A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiasi
  6. /
  7. Teknik MRS Otak Untuk...

Teknik MRS Otak Untuk MRI

Pengenalan

Magnetik Resonan Spektroskopi (MRS) merupakan ujian diagnostik non-invasif untuk mengukur perubahan biokimia di dalam otak terutamanya dengan kehadiran tumor. Magnetic Resonance Imaging (MRI) pula akan mengenalpasti lokasi anatomi tumor dan MRS membandingkan komposisi kimia tisu otak yang biasa dengan tisu kutumbuhan yang tidak normal. Perubahan tisu strok dan sawan juga boleh dikenalpasti melalui ujian ini.

Bagaimana MRS berfungsi?

Prinsip asas yang membolehkan MRS berfungsi ialah elektron awan disekitar sesebuah atom menjadi perisai kepada nukleus daripada medan magnet ke tahap lebih tinggi atau lebih rendah. Ini akan menyebabkan pengurangan frekuensi resonan seterusnya mengembalikan isyarat yang berbeza.

MRS dijalankan dengan menggunakan mesin yang sama seperti konvensional MRI. Imbasan MRI menggunakan magnet yang kuat, gelombang radio dan komputer untuk mewujudkan imej yang terperinci. Spektroskopi ialah siri ujian yang akan ditambah untuk imbasan MRI otak atau tulang belakang untuk mengukur metabolisma kimia daripada tumor yang telah dikenalpasti.

MRS menganalisis molekul seperti ion-ion hidrogen dan proton. Proton spektroskopi kebiasaan digunakan. Terdapat beberapa produk metabolisma yang boleh diukur untuk membezakan jenis tumor seperti:-

  1. Asid Amino
  2. Lipid
  3. Laktik
  4. Alanin
  5. N-acetil aspartatik
  6. Kolina
  7. Kreatin
  8. Myoinositol

Kekerapan metabolisma ini diukur dalam unit bahagian per juta (bpj) dan diplotkan dalam graf sebagai puncak untuk ketinggian yang berbeza. Dengan mengukur setiap bahagian per juta metabolisma dan membandingkan kepada tisu-tisu otak yang normal, Pakar Neurologi dapat menentukan jenis tisu yang hadir. Antara contoh puncak untuk tumor ialah:-

  1. Puncak Laktik : resonan pada 1.3 bpj
  2. Puncak Lipid : resonan pada 1.3 bpj
  3. Puncak Alanin : resonan pada 1.48 bpj
  4. N-acetil aspartatik : resonan pada 2.0 bpj
  5. Puncak Kolina : resonan pada 3.2 bpj
  6. Puncak Kreatin : resonan pada 3.0 bpj
  7. Puncak Myoinositol : resonan pada 3.5 bpj

Apa yang MRS tentukan?

MRS boleh digunakan untuk menentukan jenis tumor dan tahap keagresifannya. Di samping itu juga, ia dapat membezakan antara tumor yang berulang kembali dan nekrosis radiasi. Perbezaan metabolisma dapat mengenalpasti:-

  1. Glioma : rendah daripada aras N-acetil aspartik, aras kolina dan lipid yang tinggi dan puncak laktik.
  2. Radiasi Nekrosis : aras kolina tidak tinggi
  3. Meningioma : aras alanin tinggi

Rajah 1 : MRS graf menunjukkan puncak kimia yang berbeza pada pesakit yang disyaki mempunyai tumor otak.

Risiko

MRI dan MRS adalah amat selamat. Tidak ada risiko kesihatan yang dapat dikaitkan dengan medan magnet atau gelombang radio yang digunakan oleh mesin. Sesetengah orang adalah sensitif kepada ejen kontras dan boleh mendatangkan kepada alahan. Semua ejen kontras adalah selamat.

Terdapat beberapa keadaan khusus tentang had pengunaan medan magnet. Jadi, adalah penting untuk memberitahu doktor anda jika mana-mana senarai berikut berkenaan dengan anda:-

  1. Perentak Jantung
  2. Plat logam, pin, atau implan logam
  3. Peranti intrauterin
  4. Insulin atau pam ubat lain
  5. Implan koklea

Apa-apa bahan logam yang terdapat pada badan anda boleh menjejaskan kualiti imej dan nilai-nilai maklumat yang diperolehi. Ia juga boleh menyebabkan rasa tidak selesa atau kecederaan kepada anda apabila diletakkan dalam medan magnet dan mungkin pemeriksaan anda tidak dapat diteruskan.

Anda perlu memaklumkan kepada pegawai perubatan jika anda mengandung. Kolej Radiologi Amerika tidak mengesyorkan pemeriksaan MRI ketika trimester pertama kehamilan. Anda perlu mendapatkan persetujuan daripada Pakar Radiologi untuk melakukan pemeriksaan ini.

Rajah 2 : Pemeriksaan kecederaan otak menggunakan MRI dan MRS

Rujukan

  1. Majos, C. et al. Proton MR Spectroscopy Improves Discrimination between Tumor and Pseudotumoral Lesion in Solid Brain Masses. American Journal of Neuroradiology 30:544-551, 2009
  2. Sanghvi, D. Recent advances in imaging of brain tumors. Indian Journal of Cancer 46:82-87, 2009
  3. Nelson SJ, McKnight TR, Henry RG. Characterization of untreated gliomas by magnetic resonance spectroscopic imaging. Neuroimag Clin 12:599-613, 2002.
  4. http://appliedradiology.com/articles/advanced-mr-techniques-in-brain-tumor-imaging
Semakan Akhir : 17 Mac 2017
Penulis/Penterjemah : Nik Mohd Amiruddin bin Nik Pakheruddin
Akreditor : Adzlin Hana bt. Mohd Sari

Artikel Berkaitan

Apakah Bahan Bukti Forensik?

Bahan bukti forensik merupakan bahan atau maklumat yang diperolehi melalui kaedah saintifik untuk digunakan ketika perbicaraan di mahkamah. Semasa penyiasatan, bahan bukti forensik yang dikumpul di tempat kejadian atau semasa bedah siasat mayat akan di analisis di makmal dan hasil analisis tersebut akan dibentangkan di mahkamah.Setiap tempat kejadian jenayah adalah unik dan setiap kes mempunyai cabarannya yang tertentu. Kes-kes kematian atau jenayah yang kompleks memerlukan pengumpulan, pemeriksaan dan analisis sebilangan besar bahan bukti.

Sindrom Empty Nest Dikalangan Warga Emas

Sindrom Empty Nest ini merujuk kepada perasaan kemurungan, sedih atau kesedihan yang dialami oleh warga emas semasa anak-anak mulai meninggalkan rumah. Sindrom ini kebiasaannya berlaku dikalangan kaum wanita berbanding kaum lelaki.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,199,514

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia