A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Fakta Ubat
  6. /
  7. Ubat dan penyakit parkinson

Ubat dan penyakit parkinson

Apakah penyakit Parkinson?

Penyakit Parkinson adalah satu kumpulan keadaan yang dipanggil gangguan sistem motor. Empat gejala awal adalah seperti berikut:

  1. Tremor: menggigil pada tangan, lengan, kaki, rahang dan muka.
  2. Kekakuan: kaku ataupun kejang pada anggota dan belakang.
  3. Bradikinesia: pergerakan yang perlahan.
  4. Ketidakstabilan postur: kemerosotan keseimbangan dan koordinasi badan.

Gejala ini mungkin menyebabkan pesakit susah berjalan, bercakap ataupun melakukan kerja-kerja yang mudah. Penyakit ini merupakan penyakit yang kronik dan progresif. Ianya bukanlah sejenis penyakit yang berjangkit. Ia adalah keadaan dimana daya kawalan otot seseorang itu merosot dengan teruk sehingga pengidap tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Para penyelidik telah mengenal pasti kerosakan sel otak yang menyebabkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin merupakan penyebab utama penyakit ini.

Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Buat masa sekarang penyakit parkinson tidak dapat disembuhkan namun gejalanya dapat dikawal melalui ubat-ubatan atau pembedahan. Penyakit ini memberikan kesan yang berbeza kepada setiap pengidapnya, oleh itu rawatan perlulah disesuaikan bagi setiap individu.

Apakah jenis-jenis ubat Parkinson?

Levodopa
Dopamin agonis
Penyekat MAO
Penyekat COMT
Antikolinergik
Lain-lain
Meningkatkan jumlah dopamin di dalam otak Meniru fungsi dopamin Melambatkan kerosakan dopamin di dalam otak Memanjangkan jangka hayat levodopa Mengurangkan asetilkolina bagi membantu koordinasi pergerakan otot
Contoh ubat Parkinson mengikut kelas
Madopar®
Sinemet®
Stalevo®
Pramipexole
Ropinirole
Rotigotine
Patch
Bromocriptine
Piribedil
Selegiline Entacapone Benzhexol Amantadine

Apakah kesan sampingan yang biasa?

Levodopa
Dopamin agonis
Penyekat MAO
Penyekat COMT
Antikolinergik
Lain-lain
Tekanan darah rendah, mual, muntah, kekeliruan, pening, hilang selera Tekanan darah rendah, mual, bengkak kaki, tindakan luar kawalan, rasa mengantuk yang melampau Mual, kekeringan mulut, pening, sembelit Cirit-birit, perubahan warna air kencing, halusinasi, meningkatkan kesan sampingan levodopa Kekeliruan, masalah ingatan, halusinasi, kekeringan mulut, kabur penglihatan, kesukaran buang air kencing Mual, kekeliruan, pening, susah tidur, kekeringan mulut, hilang selera, tekanan darah rendah

Arahan Khas Pengambilan Ubat

  • Beritahu doktor dan ahli farmasi anda jika anda sedang mengambil sesetengah ubat, sediaan-sediaan jamu, produk-produk nutrisi atau vitamin.
  • Anda mesti memberitahu doktor dan ahli farmasi anda jika anda alah terhadap sebarang ubat lain atau jika berlakunya alahan semasa mengambil ubat ini. Gejala alahan termasuk salah satu atau lebih daripada yang berikut: kebengkakan muka/mata/bibir mulut, susah bernafas atau ruam kegatalan kulit yang merebak.
  • Berhati-hati semasa memandu atau mengendalikan mesin kerana ubat-ubat ini mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau kekaburan penglihatan.
  • Jangan hentikan pengambilan ubat secara mendadak.
  • Beritahu doktor anda jika anda sedang menyusu anak, hamil atau mungkin hamil semasa mengambil rawatan dengan ubat ini.
  • Ubat-ubat ini mungkin menyebabkan kekeringan mulut. Anda boleh cuba menghisap gula-gula bagi mengurangkan masalah tersebut.
  • Pening atau pitam mungkin berlaku terutamanya apabila bangun daripada posisi duduk atau baring. Bangun dengan perlahan-lahan boleh mencegah kesan sampingan ini daripada berlaku. Sila dapatkan khidmat nasihat doktor jika keadaan ini berterusan atau bertambah buruk.

Bagaimana untuk menghadapi penyakit ini?

Penyakit ini memang rumit dan sesetengah pesakit mengalami kesukaran untuk menghadapi penyakit ini. Berikut adalah beberapa tip untuk menangani gejala penyakit Parkinson.

  1. Senaman.
    Senaman boleh membantu pesakit Parkinson melalui:

    • Membantu anda mengawal pergerakan anda dengan lebih baik
    • Mengurangkan masalah gaya berjalan dan kecederaan sendi/otot
    • Meningkatkan fleksibiliti
    • Meningkatkan kekuatan otot dan keseimbangan
    • Meningkatkan tenaga, stamina dan kesihatan jantung anda

    Jangan lupa mendapat khidmat nasihat doktor anda sebelum terlibat dengan apa-apa aktiviti fizikal.

  2. Diet.
    Pemakanan yang baik boleh mengurangkan risiko kemasukan ke hospital di kalangan pesakit Parkinson seperti patah tulang, kekurangan air, sembelit, dan susut berat badan. Amalkan tabiat pemakanan berikut bagi membantu mengurangkan masalah tersebut:

    • Minum enam hingga lapan gelas air sehari, walaupun anda tidak haus.
    • Lebihkan makanan seperti prun, sayur-sayuran, dan makanan yang tinggi serat.
    • Makan sesuatu yang sejuk dan masam sebelum makan untuk mengelakkan mulut kering.
    • Bincang dengan doktor dan ahli farmasi anda mengenai isu-isu makanan khusus yang berkaitan dengan ubat-ubatan anda. Sebagai contoh, makanan tinggi protein boleh mengganggu penyerapan levodopa.
  3. Tidur.
    Penyakit Parkinson boleh mengganggu tidur anda. Berikut adalah beberapa tip bagaimana anda boleh mendapatkan tidur yang berkualiti:

    • Elakkan alkohol dan makanan yang mengandungi kafein terutama pada waktu malam.
    • Kurangkan pengambilan air sebelum tidur.
    • Amalkan waktu tidur dan bangun yang sama pada setiap hari.
    • Elakkan terlebih tidur.
    • Wujudkan persekitaran yang selesa dan aman di dalam bilik tidur anda.
    • Elakkan menonton TV, membaca dan makan di tempat tidur.
  4. Sokongan.
    Hidup dengan penyakit Parkinson boleh mencetuskan pelbagai masalah emosi, seperti kejutan diagnosis, kemurungan, kemarahan dan kekecewaan dengan cabaran fizikal. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah emosi:

    • Mengekalkan komunikasi terbuka dan jujur dengan keluarga, rakan-rakan, dan penjaga anda.
    • Sertai kumpulan sokongan seperti Persatuan Parkinson Malaysia untuk berkongsi pengalaman dan perasaan.
    • Dapatkan bantuan pekerja sosial dan kaunselor yang boleh memberikan sokongan sosial.

Rujukan

  1. Buku:
    1. Parkinson’s Disease Medication by David Houghton et al from National Parkinson Foundation (NPF) Educational Books
  2. Garis panduan:
    1. Consensus Guidelines for the Treatment of Parkinson’s Disease 2012
    2. Canadian Guidelines on Parkinsons’s Disease by Canadian Journal of Neurological Sciences 2012
  3. Laman web:
    1. http://www.parkinsoninfo.my/
    2. http://www.parkinson.org/
    3. http://www.parkinsons.org.uk/
    4. http://www.webmd.com/parkinsons-disease/
Semakan Akhir : 17 Jun 2015
Penulis/Penterjemah : Najwana bt. Hassan
Akreditor : Yam Chiew Fong

 

Artikel Berkaitan

Keselamatan pengambilan pelbagai jenis ubat

Bukan mudah untuk mengambil pelbagai jenis ubat dengan cara yang betul. Kadangkala sukar untuk mengingati indikasi setiap jenis ubat, bagaimana dan bila setiap satu perlu diambil. Tips berikut boleh membantu memudahkan anda mengambil ubat

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,224,980

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 11:55:02
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia