A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Peranan Remaja dalam Masyarakat

Pengenalan

Manusia termasuk remaja adalah makhluk sosial. Kelangsungan dan kemahiran hidup remaja dipengaruhi oleh ahli keluarga, sekolah dan masyarakat di sekeliling mereka. Mengambil bahagian serta melibatkan diri secara sukarela dalam aktiviti kemasyarakatan bukan sahaja menguntungkan pihak penganjur tetapi amat berfaedah kepada diri remaja, keluarga dan masyarakat. Remaja yang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, perundingan, perancangan serta pengurusan organisasi. Berikut adalah panduan untuk remaja melibatkan diri dan menyumbang bakti dalam masyarakat.

Panduan melibatkan diri dan menyumbang bakti dalam masyarakat

  • Pilih kegiatan yang digemari. Ini boleh memberi peluang remaja mendapat kenalan dan pengalaman baru di samping menyumbang secara produktif kepada masyarakat.

  • Mulakan dengan melakukan aktiviti bersama keluarga dan jiran. Kenal pasti sumber dalam komuniti seperti lokasi dewan bola keranjang atau badminton, dewan orang ramai, gimnasium rakyat dan sebagainya supaya boleh merancang beberapa aktiviti sukan atau sosial bersama-sama rakan.

  • Sebaik-baiknya lakukan aktiviti secara berkumpulan agar dapat meningkatkan kemahiran bekerjasama, perhubungan, kepimpinan, pengurusan dan bersosial.

  • Kenali jiran dan komuniti. Sertai acara dalam komuniti seperti majlis perkahwinan, hari keluarga, hari sukan, ceramah agama dan lain-lain. Ini dapat menambah bilangan kawan baru dan jaringan hubungan sosial remaja.

  • Beri bantuan dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan (seperti gotong-royong, kenduri, hari keluarga, ceramah agama atau aktiviti sosial lain) yang dianjurkan oleh keluarga, jiran atau masyarakat.   Buatlah kerja-kerja persiapan tempat seperti menyusun kerusi, mengedar kad jemputan, menghidang makanan, atau melayan tetamu.

  • Rancang projek bersama-sama rakan sebagai sumbangan kepada masyarakat seperti mengadakan lawatan ke pusat perlindungan atau rumah anak yatim dan luangkan masa dengan mereka yang kurang bernasib baik. Walaupun kebajikan yang dilakukan kecil, namun ia amat bermakna. Remaja sendiri akan berasa bangga dan bersyukur dengan kehidupan yang dimiliki. Selain itu, remaja juga akan berasa puas di samping dapat meningkatkan keyakinan dan harga diri serta kemahiran memimpin.

  • Daftarlah sebagai ahli kelab belia atau program-program yang diwujudkan oleh pihak kerajaan, universiti, badan bukan kerajaan atau sektor swasta seperti 1M4U, Duta Belia, Rakan Muda, PROSTAR, Doktor Muda dan PROSIS. Remaja boleh menyumbang kepada masyarakat dengan melibatkan diri dalam program yang digemari.

  • Jadilah remaja yang proaktif dan sedia berkhidmat. Banyak agensi, pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta bersedia memanfaatkan idea dan tenaga remaja dalam projek jangka pendek. Bertanya atau layarilah laman sesawang dan teliti ruang iklan berkaitan dengan bidang yang diminati. Pengalaman bekerja sebagai sukarelawan sambilan/jangka pendek dapat meluaskan pengetahuan dan kemahiran yang menguntungkan kerjaya remaja di masa hadapan.

  • Walaubagaimana pun, berhati-hati, sebelum memulakan sebarang aktiviti. Semak kesahihan iklan atau maklumat dalam talian dengan sumber yang boleh dipercayai agar tidak menjadi mangsa penipuan atau aktiviti haram.

  • Berbincang dengan ibu bapa, keluarga atau orang dewasa yang dipercayai sebelum memulakan sebarang aktiviti. Mereka pasti memberi maklumat, nasihat dan bimbingan yang amat berguna.

Kesimpulan

Remaja boleh menyumbang kepada masyarakat dan dunia dalam pelbagai bidang. Sumbangan termasuklah aktiviti yang dirancang sendiri oleh remaja atau dengan menyertai aktiviti kelab/persatuan, aktiviti sosial atau kerja sambilan. Penglibatan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dapat meluaskan pengalaman dan jaringan sosial di samping meningkatkan kemahiran hidup, mengasah kemahiran kepimpinan dan memberi peluang kerjaya.

Kecanggihan teknologi maklumat masa kini beserta dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran yang betul membolehkan remaja menyumbang kepada komuniti sepenuhnya. Lebih banyak yang diberi, lebih banyak yang akan diperolehi. Remaja boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan bukannya sebahagian daripada masalah dunia

Last Reviewed : 5 June 2015
Writer : Dr. Nik Rubiah bte Nik Abdul Rashid
Translator : Noorhayati bte. Kassim
Accreditor : Dr. Nik Rubiah bte Nik Abdul Rashid

 

Artikel Berkaitan

Gonorea

Penyakit Gonorea adalah jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoea. Bakteria itu boleh berjangkit dari seorang individu ke individu lain melalui hubungan seks vagina, dubur atau oral, walaupun individu yang berjangkit tidak menunjukkan sebarang gejala.

Buli Siber

Apakah buli siber? Buli siber adalah satu kejadian yang biasa

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,423,386

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia