di dalam proses pengdiagnosaan dan perawatan kepada pesakit terutama di dalam mengenalpastikan keberkesanan fungsi buah pinggang di dalam proses penyerapan dan penyingkiran bahan-bahan kimia di dalam tubuh.

Rujukan

  1. MedlinePlus Medical Encyclopedia

www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/003607.htm

  1. Health Encyclopedia – University of Rochester Medical Center

www.urmc.rochester.edu/.

  • Introduction to MEDICAL LABORATORY TECHNOLOGY (4th Edition)
Semakan Akhir : 04 Januari 2016
Penulis / Penterjemah : Romel Shahfri bin Ahmad
Akreditor : Murad bin Idris

Artikel Berkaitan

Adakah Anda Hamil?

Pengenalan Setiap wanita yang berkahwin menginginkan kehamilan. Kehamilan merupakan suatu

Unsur Surih

Pengenalan Unsur surih adalah penting untuk struktur biologi. Dalam kimia

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,232,311

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia