A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tanpa Nama (VCT)

Ujian ini mudah didapati, ringkas dan tidak sakit. Perkhidmatan ini diberikan secara PERCUMA di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan. Maklumat anda dan keputusan ujian akan dirahsiakan

Jangkitan HIV dan penyakit AIDS adalah sejenis penyakit yang masih tidak dapat disembuhkan. Ia berpunca daripada jangkitan virus HIV yang melumpuhkan sistem daya tahan tubuh melawan penyakit. Virus HIV ini boleh didapati di setiap cecair badan pembawa virus tersebut. Akan tetapi ia amat aktif di dalam darah, air mani, dan cecair faraj mereka yang telah dijangkiti.

Anda mungkin terdedah kepada jangkitan HIV jika:

  1. Anda mempunyai pasangan atau suami /isteri yang telah dijangkiti HIV.
  2. Anda seorang pelacur atau pernah melanggani pelacur
  3. Anda atau pasangan anda mengamalkan homoseksual
  4. Anda mengadakan hubungan seks dengan berbilang pasangan.
  5. Anda mengadakan hubungan seks dengan pasanan atau suami/isteri anda di mana dia adalah seorang penagih dadah.
  6. Anda seorang penagih dadah dan pernah berkongsi jarum suntikan.

Adakah anda telah dijangkiti HIV?

Untuk mengetahui status anda, hanya satu cara sahaja yang boleh anda lakukan iaitu dengan menjalani ujian saringan HIV. Dengan mengetahui status diri sendiri, ianya merupakan langkah pertama anda bagi menyelamatkan nyawa anda dan orang yang anda sayangi.

Langkah-langkah untuk mendapatkan ujian saringan HIV:

  1. Pergi ke mana-mana klinik kesihatan kerajaan.
  2. Berjumpa terus dengan doktor/ pembantu perubatan/ jururawat bertugas dan minta ujian HIV dilakukan.
  3. Doktor/ pembantu perubatan/ jururawat yang bertugas akan memberi khidmat nasihat/ kaunseling mengenai ujian tersebut.
  4. Setitis darah akan diambil dari hujung jari untuk diuji. Keputusan ujian boleh diketahui dalam masa 15 minit (menggunakan ujian pantas – rapid test kits).
  5. Jika keputusan ujian ‘tidak reaktif’, anda akan diberi penerangan lanjut. Sekiranya anda mempunyai faktor risiko dijangkiti HIV, anda akan dinasihatkan untuk mengulangi ujian 3 hingga 6 bulan akan datang.
  6. Jika keputusan ujian adalah ’reaktif’, nasihat akan diberikan dan persetujuan diperolehi daripada anda untuk menjalani ujian pengesahan.

Ujian ini mudah didapati, ringkas dan tidak sakit. Perkhidmatan ini diberikan secara PERCUMA di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan. Maklumat anda dan keputusan ujian akan dirahsiakan.

Langkah-langkah ujian pengesahan:

  1. Ujian pengesahan HIV dilaksanakan secara ‘sulit’. Hanya doktor atau pegawai bertugas yang menjalankan ujian sahaja yang tahu meklumat peribadi dan keputusan ujian anda.
  2. Jumpa doktor atau pegawai bertugas pada hari temujanji yang telah ditetapkan (2 minggu selepas sampel darah diambil) bagi mengetahui keputusan ujian pengesahan dan mendapatkan khidmat  nasihat/ kaunseling.
  3. Jika keputusan ujian anda adalah ‘negatif’ anda akan diberi temujanji dalam masa 3 hingga 6 bulan untuk pengesahan ulangan.
  4. Sekiranya keputusan ujian anda adalah ‘positif’, anda akan dirujuk ke mana-mana klinik kesihatan yang mempunyai perkhidmatan pengurusan HIV yang anda pilih. Jagaan seterusnya akan meliputi perkhidmatan kaunseling, pemeriksaan kesihatan, ujian makmal dan rawatan.

KEPUTUSAN UJIAN DAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA AKAN DIRAHSIAKAN. JALANILAH UJIAN SARINGAN HIV DEMI MASA DEPAN ANDA.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Md Sabtuah b. Mohd Royali
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Pra Perkahwinan

Ujian saringan HIV pra-perkahwinan boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia dan dilaksanakan secara percuma. Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing

Ibu Mengandung

Jangkitan vertikal dari ibu yang di jangkiti HIV kepada janin (bayi dalam kandungan) berlaku secara terus melalui uri (placenta).

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,392,315

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia