A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Bayi dan Kanak-kanak
  8. /
  9. Tumbesaran dan Perkembangan Bayi...

Tumbesaran dan Perkembangan Bayi dan Kanak-kanak Sehingga 2 Tahun

Ibubapa yang peka tentang fasa tumbesaran dan perkembangan anak mereka dari dilahirkan sehingga dewasa dapat membantu dalam perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial, moral, personaliti dan sebagainya.

Tumbesaran dan perkembangan bayi dan kanak-kanak merupakan perkara yang penting bagi Ibubapa. Ibubapa yang peka tentang fasa tumbesaran dan perkembangan anak mereka dari dilahirkan sehingga dewasa dapat membantu dalam perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial, moral, personaliti dan sebagainya. Selain itu, ia juga membantu dalam proses melatih dan mendidik anak-anak mengikut keperluan bersesuaian dengan tahap kefahaman bayi atau kanak-kanak tersebut.

Setiap bayi atau kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza.

Umur

Perkembangan Normal

Perkembangan Tidak Normal

Dari lahir (0-4) minggu

DraiLahir(0-4)Minggu

Sumber : www.bayikusehat.com

Kebanyakan bayi yang baru dilahirkan akan:

  • Mulut bergerak kearah rangsangan dan mula menghisap
  • Tangan dan kaki bergerak aktif
  • Memberikan reaksi terhadap  bunyi loceng

 

 

  • Tangan dan kaki tidak bergerak aktif
  • Tiada reaksi terhadap bunyi loceng.

 

Dari 4-6 minggu

Dari4-6Minggu

Sumber : www.bayikusehat.com

 

  • Boleh mengawal posisi  kepala secara tegak
  • Berkeupayaan
    membengkok siku sedikit.

 

 

  • Tidak boleh mengawal
    posisi kepala sewaktu
    badannya ditarik ke
    posisi duduk.
  • Kedua-dua siku dalam
    keadaan lurus.

Dari 6 minggu sehingga 3 bulan

Dari6MingguHingga3Bulan

Sumber : www.bayikusehat.com

 

  • Mengangkat kepala sedikit sewaktu dibaringkan secara meniarap.
  • Boleh menyokong lengan.

 

  • ketidakupayaan untuk menoleh kepala kesebelah, dan tidak boleh mengangkat kepala.

Dari 3 bulan sehingga 6 bulan

Dari3BulanHingga6bULAN

Sumber : www.bayikusehat.com

Bayi semakin kuat dan lincah:

  • Boleh meniarap
  • Boleh memusingkan badan dari posisi terlentang ke meniarap.
  • Menolak badan kedepan dan menarik badan keatas dengan berpaut kepada sesuatu.
  • Mencapai dan menyentuh objek. Mengambil, menggengam dan
  • membawa objek ke mulut.
  • Memerhatikan objek sewaktu bergerak (contohnya mainan yang mengeluarkan bunyi.

 

 

  • Masih tidak boleh meniarap.
  •  Masih tidak boleh memusingkan badan dari terlentang ke meniarap. Lambat mencapai/ mengambil objek.

Dari 6 bulan sehingga 9 bulan

Dari6BulanHingga9Bulan

Sumber : www.bayikusehat.com

Kebanyakan bayi:

  • boleh duduk dengan
    sendiri /duduk  dengan
    sokongan.
  • Mengambil dan membawa barang dekat ke badan.
  • Memindahkan objek kedua-dua belah tangan.
  • Menyokong badan dengan sendiri jika didudukkan.

 

  • Masih tidak boleh duduk dengan sokongan.
  • Kurang penggunaan aktiviti tangan
  • Tidak dapat menyeimbangkan badan dengan sendiri jika didudukkan.

 

Dari 8 bulan sehingga 10 bulan

Dari8BulanHingga10Bulan

Sumber : www.bayikusehat.com

 

 

  • Boleh merangkak.

 

 

 

 

 

  • Masih tidak  boleh merangkak.

Dari 9 bulan sehingga 12 bulan

Dari9BulanHingga12Bulan

Sumber : www.bayikusehat.com

Dalam peringkat ini, bayi akan:

  • Berdiri sendiri
  • Berjalan dengan bantuan (peralatan sekeliling yang boleh ditolak untuk berjalan)
  • Menolak dan bermain dengan bola
  • Melontar objek
  • Mengambil objek dengan menggunakan ibu jari dan jari lain.
  • Menjatuhkan dan mengambil semula objek.

 

  • Tidak boleh   berdiri dengan sendiri.
  • Tidak boleh menarik badan untuk berdiri sendiri dengan bantuan atau sokongan.

Dari 1 tahun sehingga 2 tahun

Dari1TahunHingga2Tahun

Sumber : www.bayikusehat.com

Pada usia ini;

  • Berjalan semakin mudah
  • Boleh mencangkung
  • Boleh menaiki/menuruni tangga dengan bantuan atau memegang sesuatu.
  • Boleh menyepak bola
  • Mula untuk berlari.

 

  • Masih tidak boleh   berjalan.
  • Masih tidak boleh berlari

Rajah di atas menunjukkan tumbesaran dan perkembangan bayi dan kanak-kanak secara am. Ini dapat membantu ibu bapa untuk mengenalpasti jika anak-anak mengalami perkembangan yang lambat untuk memberi tanda amaran kepada ibu bapa supaya berjumpa dengan pakar kanak-kanak bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Oleh yang demikian, Ahli Fisioterapi amat penting untuk membantu dari segi perkembangan bayi dan kanak-kanak mengikut peringkat umur yang sepatutnya.

Rujukan

  1. Paulson, L. (2007). ‘Let’s talk’: Books & Babies. Retrieved January 21, 2014, from www.inspiritoo.com/id5/developmental-milestones-chart-for-infants.html.
  2. Werner, D. Child Development and Developmental Delay: Disabled Village Children, A guide for community health workers, rehabilitation workers, and families. Retrieved January 21, 2014, from http://www.dinf.ne.jp/doc/english/global/david/dwe002/dwe00236.html
  3. Nisha, M. Milestones Of Child Development. Retrieved from books.google.com/books?isbn=8178354985 [January 21, 2014]
  4. Sharman C, ?Cross W & Vennis, V. Observing Children: A Practical Guide. Retrieved from books.google.com/books?isbn=0826472389 [January 21, 2014]
  5. Wiseman, D. The American Family: Understanding Its Changing Dynamics and Place in Society. Retrieved from books.google.com/books?isbn=0398078351 [January 21, 2014]
  6. Milestones of Child Development: A Guide to Young Children’s Learning and Development from Birth to Kindergarten (2008). http://www.earlychildhood.virginia.gov

Sumber Imej

  • (2014) Bayi sihat. Di ambil dari 10 ogos 2015 dari www.bayikusehat.com

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Syarifah Nora binti Syed Husli
Akreditor : Se To Phui Lin
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,093,071

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia