A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Terapi Bahasa & Pertuturan
  6. /
  7. Ujian Instrumentasi Penelanan

Ujian Instrumentasi Penelanan

Ujian Instrumentasi adalah ujian komprehensif penilaian penelanan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.

Ujian Instrumentasi adalah ujian komprehensif penilaian penelanan menggunakan peralatan berteknologi tinggi. Ujian ini membantu dalam menjawab persoalan yang timbul dan tidak terjawab selepas sesi penilaian klinikal.

Apakah Proses Penelanan Tidak Normal?

Disfagia juga dikenali sebagai masalah penelanan. Ia mungkin disebabkan oleh ketidaknormalan struktur atau fungsi otot pada kawasan oral, farinks atau esofagus serta gangguan yang berlaku dalam satu atau lebih fasa penelanan.

Penelanan yang tidak normal boleh mengakibatkan masalah jangka masa pendek seperti batuk atau tersedak semasa makan. Bagi jangka masa panjang ia memberi kesan pada kesihatan seperti aspiration (keadaan dimana makanan/ minuman tidak memasuki esofagus tetapi masuk ke saluran paru-paru) dan pneumonia (radang paru-paru).

Penelanan tidak normal adalah seperti:

  • Tiada reflek penelanan/ Makanan tidak ditelan ketika di fasa farinks.
  • Corak telan /nafas yang tidak teratur. Pesakit bernafas ketika menelan makanan. Ini menyebabkan batuk dan risiko tinggi untuk aspirate.

Klik untuk tonton video MBSImP Sample Animation: penetration &Aspiration oleh NorthenSpeech

Apakah Jenis Ujian Instrumentasi?

Berikut merupakan beberapa jenis ujian instrumentasi yang digunakan oleh Terapis Pertuturan-Bahasa:

  1. Fiberoptic Endoscopic Evaluation of Swallowing (FEES)
  2. Videofluoroscopic Swallowing Study (VFSS)/ Modified Barium Swallow (MBS)/ “Cookie swallow
  3. FEES combined with Sensory Testing (FEEST)
  4. Electromyography (EMG)

Apakah indikasi untuk melaksanakan Ujian Instrumentasi?

Ujian instrumentasi diperlukan untuk membuat penilaian atau terapi bagi pesakit yang berisiko untuk menghadapi masalah penelanan.

  1. Ujian instrumentasi diperlukan untuk pesakit berdasarkan kriteria di bawah.
    • Pesakit yang mempunyai simptom yang tidak konsisten dengan keputusan penilaian klinikal yang dijalankan.
    • Mengesahkan diagnosis masalah penelanan
    • Menjawab persoalan berkaitan masalah nutrisi atau masalah paru-paru disebabkan oleh masalah penelanan.
    • Apabila keselamatan proses penelanan dititikberatkan.
    • Pesakit sesuai untuk menjalani proses rehabilitasi penelanan.
  2. Penilaian instrumentasi tidak diperlukan jika pesakit gagal dalam penilaian penelanan serta mempunyai salah satu atau lebih ciri-ciri di bawah
    • Pesakit yang tidak stabil dari segi masalah kesihatan. Oleh itu, pesakit tidak berupaya untuk menjalankan prosedur tersebut.
    • Pesakit yang tidak boleh memberi kerjasama untuk menjalani ujian instrumentasi.
    • Berdasarkan penilaian terapis pertuturan-bahasa, keputusan ujian instrumentasi tidak akan mengubah teknik atau cara rawatan pesakit.

Garis Panduan –> Clinical Indicators for Instrumental Assessment of Dysphagia

Walau bagaimanapun, hanya dua jenis ujian instrumentasi yang akan dibincangkan pada kali ini, iaitu Fiberoptic Endoscopic Evaluation of Swallowing (FEES) dan Videofluoroscopic Swallowing Study (VFSS).

Apa itu Fiberoptic Endoscopic Evaluation of Swallowing (FEES)?

Fiberoptic Endoscopic Evaluation of Swallowing (FEES) adalah satu prosedur yang digunakan untuk membuat penilaian fungsi penelanan yang melibatkan struktur oro-farinks dan larinks.

FEES juga digunakan untuk menentukan teknik atau strategi rehabilitasi yang sesuai sebagai intervensi kepada pesakit.

Prosedur ini memerlukan kerjasama antara Terapis Pertuturan-Bahasa dan Pegawai Perubatan/ Pakar Perubatan ENT.

Apa itu Videofluoroscopic Swallowing Study (VFSS)?

Videofluoroscopic Swallowing Study (VFSS) adalah prosedur penilaian penelanan menggunakan kaedah X-ray.

Terapis Pertuturan-Bahasa akan bekerjasama dengan Pakar Radiologi / Pegawai Perubatan / Juru X-ray ketika prosedur dijalankan.

VFSS membantu dalam :

  • Menentukan “aspiration” iaitu keadaan dimana makanan/ air tidak memasuki esofagus (saluran ke bahagian perut) tetapi masuk ke saluran paru-paru.
  • Menentukan bahagian rongga mulut yang tidak berfungsi dengan baik.
  • Jenis makanan yang sesuai dan selamat untuk dimakan secara oral.
  • Strategi/ teknik yang sesuai untuk membantu proses penelanan.

Bagaimana Fiberoptic Endoscopic Evaluation of Swallowing (FEES) dijalankan?

Prosedur Fiberoptic Endoscopic Evaluation of Swallowing (FEES) adalah seperti berikut:

Video normal FEES (Fiberoptic Endoscopic Evaluaation of Swallowing (FEES) by Mobile Endoscopix)

Video abnormal FEES (Aspiration after the swallow by GI Motility)

Bagaimana Videofluoroscopic Swallowing Study (VFSS) dijalankan?

Prosedur Videofluoroscopic Swallowing Study (VFSS) adalah seperti berikut:

Normal VFSS (My X Ray Swallows by spladgum)

Abnormal VFSS (Aspiration by alanswatches)

Silalah berjumpa dengan Terapis Pertuturan-Bahasa jika anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah penelanan!!!

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Nurul Haslina bt. Mohd Zin
Akreditor : Marina bt. Abdul Malek
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,052,764

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia