A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Ubat Gigi Berfluorida untuk Kanak-Kanak

Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi. Walau bagaimanapun, penggunaan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan fluorosis enamel iaitu kecacatan lapisan luar gigi.

Pengenalan

Memberus gigi adalah antara amalan penjagaan mulut yang sebaiknya dilakukan untuk kebersihan diri. Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah kerosakan gigi.

Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pengurangan kadar kerosakan gigi di serata dunia.

Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi. Walau bagaimanapun, penggunaan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan fluorosis enamel iaitu kecacatan lapisan luar gigi

Penggunaan Ubat Gigi Berfluorida Yang Betul

Memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak boleh memastikan gigi anak-anak anda menerima kebaikan fluorida iaitu menguatkan enamel gigi serta mencegah karies.

Perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dalam penggunaan ubat gigi untuk kanak-kanak

Boleh

  • Gunakan secalit sahaja ubat gigi kanak-kanak untuk yang kecil di bawah umur 2 tahun  ( Ubat gigi kanak-kanak mengandungi fluorida sebanyak 600ppm atau kurang )
  • Berus dua kali sehari
  • Penting memberus di waktu malam sebelum tidur

Tidak Boleh

  • Jangan mencadangkan ubat gigi yang mengandungi lebih fluorida dari 600ppm untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah melainkan di nilai kadar kariesnya tinggi
  • Jangan berkumur selepas memberus gigi (digalakkan berludah sahaja )
    Untuk kanak-kanak yang di nilai kadar kariesnya tinggi, walaupun ia berumur enam tahun ke bawah, ia di nasihatkan menggunakan ubat gigi berfluorida mengandungi lebih daripada 1000ppm fluorida ataupun ubat gigi dewasa..

Kuantiti penggunaan ubat gigi berfluorida yang di cadangkan;

Untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun

Gunakan kuantiti kecil ubat gigi berfluorida kanak-kanak ia itu 0.25 g ke 0.5 g ATAU sebesar kacang soya ATAU sepanjang 5mm seperti di gambarajah.


Gambarajah 1. Anggaran ubat gigi sebesar kacang soya atau berukuran 5mm panjang

Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah hendaklah di bantu semasa memberus gigi dan penggunaan ubat gigi berfluorida mestilah di kawal oleh ibu bapa atau penjaga.

  • Ajar anak anda untuk tidak menelan ubat gigi sebaliknya meludah sebaik sahaja selepas memberus gigi.
  • Manakala bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, ubat gigi mungkin tidak perlu digunakan.

Kesan Pengambilan Fluorida Berlebihan

Pengambilan fluorida berlebihan oleh kanak-kanak sering kali terjadi bila mereka menelan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi. Sesetengah kanak-kanak suka dengan rasa ubat gigi yang berperisa. Ini menyebabkan mereka menelan ubat gigi tersebut.

Dalam keadaan lain, sesetengah kanak-kanak diberi fluorida tambahan secara berlebihan. Terdapat juga yang diberi fluorida tambahan sedangkan bekalan air paip sudah pun mengandungi fluorida yang mencukupi.

Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa proses pembentukan gigi boleh menyebabkan kecacatan gigi. Kesannya, lapisan luar gigi (enamel) yang putih dan licin menjadi lubang-lubang kecil berwarna coklat. Warna ini kelihatan jelas pada permukaan gigi hadapan.

Gigi hadapan sangat penting untuk penampilan dan senyuman menarik. Sudah tentu kecacatan gigi tersebut boleh menjejaskan keterampilan diri.

 
Gigi Biasa   Gigi dengan fluorosis
     
Gambarajah 2 : Tahap Fluorosis

Rawatan Kecacatan Pada Enamel

Fluorosis enamel boleh dirawat. Dengan rawatan kosmetik pergigian, penampilan gigi yang terlibat boleh dibaiki. Pakar Pergigian Pediatrik akan memberitahu anda tentang rawatan yang boleh dilakukan jika anak anda mengalami fluorosis enamel yang teruk.

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Laila bt. Abdul Jalil
Penterjemah : Dr. Muhammad Farid bin Nurdin
Akreditor : Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar
Penyemak : Dr. Laila bt. Abdul Jalil

 

Artikel Berkaitan

Sindrom Gigi Retak

Sindrom Gigi Retak boleh ditafsirkan sebagai berlakunya ketidakselesaan yang berterusan, sensitif atau sakit pada gigi yang disebabkan oleh fraktur pada gigi  atau keretakan pada gigi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 721,422,717

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 10:32:39
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia