A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tugasan Sekolah

Kebanyakan pelajar amat benci menyiapkan kerja sekolah!

Kerja-kerja sekolah menjadi semakin bertambah dan lebih sukar apabila seorang remaja melangkah ke sekolah menengah atau kolej.

Remaja mungkin menghadapi masalah mencari masa untuk menyiapkan kerja sekolah kerana kepadatan jadual waktu sekolah serta aktiviti ko kurikulam lain. Mereka juga memerlukan masa untuk bersosial dengan rakan-rakan.

Bukan mudah untuk membahagikan masa untuk semua aktiviti tersebut. Remaja mungkin akan rasa tertekan.

JANGAN PANIK! Anda boleh mengatasinya. Anda cuma perlu melakukan sedikit perancangan dan memiliki kemahiran mengurus. Cubalah, dan anda akan sedar yang ia boleh dilakukan.

Kenapa remaja menghadapi masalah menyiapkan kerja sekolah?

  1. Berlengah-lengah
    Remaja biasa menganggap kerja sekolah sebagai satu aktiviti yang membosankan. Mereka lebih gemar melakukan aktiviti lain yang menyeronokan. Malangnya lebih lama mereka berlengah, lebih sukar untuk mereka menyiapkan kerja sekolah.

  2. Kurang motivasi
    Pelajar yang cemerlang juga kerap menghadapi masalah menyiapkan kerja sekolah dalam tempoh yang ditetapkan. Sedikit suntikan motivasi dari ahli keluarga boleh menjadi “penawar” bagi membantu remaja menyiapkan kerja sekolah.

  3. Kurang faham subjek yang terlibat
    Kerap juga remaja kurang memahami subjek serta kerja kursus yang diberi oleh guru. Jika anda kurang faham, dapatkan penjelasan dari rakan atau guru berkenaan supaya anda tidak membazir masa menyiapkan kerja tersebut.

  4. Gangguan
    Remaja mudah hilang tumpuan semasa melakukan kerja sekolah. Contoh  nya adalah penggunaan komputer, televisyen,  CD atau radio

TIP UNTUK MENYIAPKAN KERJA SEKOLAH

  1. Sediakan ruang belajar yangs sesuai
    Minta bantuan ibubapa anda agar dapat menyediakan ruang atau bilik belajar yang sesuai. Tempatnya perlu selesa, sunyi, terang dan mempunyai pengudaraan yang baik.

    Pastikan tiada gangguan dari TV, CD, telefon atau permainan video

  2. Perancangan awal
    Perancangan awal sangat penting.

    Apabila anda menerima kerja sekolah atau tugasan, buat perancangan dan tetapkan prioriti anda. Kenal pasti tugas mana yang perlu dibuat dahulu dan yang mana kemudian. Dapatkan bahan rujukan dari guru atau perpustakaan sebelum memulakan tugasan anda.
    Tetapkan sasaran anda untuk menyiapkannya dalam masa yang diberikan.

  3. Sediakan jadual waktu dan rutin harian untuk tugasan sekolah
    Tetapkan prioriti untuk kerja sekolah dan tugasan untuk mencapai matlamat serta cita-cita anda

  4. Perkasakan diri dengan kemahiran merancang
    Dapatkan kalendar meja. Iadapat membantu merancang aktiviti harian anda.

    Bahagikan masa yang berpatutan untuk segala aktiviti anda khususnya untuk kerja/tugasan sekolah.

    Pastikan mendapat rehat yang mencukupi diantara kerja sekolah untuk merehatkan minda anda.

    INGAT: Aktiviti fizikal juga amat penting untuk minda kita, khususnya minda remaja. Badan yang cergas akan memastikan minda yang cerdas.

  5. Dapatkan pertolongan bila perlu
    Kadangkala remaja tidak tahu dimana untuk mula bila berhadapan dengan tugasan sekolah. Internet merupakan sumber maklumat yang mengkagumkan! Anda juga boleh mendapatkan sumber dari perpustakaan, guru kelas atau guru tuisyen.

Last Reviewed : 7 Mac 2014
Writer : Dr. Thiyagar Nadarajaw
Translator : Dr. Thiyagar Nadarajaw
Accreditor : Dr. Fauziah bt. Zainal Abidin

 

Artikel Berkaitan

Pengsan / Syncope

‘Syncope’ adalah istilah perubatan untuk pengsan yang berlaku secara tiba-tiba

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,735

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia