A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tulang

Tulang adalah tisu yang dinamik yang sentiasa diganti dan dibentuk sepanjang hidup manusia. Keseimbangan penting antara proses pembentukan dan penyerapan tulang. Proses ini akan merosot secara perlahan-lahan apabila usia semakin meningkat (dimana ianya bermula selepas umur 35 tahun).

Pengenalan

Tulang adalah tisu yang dinamik yang sentiasa diganti dan dibentuk sepanjang hidup manusia. Keseimbangan penting antara proses pembentukan dan penyerapan tulang. Proses ini akan merosot secara perlahan-lahan apabila usia semakin meningkat (dimana ianya bermula selepas umur 35 tahun).

Kehilangan kepadatan tulang biasanya 0.2% daripada jumlah jisim tulang setahun selepas umur 35 tahun.Proses ini akan meningkat sebanyak 1% setiap dikalangan wanita selepas menapos, sebagai contoh pada umur 80 tahun, wanita akan kehilangan 30% daripada jumlah tulang asalnya berbanding lelaki yang hanya 10%.

Dalam proses penghasilan tulang, badan memerlukan kalsium dan fosfat untuk menghasilkan tulang yang kuat. Jika tahap pengambilan dan penyerapan kalsium tidak mencukupi maka proses pembentukan tulang dan tisu tulang akan terjejas. Ini meningkatkan risiko kerapuhan tulang dan menyebabkan individu tersebut lebih terdedah kepada keretakan dan sebagainya.

Dalam usia warga emas, di antara faktor yang menyebabkan berlakunya kerapuhan tulang adalah disebabkan oleh proses  penyerapan kalsium dalam usus menjadi semakin  berkurangan disamping pengurangan tahap vitamin D (Vitamin D diperlukan dalam proses penyerapan kalsium di dalam badan).

Bahagian tulang yang lebih berisiko kepada masalah ini adalah seperti tulang paha, bahagian hujung tulang tangan (berhampiran pergelangan tangan) dan tulang belakang.

Sum-sum tulang merupakan bahagian tengah tulang yang berfungsi menghasilkan sel darah. Dalam proses penuaan, jumlah sum-sum tulang berkurangan yang menyebabkan penghasilan sel darah juga berkurang. Keadaan ini juga turut memberi kesan kepada tahap daya tahan penyakit. Ini kerana proses penghasilan darah untuk melawan tindakan balas penyakit turut terjejas yang mengganggu proses penyembuhan. Walau bagaimanapun, sum-sum tulang masih mampu untuk menghasilkan sel darah sepanjang hidup kecuali jika ada masalah kesihatan yang memerlukan banyak sel darah.

Gejala dan Tanda

Kerapuhan Tulang (Osteoporosis) adalah satu keadaan di mana kepadatan tulang hilang menyebabkan tulang menjadi nipis, lemah, retak dan mudah patah. Keadaan ini disebabkan kekurangan penghasilan tulang baru atau berlakunya kadar serapan tulang lama yang lebih tinggi, atau kedua-duanya.

Tulang individu yang mengalami osteoporosis lebih mudah cedera dan patah akibat kekurangan kalsium.Warga emas mengalami osteoporosis pada kadar dan tahap yang berbeza. Keadaan ini lebih ketara di kalangan kaum wanita dan sejajar dengan peningkatan usia. Keadaan ini disebabkan hormon estrogen yang membantu dalam penyerapan kalsium tidak lagi dikeluarkan oleh tubuh apabila seseorang wanita mengalami menapos (putushaid). Osteoporosis tidak mempunyai sebarang tanda (senyap) sehinggalah tulang patah.

Faktor -faktor yang menyebabkan osteoporosis:

  • Pra matang menapos (putus haid) dan perubahan hormon semasa menapos.
  • Kurang melakukan senaman
  • Menggunakan rawatan steroid yang berpanjangan.
  • Pengambilan minuman keras
  • Merokok
  • Kekurangan pengambilan kalsium dan nutrisi.

Komplikasi Osteoporosis :

  • Tulang mudah patah apabila jatuh seperti patah tulang paha atau tulang belakang.
  • Menjadi bengkok (Kyphosis (dowager’s hump) ) kerana tulang belakang patah.
  • Sakit belakang yang berterusan
  • Proses penyembuhan tulang patah yang lambat.
  • Pergerakan terhad.
  • Perubahan bentuk fizikal seperti  kekurangan ketinggian dan kekurangan pengukuran jarak panjang dari kepala ke tulang pubis (kesan patah pada tulang belakang).

Rawatan

  • Mengenal pasti punca osteoporosis.
  • Ubat penahan sakit jika perlu.
  • Dapatkan rawatan yang sesuai untuk osteoporosis.
  • Pembedahan diperlukan sekiranya terdapat patah tulang.

Tindakan anda

  • Tindakan pencegahan osteoporosis perlu dilakukan seawal usia tiga puluhan.
  • Amalkan cara hidup sihat.Makan makanan yang banyak mengandungi kalsium (seperti susu dan sayuran hijau).
  • Berhenti merokok dan menjauhi minuman keras.
  • Melakukan senaman berkala yang dapat mengurangkan kadar kerapuhan tulang.
  • Rawatan hormon untuk wanita putus haid (jika perlu)
  • Dapatkan maklumat mengenai osteoporosis dengan lebih terperinci seperti berbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda osteoporosis.
  • Mengambil makanan tambahan dalam kadar yang sesuai (Pengambilan kalsium sekurang-kurangnya 1500mg sehari dan vitamin D sekurang-kurangnya 400-800IU sehari).
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Sanidah binti Md. Ali
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Gigi

Semasa proses penuaan, gusi akan mengecut sedikit. Akibatnya, bahagian bawah gigi akan terdedah kepada sisa makanan dan kuman.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,418,147

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia