A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sumbing Bibir & Sumbing Lelangit

Apakah sumbing bibir dan sumbing lelangit?

Sumbing bibir ialah rekahan pada bibir atas. Sumbing Lelangit ialah rekahan pada garis tengah lelangit.

Bagaimanakah kecacatan boleh terjadi?

Keadaan disebabkan oleh suatu rekahan (fisur) pada garis tengah lelangit akibat daripada kegagalan kedua-dua sisi bercantum semasa perkembangan janin pada usia 3 bulan dalam kandungan.

Sebab-sebab:

  • Tidak diketahui.
  • Keturunan (30% mempunyai ahli keluarga dengan kecacatan yang sama).
  • Keadaan sifat baka (dengan kecacatan kelahiran lain).
  • Agen keracunan ( ubat, jangkitan viral, racun yang dihasilkan oleh organisma hidup semasa mengandung).

Adakah perbezaan diantara kedua jenis sumbing?

Sumbing bibir dan sumbing lelangit boleh terjadi secara berasingan atau kedua-duanya sekali.

Berapa kerapkah ia terjadi?

Sumbing bibir dan sumbing lelangit terjadi anggaran 1 dalam 1000 kelahiran. Sumbing lelangit sahaja anggaran 1 dalam 2000 kelahiran.

Apakah komplikasi sumbing bibir dan sumbing lelangit?

  1. Masalah penyusuan
    • Bayi tidak menyusu secukupnya kerana pembentukan mulut yang tidak sempurna. Masalah bergantung pada keterukan sumbing. Penyelesaian: Menggalakkan penyusuan susu ibu secara langsung. Jika bayi tidak dapat berbuat demikian, beri perahan susu ibu atau susu formula dengan sudu.
    • Mereka menelan lebih udara semasa penyusuan, susu mudah masuk melalui hidung atau telinga dalam. Penyelesaian : Dudukkan bayi secara menegak semasa dan selepas penyusuan. Sendawakan bayi selepas penyusuan.
  1. Penyakit Telinga
    • Mudah mendapat jangkitan telinga dan pengumpulan air di bahagian telinga tengah. Memberi kesan pada pendengaran bayi. Penyelesaian: Air yang terkumpul ini perlu dikeluarkan menggunakan teknik “ear weaking” dan jangkitan dirawat sebaiknya.
    • Hilang pendengaran (gejala jangkitan telinga). Penyelesaian: Menghadiri temu janji untuk penilaian di klinik ENT.
  1. Perkembangan Pertuturan
    • Otot lelangit bagi kanak-kanak sumbing lelangit, tidak berfungsi dengan sempurna. Jadi mereka mempunyai “hypernasal speech” dan pertuturan tidak fasih.
    • Kurang pendengaran juga menghalang perkembangan pertuturan. Penyelesaian: Sesi Terapi Pertuturan dan mengikuti ujian pendengaran secara berkala.
  1. Pertumbuhan gigi
    • Kanak-kanak dengan kecacatan pada gusi atas/lelangit mempunyai bentuk gigi yang tidak normal atau tiada gigi. Penyelesaian: Jumpa Doktor Gigi pada umur muda atau sebelum gigi tumbuh. Penjagaan mulut yang baik. Rawatan Orthodontik (pembetulan terhadap gigi yang tidak betul).
  1. Masalah kecantikan (Cosmetic problems)
    • Kesan rawatan yang tidak sempurna boleh menimbulkan ketidak puasan kepada pesakit.
  1. Kesan Psikologi (Psychological impact)
    • Kombinasi banyak masalah yang melibatkan pertuturan, pendengaran, pergigian dan masalah kosmetik menyebabkan kurang keyakinan diri dan lain – lain kesan PSIKOLOGI.

Rawatan

Melibatkan rawatan daripada berbagai disiplin termasuklah Pakar pembedahan plastik, Pakar Pembedahan Otolaryngologi (ENT), Doktor Gigi (dentist), Orthodontist (Pakar Pembentukan Gigi), Audiologist (Pakar Pendengaran dan Pakar Terapi Pertuturan) serta kakitangan kesihatan.

Rawatan pembedahan sumbing bibir boleh dilakukan pada umur 3 bulan.

Pembedahan sumbing lelangit biasanya dilakukan di antara umur 6 bulan hingga satu tahun. Kemungkinan bone graft (pemindahan tisu tulang) akan dilakukan kemudian. Pembedahan pembetulan rahang (tulang mulut dan dagu) juga diperlukan apabila umur meningkat.

Pencegahan

  • Dapatkan nasihat doktor berkenaan risiko berulang pada kehamilan berikutnya.
  • Semasa hamil jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor.

Rehabilitasi (Pemulihan)

  • Terapi Pertuturan.
  • Rawatan Orthodotik (rawatan pembentukan gigi).

Kumpulan sokongan

CLAPAM (Cleft Lip and Palate Association of Malaysia)
No. 121 Lot 4 – 46A
4th floor Wisma Central Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel/fax: 03-21621445
E-mail : clapam@tm.net.my

Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dato’ Dr. Jimmy Lee Kok Foo
  : Dr. Leow Poy Lee
Penyemak : Dr. Norzila bt. Mohamed Zainudin

 

Artikel Berkaitan

Selesema

Apakah itu selesema? Iaitu satu jangkitan pada hidung dan tekak.

Tonsillitis

What are tonsils? Tonsils are glands that work like an

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,231,495

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia