A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Ubat-Ubatan dan Kesihatan Mulut Kanak-Kanak

Banyak ubat-ubatan, termasuk ubat yang dipreskripsi oleh doktor, ubat yang dibeli di kaunter dan vitamin-vitamin, boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan mulut. Ada antara ubat-ubatan ini memberi kesan akibat kandungan gulanya yang tinggi, yang boleh menyebabkan kerosakan gigi.

Banyak ubat-ubatan, termasuk ubat yang dipreskripsi oleh doktor, ubat yang dibeli di kaunter dan vitamin-vitamin, boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan mulut. Ubat-ubatan untuk penyakit kronik juga boleh memberi kesan sampingan negatif kepada kesihatan mulut. Ada antara ubat-ubatan ini memberi kesan akibat kandungan gulanya yang tinggi, yang boleh menyebabkan kerosakan gigi.

Antara kesan sampingan pada kesihatan mulut yang biasa dilihat akibat pengambilan ubat-ubatan adalah perubahan warna gigi, kerosakan gigi, mulut kering, pembengkakan gusi dan reaksi tisu lembut.

Perubahan warna gigi

‘Tetracycline’ (sejenis antibiotik) boleh memberi impak negatif kepada kegigian jika diberi kepada ibu mengandung, yang menyusukan bayi atau pada kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun. Kegigian bayi yang akan lahir atau bayi yang menyusu atau kanak-kanak ini akan mengalami perubahan warna. Jika antibiotik ini diambil oleh ibu mengandung atau yang menyusukan bayi, perubahan warna akan terjadi pada gigi susu. Jika diberi pada kanak-kanak sehingga umur tujuh tahun, kegigian kekal juga akan terlibat. Warna kegigian menjadi kekuning-kuningan hingga ke kuning coklat.


http://www.cosmetic-dentistry.bz/

Kerosakan gigi

Gula adalah kandungan biasa yang terdapat dalam kebanyakan ubat-ubatan cecair, vitamin dan ubat batuk. Ubat-ubatan yang berasaskan gula ini meninggalkan lebihan manis yang melekit  di dalam mulut. Kanak-kanak yang perlu mengambil ubat-ubatan dalam jangkamasa panjang mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kerosakan gigi. Mereka digalakkan untuk berkumur selepas mengambil ubat. Cara lain adalah makan ubat pada waktu makan (jika boleh diambil dengan makanan) ataupun bincang dengan doktor jika ada ubat gantian yang tidak mengandungi gula (sugar-free alternatives). Bagaimanapun, jangan sesekali mengganti ubat tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pihak doktor.


http://www.onlinedentist.org

Mulut Kering

Pelbagai ubat (yang dipreskripsi oleh doktor atau yang dibeli di kaunter) boleh menyebabkan mulut kering. Mulut kering disebabkan kekurangan pengeluaran air liur. Air liur berfungsi untuk membersihkan mulut, membantu melembapkan makanan apabila menelan dan pelbagai fungsi yang lain yang berfaedah.Tanpa air liur yang mencukupi, mukosa (lapisan dalam mulut) akan berasa kering dan tidak selesa, mengalami iritasi dan kemerahan dan gigi mudah rosak.

Antara ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mulut kering adalah:

  1. Antihistamin
  2. Ubat sawan
  3. Antidepressan

Apa yang boleh anda lakukan jika mengalami mulut kering:

  1. Minum air atau minuman tanpa gula secara sedikit-sedikit tetapi kerap
  2. Rangsang pengeluaran air liur dengan mengunyah gula-gula getah tanpa gula
  3. Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman berkarbonat

Kebengkakan gusi

Kebengkakan gusi juga dikenali sebagai hiperplasia gusi atau pembesaran gusi. Kebengkakan gusi ini boleh disebabkan oleh ubat-ubat berikut; phenytoin, nifedipine, cyclosporine dan verapamil. Kebengkakan ini mungkin perlu dibedah untuk membuang tisu yang berlebihan. Jika seseorang pesakit ada mengambil ubat-ubatan ini, adalah sangat penting bagi mereka menjaga kebersihan mulut bagi mengurangkan kejadian kebengkakan gusi ini.


http://dermatlas.med.jhmi.edu/

Keputihan dalam mulut (Oral thrush)

Keputihan dalam mulut ialah sejenis jangkitan kulat (juga dikenali sebagai oral candidiasis) yang kelihatan seperti tompokan putih dalam mulut. Apabila tompokan ini disapu, ia meninggalkan bekas kemerahan yang agak menyakitkan. Ia biasa kelihatan pada pesakit yang mempunyai tahap imuniti yang rendah dan pesakit yang memakai inhaler steroid dalam tempoh yang lama.

Bagi mengelakkan pembentukan tompokan putih ini, kanak-kanak ini dinasihatkan berkumur mulut setiap kali selepas menggunakan inhaler steroid.

Semakan Akhir : 18 Mac 2015
Penulis : Dr. Juanna bt. Bahadun
Akreditor : Dr. Bahruddin bin Saripudin
Penyemak : Dr. Hjh. Noraini @ Nun Nahar bt. Yunus

Artikel Berkaitan

Lidah Pendek

Lidah pendek merupakan keadaan pergerakan lidah terbatas kerana dasar lidah (lingual frenulum) melekat hingga ke bahagian hujung lidah. Ini menyebabkan lidah tidak dapat bergerak bebas atau berfungsi secara normal.

Senyuman Menarik

Senyuman merupakan perkara pertama yang dilihat seseorang individu. Ia menggambarkan kesihatan dan kebahagiaan empunya diri.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 721,420,460

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 10:32:39
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia