A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tip-tip untuk Mencegah daripada Jatuh

Pengenalan

Jatuh kerap berlaku di kalangan warga emas. Ia merupakan penyebab utama kecederaan pada warga emas. Jatuh boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian di kalangan warga emas dan menjejaskan kualiti hidup warga emas. Risiko jatuh adalah berkaitan dengan interaksi kompleks antara faktor dalaman, luaran dan situasi dan kebanyakannya boleh dicegah. Oleh itu, intervensi di peringakat kesihatan primer adalah penting dan berkesan untuk mengurangkan risiko jatuh dan mencegah jatuh di kalangan warga emas.

Pencegahan

Intervensi yang meliputi pelbagai faktor risiko seperti intervensi perubatan, persekitaran, rehabilitasi adalah langkah yang terbaik untuk mencegah jatuh pada warga emas. Lakukan perubahan terhadap pelbagai faktor risiko dan intervensi mengikut keperluan individu adalah lebih berkesan untuk mencegah jatuh.

Strategi pencegahan jatuh yang berkesan perlulah menyeluruh. Ia termasuklah:

  • Pencegahan primer – menggalakkan tabiat yang sihat, senaman, pendidikan, pemakanan

  • Pencegahan sekunder – pengesanan awal risiko jatuh dan pengubahsuaian faktor risiko

  • Pencegahan tertiari – merawat dan memberi rehabilitasi kepada warga emas yang pernah jatuh

Tip-tip untuk mencegah jatuh

Intervensi yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan warga emas berfungsi boleh mencegah atau mengurangkan kekerapan gejala jatuh dan mengelakkan kecederaan akibat jatuh.

Tip-tip atau strategi untuk mencegah jatuh di kalangan warga emas termasuklah:

  • Semua warga emas terutamanya dengan sejarah jatuh perlu dinilai untuk mengenal pasti risiko jatuh. Pengubahsuaian dilakukan agar mengurangkan risiko jatuh

  • Intervensi pelbagai faktor risiko, termasuklah:

    • Program senaman – latihan gaya jalan dan latihan keseimbangan

    • Penggunaan alat bantuan

    • Modifikasi persekitaran yang meningkatkan risiko jatuh

    • Mengesan dan merawat punca jatuh dan modifikasi ubat (jika perlu)

    • Program pendidikan

Program senaman untuk mencegah jatuh

Kelemahan otot dan ketidakstabilan menyumbang kepada kebanyakan kejadian jatuh. Senaman tertentu boleh meningkatkan kekuatan otot, mengurangkan ketidakstabilan dan seterusnya mengurangkan kejadian jatuh.

Program senaman sepatutnya dipantau oleh jurupulih anggota yang terlatih. Jenis senaman yang boleh meningkatkan kekuatan otot dan mengurangkan ketidakstabilan termasuklah:

  • Latihan kekuatan dan keseimbangan

  • Senaman aktif dan pasif

  • Senaman untuk meningkatkan pergerakan sendi

  • Meningkatkan kekuatan otot seperti pengunaan pemberat

Alat bantuan

Penggunaan alat bantuan adalah penting untuk untuk membantu aktiviti seharian, menggalakkan pergerakan agar warga emas lebih berdikari dan mencegah komplikasi akibat tidak bergerak.

Ia perlu dipantau oleh jurupulih anggota yang terlatih. Alat bantuan termasuklah:

Alat bantuan jalan – warga emas perlu diajar pemilihan alat yang sesuai dan cara penggunaan alat yang betul, contohnya:

  • Tongkat dengan 1 penghujung, 2 penghujung (hemi-bipod), 3 penghujung (tripod) atau 4 penghujung (quadripod) untuk memberi lebih kestabilan

  • Rangka berjalan (Frame) – suatu alat ringan diperbuat daripada besi, biasanya lebih stabil dengan berbagai ketinggian dan kelebaran

  • Pejalan kaki beroda dan rollators – dengan ciri-ciri tambahan, contohnya, roda yang lebih besar untuk tanah tidak sekata, tempat duduk atau bakul untuk membeli-belah atau kerja-kerja rumah yang lain. Pejalan kaki yang lebih besar daripada standard digunakan untuk berjalan di luar.

 Penilaian Alam Sekitar dan pengubahsuaian

Penilaian ke atas rumah warga emas untuk bahaya jatuh dan mengubahsuainya (jika perlu) adalah penting untuk mengelakkan risiko jatuh pada masa depan. Ia perlu dilakukan dengan bantuan jurupulih anggota.

Pengubahsuaian alam sekitar yang meningkatkan risiko jatuh termasuklah:

  • Meningkatkan akses dengan memasang tanjakan dan landasan

  • Menanggalkan anak tangga yang tidak perlu dan mengelakkan lantai tinggi yang tidak sekata

  • Memasang pemegang di dalam bilik mandi, tandas dan ruang bersalin.

  • Menyediakan pencahayaan yang baik terutamanya laluan ke tandas

  • Mangkuk tandas bergerak ditempatkan di tepi katil bagi warga emas dengan masalah kawalan kencing atau pergerakan

  • Lantai yang sesuai dan elakkan penggunaan permaidani

  • Mengurangkan kekusutan alam sekitar

  • Susun semula barangan yang kerap digunakan untuk senang dicapai

  • Pengunaan alat bantuan yang sesuai untuk mencapai sesuatu barang keperluan

  • Ciri-ciri keselamatan untuk tangga seperti pagar, ketinggian dan kelebaran tangga yang mencukupi

  • Penggunaan kasut yang bersesuian dan berkualiti tinggi

Mengesan dan merawat penyakit berkenaan dan pengubahsuaian ubat (jika perlu)

Jika jatuh disebabkan oleh faktor-faktor dalaman, intervensi perlu memberi tumpuan untuk mengurangkan penyakit yang berkaitan. Intervensi termasuklah:

  • Merawat masalah perubatan yang telah menyumbang kepada risiko jatuh

  • Merawat jangkitan, kekontangan kandungan air badan (dihidrasi) dan kekeliruan

  • Mengesan dan merawat tulang rapuh untuk mengelakkan patah tulang yang disebabkan oleh kejadian jatuh

  • Hentikan ubat-ubatan yang boleh meningkatkan risiko jatuh atau syorkan pengubahsuaian dos yang sesuai

 Program pendidikan

Warga emas dan penjaga perlu dididik untuk mengurangkan risiko kejadian jatuh dengan:

  • Pengawasan rapi oleh penjaga
    Menukar tempat tinggal jika perlu

  • Pesakit perlu diajar bagaimana untuk bangun daripada jatuh. B eliau perlu beralih dari kedudukan terlentang kepada kedudukan menghadap ke bawah, merangkak ke tempat sokongan yang kuat seperti kerusi dan cuba bangun lalu duduk.

  • Hubungan rapat dengan keluarga atau kawan-kawan, penggunaan telefon yang boleh dicapai dari lantai atau sistem penggera jauh boleh mengurangkan kemungkinan berbaring di atas lantai untuk masa yang panjang selepas jatuh.

Kesimpulan

Jatuh adalah punca utama kecederaan pada warga emas dan ia boleh membawa kepada morbiditi serius dan kematian. Ia sering disebabkan oleh pelbagai faktor tetapi biasanya boleh dicegah. Oleh itu, strategi pencegahan perlulah merangkumi pencegahan primer, skunder dan tertiari. Pelaksanaan pelbagai langkah pembetulan adalah lebih berguna dan berkesan daripada hanya melakukan satu intervensi untuk mengelakkan kejadian jatuh, kecederaan dan akibatnya.

Semakan Akhir : 29 November 2013
Penulis : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Gigi

Semasa proses penuaan, gusi akan mengecut sedikit. Akibatnya, bahagian bawah gigi akan terdedah kepada sisa makanan dan kuman.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,419,539

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia