A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Teknik Penggunaan Enema

Pengenalan

Enema merupakan sediaan cecair yang dimasukkan ke dalam dubur untuk tujuan memudahkan nyah tinja (buang air besar).

Tujuan Penggunaan

Enema lazimnya digunakan untuk membersihkan usus besar bagi individu yang mengalami masalah sembelit. Selain itu, enema juga boleh digunakan untuk membersihkan usus besar sebelum pesakit menjalani prosedur kolonoskopi bagi mengesan penyakit tertentu seperti keradangan pada usus besar atau kanser kolon.

Teknik Penggunaan

  1. Basuh tangan dengan bersih dan keringkan tangan sebelum menggunakan enema.

  2. Pastikan anda/pesakit berbaring secara mengiring dengan sebelah kaki dirapatkan ke arah dada.

  3. Buka penutup enema dan masukkan enema ke dalam dubur secara perlahan-lahan. Jangan tolak secara paksaan kerana ini boleh mencederakan bahagian dubur.

  4. Tekan/picit enema tersebut sehingga kesemua cecair masuk ke dalam dubur.

  5. Keluarkan enema dari dubur secara perlahan-lahan.
  6. Kekalkan posisi tersebut sehingga ada keinginan untuk nyah tinja (buang air besar) yang biasanya berlaku dalam masa 2-5 minit.

Cara Penyimpanan

  • Enema perlu disimpan pada suhu bilik, jauh daripada cahaya matahari atau kelembapan.
  • Simpan ubat jauh daripada kanak-kanak.
  • Jangan simpan atau menggunakan semula enema yang tidak habis.

Rujukan

  • MIMS Gateway Service Portal
  • www.drugs.com
  • www.nps.org.au
  • www.osha.gov.my
Semakan Akhir : 15 November 2013
Penulis : Hazlin bt. Othman
Akreditor : Norhayati bt. Musa

 

Artikel Berkaitan

Mengapa Perlu Menggunakan Ubat Berdaftar?

Semua ubat-ubatan sama ada ubat farmaseutikal mahupun ubat tradisional perlu terlebih dahulu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ianya boleh diimport, dikilangkan atau dijual di Malaysia.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,238,855

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia