A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kesihatan Cara Kerja
  6. /
  7. Tahukah Anda… Cara Mengangkat...

Tahukah Anda… Cara Mengangkat Berat Yang Betul

1

Pengenalan

Encik Ali telah mendapat sakit belakang minggu lalu setelah mengangkat tong gas yang berisi dari kedai ke dalam keretanya. Doktor mengesahkan beliau mendapat Muskuloskeletal disease disorders (MSDs) akibat daripada pengendalian manual yang tidak betul. Apakah yang dimaksudkan dengan pengendalian manual atau manual handling? Pengendalian manual didefinisikan sebagai aktiviti mengangkat, menurun, menolak, menarik, membawa, menanggung beban berat tanpa bantuan peralatan mekanikal. Beban tersebut samada bernyawa seperti manusia mahupun tidak bernyawa seperti seguni beras (European Agency For Safety And Health At Work, n.d.).

Posisi Betul Mengangkat Berat

Pelbagai posisi betul mengangkat beban. Salah satu adalah teknik SMART ataupun SMART Technique.

Teknik SMART Atau SMART Technique

  1. S: Size up the load.
    • Anggarkan berat/saiz/bentuk beban. Gerakkan beban ke kanan dan ke kiri secara perlahan-lahan bagi mempastikan kapasiti anda mengendalikan bebanan tersebut.2

      Foto 1: Anggarkan berat beban

    • Pastikan adakah beban tersebut perlu dialih sebelum diangkat.
    • Tetapkan lokasi beban hendak diletakkan. Pastikan laluan tidak mempunyai halangan.
    • Buat keputusan samada peralatan mekanikal atau bantuan rakan lain diperlukan.
  2. M: Move the load as close to your body as possible
    • Rapatkan beban dengan badan anda. Semakin jauh beban dari badan, semakin ianya ditanggung berat.3
    • Foto 2: Cara yang SALAH menggerakkan beban

      4

      Foto 3: Cara yang BETUL menggerakkan beban

    • Ampu/gengam beban tersebut menggunakan tangan dengan sekemas yang boleh.
  3. A; Always bend your knee
  4. Ia adalah untuk memposisikan kaki dan bagi menstabilkan diri anda. Stabilkan diri anda dengan cara:

    • Letakkan kaki hadapan anda di sisi beban tersebut.
    • Letakkan kaki belakang anda di belakang beban tersebut.5

      Foto 4: Letakkan kaki hadapan di sisi beban tersebut

      6

      Foto 5: Letakkan kaki di belakang beban tersebut

    • Jarak kaki hadapan dan belakang ialah mengikut lebar pinggul anda.
    • Minimakan kedudukan bongkok badan.
  5. R : Raise the loads with your leg.
    • Bengkokkan kaki anda untuk mendapatkan beban tersebut
    • Bangun dan angkat beban tersebut menggunakan otot peha anda.  Ia merupakan otot yang terbesar dalam tubuh.  Otot belakang hanya berfungsi untuk memeluk bebanan tersebut.7

      Foto 6: Angkat beban menggunakan kaki dan bukannya belakang anda

    • Angkat beban dengan menggunakan kaki dan bukannya belakang anda. Angkat perlahan-lahan dan jangan sentap beban.
    • Luruskan tulang belakang anda.
    • Angkat kepala dan pandang ke hadapan.
    • Cara ini boleh mempastikan tulang belakang anda lurus dan dapat melihat ke hadapan/laluan.
    • Semasa mengangkat pastikan tangan anda sentiasa lurus dan siku berkedudukan ke dalam.
    • Jangan mengubah cengkaman semasa mengangkat beban tersebut.
    • Jangan samasekali berpusing semasa mengangkat beban, sebaliknya gunakan kaki anda untuk berpusing kerana ini akan menyebabkan kecederaan pada tulang belakang.
  6. T : Turn Your Feet in the Direction that you want to move the load.
    • Elakkan perbuatan tidak perlu seperti membongkok, memusing dan menggapai.
    • Jika perlu pusing, gunakan kaki anda dan bukannya memusingkan badan anda.
    • Bercangkung untuk menurunkan beban tersebut, juga dalam keadaan tulang belakang lurus.

Faktor Risiko

Faktor risiko ialah aktiviti mengangkat beban secara berbahaya yang menjurus kepada masalah kerangka badan. Berikut adalah faktor-faktor risiko ergonomik:

  1. Postur Badan Tidak Sesuai
  2. Bermaksud anggota badan tidak berada dalam keadaan neutral semasa melakukan kerja. Keadaan neutral semasa melakukan kerja akan melibatkan otot-otot yang lebih besar. Ini dapat mengurangkan masalah kesakitan pada otot, tulang dan sendi. Melakukan kerja tidak dalam keadaan neutral seperti membongkok, memusing badan, menjengket mengunakan otot-otot yang lebih kecil, dan ini memenatkan badan selain menimbulkan masalah kesakitan rangka badan (Metcash Food & Grocery, n.d.).

    Faktor persekitaran tempat kerja yang tidak menepati prinsip-prinsip ergonomik seperti  ruang kerja yang sempit , terlalu tinggi, rendah dan sebagainya akan menyebabkan pekerja terpaksa membongkok dan berpusing, membongkok ke hadapan, memusingkan pergelangan tangan, melakukan capaian yang melampau.

    8

    Foto 7: Contoh capaian melampau    

    9

     Foto 8: Memusingkan badan semasa mengangkat beban

  3. Penggunaan daya yang banyak
  4. Perbuatan ini mengakibatkan lebih beban mekanik ke atas ligament, tendon dan sendi. Pekerja akan merasa letih dan mengurangkan prestasi kerja fizikalnya disebabkan kecederaan akut mahupun kronik.

    10

    Foto 9: Penggunaan daya yang banyak boleh mengakibatkan bebas ke atas pengendali

    Sumber: https://liftingequipmentblog.com

  5. Pergerakan berulang-ulang.
  6. Otot yang sama akan digunakan secara berulang-ulang. Anggota badan terlibat tidak dapat berehat secukupnya dan berlakulah ketidakselesaan dan kesakitan kepada pekerja.

    11

    Foto 10: Contoh pergerakkan yang berulang-ulang.

    Sumber: http://www.wisegeek.com

  7. Postur badan statik
  8. Dalam keadaan statik, otot-otot badan tidak mampu mengepam darahyang mengandungi karbon dioksida dan bahan kumuhan badan daripada anggota badan. Ia juga tidak mampu untuk mendaptkan darah yang mengandungi oksigen. Kesannya, penat dan  kesakitan pada anggota yang terlibat.

  9. Tekanan sentuhan
  10. Merujuk kepada pemicitan ke atas salur darah, otot-otot, tendon akibat penggunaan sebagai contoh pemutar skrew yang tidak berlapik. Apabila pengecutan saluran darah berlaku, aliran darah pada anggota terlibat akan berkurangan. Ini menyebabkan rasa kebas dan sakit pada anggota yang digunakan

  11. Faktor persekitaran
  12. Merujuk kepada getaran yang dihasilkan daripada mesin yang digerakkan oleh kuasa elektrik akan menyebabkan getaran tangan lengan. Sumber getaran seperti chainsaw, concrete breakers, hand-held grinders, metal polishers, hammer drills. Faktor persekitaran juga merujuk kepada pencahayaan. Pencahayaan yang terlalu gelap akan meningkatkan kesilapan serta risiko kemalangan. Pencahayaan yang teralu terang menyebabkan mata letih yang boleh menjurus kepada sakit kepala dan sebagainya.

    Julat cahaya yang dicadangkan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ialah 200 Lux bagi kerja-kerja am, 400 Lux bagi kerja rutin pejabat dan 600 Lux untuk proof reading. Suhu yang terlalu sejuk atau panas akan mengakibatkan pengudaraan yang tidak baik yang menjurus kepada symptom SBS. Julat suhu yang dicadangkan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ialah 20 -26 darjah celcius. Bunyi bising bukan sahaja menjejaskan pendengaran malah menganggu tidur, tahap kognitif, menaikkan kadar denyutan nadi dan tekanan darah.

Rujukan

  1. European Agency For Safety And Health At Work. (n.d.). Hazard and risks associated with manual handling in the workplace. Diambil dari http://www.osha.mddsz.gov.si/resources/files/pdf/E-fact_14_-_Hazards_and_risks_associated_with_manual_handling_in_the_workplace.pdf
  2. Guidelines on Occupational Safety & Health in The Office (1997). Department of Occupational Safety & Health.
  3. Health and Safety Executive. (2012). Manual handling at work: A brief guide [Leaflet]. UK. Diambil daripada http://www.hse.gov.uk/pubns/indg143.pdf
  4. Jain, R.K., & Rao, S.S. (2015). Industrial Safety, Health & Environment Management Systems (4th ed.). IND: Khanna Publishers.
  5. Jakobsen, M.D., Sunstrup, E., Brandt, M., Kristensen, A.Z., Jay, K. Stelter, R., … Andersen, L.L. (2014). Effect of workplace- versus home-based physical exercise on pain in healthcare workers: Study protocol for a single blinded cluster randomized controlled trial. BMC Musculoskeletal Disorders, 15(119). doi: 10.1186/1471-2474-15-119
  6. Kay, K., Glass, N., & Evans, A. (2012). Reconceptualising manual handling: Foundations for practice change. Journal of Nursing Education and Practice, 2(3).
  7. Metcash Food & Grocery. (n.d.). Manual handling safe lifting technique [Brochure]. Diambil daripada http://metcashexpo.com.au/wp-content/uploads/2013/03/Manual-Handling-Guide.pdf
  8. Munzel, T., Gori, T., Babisch, W., & Basner, M. (2014). Cardiovascular effects of environmental noise exposure. European Heart Journal, 15, 1-9. doi: doi:10.1093/eurheartj/ehu030
  9. OHS Management Guideline. (n.d.). SMART lifting technique [Leaflet]. RMIT University. Melbourne, Australia.
  10. Nelson, G. S., Wickes, H., & English, J.T. (2008). Manual Lifting:The NIOSH Work Practices Guide for Manual Lifting Determining Acceptable Weights of Lift. Texas, USA: Nelson & Associates.
  11. Occupational Safety and Health Branch Labour Department. (n.d.). Guidance notes on manual handling operations. Occupational Safety & Health Council. http://www.labour.gov.hk/eng/public/oh/GN-MHO.pdf
Semakan Akhir : 25 Mei 2016
Penulis : Pedelin Rimpau
Akreditor : Hj. Rosnani bin Ab. Hamid

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,454,358

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia