A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Teknik Penggunaan Ubat
  6. /
  7. Teknik Penggunaan Ubat Titis...

Teknik Penggunaan Ubat Titis Telinga

Ubat titis telinga digunakan untuk merawat jangkitan yang terjadi dalam telinga. Secara amnya ia berkesan, kerana ubat tersebut masuk secara langsung ke dalam saluran telinga dan bertindak di tapak jangkitan. Pastikan anda membaca arahan dengan teliti sebelum menggunakan ubat titis telinga.

Pengenalan

Ubat titis telinga digunakan untuk merawat jangkitan yang terjadi dalam telinga. Secara amnya ia berkesan, kerana ubat tersebut masuk secara langsung ke dalam saluran telinga dan bertindak di tapak jangkitan. Pastikan anda membaca arahan dengan teliti sebelum menggunakan ubat titis telinga.

Cara Penggunaan Ubat Titis Telinga Yang Betul

(Teknik ini lebih mudah jika anda mendapatkan bantuan daripada orang lain)

  1. Basuh tangan dengan air dan sabun sehingga bersih.

  2. Cuci telinga dengan kain lembab dan kemudian keringkan telinga tersebut.
  3. Baca label ubat titis telinga yang akan digunakan. Pastikan ubat titis telinga tersebut adalah ubat anda.
  4. Sekiranya ubat titis telinga yang digunakan adalah dari jenis larutan yang keruh, goncang botol ubat titis tersebut selama 10 saat.
  5. Periksa hujung penitis supaya tiada sebarang keretakan atau pecah. Elakkan hujung penitis daripada menyentuh telinga anda.
  6. Ambil sukatan ubat seperti yang diarahkan dengan menggunakan penitis.
  7. Sengetkan telinga yang terkena jangkitan ke atas atau posisi berbaring. Tarik cuping telinga ke belakang dan ke atas (sekiranya ubat diberikan untuk kanak-kanak berusia kurang dari 3 tahun, tarik cuping ke belakang dan ke bawah) untuk membuka saluran telinga.

  8. Titiskan ubat tersebut mengikut amaun yang betul. Tekan perlahan-lahan pada telinga luar untuk membantu titisan ubat bergerak ke dalam saluran telinga.

  9. Pastikan kedudukan telinga disengetkan untuk beberapa minit seperti yang diarahkan atau sekurang-kurangnya 5 minit.

  10. Tutup semula botol ubat titis tersebut dan ketatkan penutupnya.
  11. Basuh semula tangan anda bagi menghilangkan kesan ubat yang tertinggal.

Kesan Sampingan

Berikut adalah antara kesan sampingan yang biasa berlaku apabila anda menggunakan ubat titis telinga:

  1. Iritasi (kegatalan, rasa pedih atau rasa terbakar)
  2. Bengkak
  3. Ruam kulit
  4. Rasa yang kurang menyenangkan dalam mulut. Ini kerana saluran telinga adalah bersambungan dengan tekak dan berkemungkinan sedikit amaun ubat mengalir ke dalam mulut.

Peringatan

  1. Untuk mengelakkan penyebaran jangkitan, setiap ubat titis telinga tidak boleh dikongsi dengan orang lain.
  2. Sila patuh pada arahan penggunaan ubat yang telah diberikan.
  3. Selepas tempoh rawatan selesai, buang baki ubat titis telinga yang masih tinggal.
  4. Jangan gunakan ubat selepas tamat tarikh luput yang tertera pada label ubat.
  5. Ubat titis telinga hendaklah dibuang selepas 4 minggu dibuka.

Cara Penyimpanan

  1. Simpan ubat titis telinga pada suhu bilik dan jauh daripada haba, kelembapan dan sinaran matahari.
  2. Jauhkan ubat daripada kanak-kanak.

Rujukan

  1. American Society of Health-System Pharmacists, Inc. © 2009. How to administer (ear drops).
  2. Drugs.com. How to instill ear drops. Retrieved from http://www.drugs.com/cg/how-to-instill-ear-drops.html Illustrator: Kirk Moldoff Studios, Princeton, N.J. All rights reserved. Duplication in any form must be authorized by ASHP. Copyright 2014, American Society of Health-System Pharmacists, Inc. All rights reserved. Reproduced with permission by Ministry of Health Malaysia.
  3. Know Your Medicine. How to use your ear drops [Pamphlet]. Retrieved from http://www.knowyourmedicine.gov.my/newsmaster.
  4. University of Maryland Medical Center. How to use eardrops. Retrieved from http://umm.edu/programs/hearing/patients/eardrops#ixzz2xWgrdHVV
Semakan Akhir : 06 November 2014
Penulis : Atika Mahfuza bt. Mahbub
Akreditor : Norhayati bt. Musa

 

Artikel Berkaitan

ATT Vaccine

Introduction Tetanus is a disease caused by neurotoxin producing bacteria

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,226,825

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia