A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Suara Serak…Seksi ke?

Pernahkah anda mengalami suara serak? Adakah anda merasakan suara serak adalah seksi? Tahukah anda, suara serak boleh mungkin menjadi satu petanda mengenai kesihatan pita suara anda?

Kebanyakan daripada kita pernah mengalami suara serak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Namun, kebanyakan orang merasakan suara serak bukanlah suatu masalah kesihatan yang serius. Suara serak biasanya berlaku apabila kita mengalami batuk yang berpanjangan. Jika suara serak berlarutan lebih dari dua minggu, adakah ianya suatu perkara biasa? Bagi sesetengah kes, suara serak menandakan sesuatu yang serius telah berlaku pada peti suara.

Apa itu peti suara?

  • Organ yang terletak di kawasan leher yang berfungsi untuk menghasilkan suara.

  • Terdiri daripada rawan dan otot nipis yang bergerak dan bergetar untuk menghasilkan suara.

  • Peti suara mudah tercedera atau melecet apabila berlaku penyalahgunaan suara.

Pemeriksaan Pita Suara

Stroboscope Dimasukkan melalui mulut ke belakang lidah. Digunakan untuk memeriksa getaran peti suara dan merekod kekerapan pergerakan peti suara.
Rigid laryngoscope Dimasukkan melalui mulut ke belakang lidah. Digunakan untuk memeriksa keadaan fizikal peti suara yang dibesarkan dengan imej yang berkualiti
Flexible fiber optic laryngoscope Flexible endoscope yang mengandungi kabel gentian optik dimasukkan melalui hidung dan melalui tekak. Digunakan untuk memeriksa keseluruhan bahagian tekak dan menilai pergerakan peti suara dari arah belakang hidung.

Masalah-masalah Pita Suara

Laringitis

Radang atau bengkak pada peti suara. Peti suara kelihatan seperti lapisan otot yang menggerutu.

Polyps

Kawasan peti suara yang terlibat mengandungi air. Keadaan ini bukan barah tetapi kewujudannya mengganggu pergerakan peti suara dan penghasilan suara. Peti suara kelihatan seperti benjolan.

Reinki Edema

Tisu berlebihan yang terbentuk di peti suara. Tisu kelihatan membengkak.

Papiloma

Masalah inidisebabkan oleh jangkitan Human Papilloma Virus (HPV). Jangkitan ini boleh merebak ke tisu bahagian lain seperti tisu mulut, leher, hidung dan paru-paru. Peti suara kelihatan menggerutu.

Nodul

Nodul kelihatan seperti benjolan isi yang terbentuk pada peti suara. Masalah ini timbul akibat penyalahgunaan suara.

Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda menunjukkan tanda-tanda yang berikut:

  • Mengalami suara serak lebih dari tiga minggu.

  • Hilang suara atau suara serak yang teruk lebih dari seminggu.

  • Suara serak beserta rasa sakit. Suara serak akibat sakit tekak dan demam biasa terjadi. Namun, suara serak ketika sihat adalah tidak normal

  • Suara serak berserta rasa benjolan didalam tekak.

  • Suara serak berserta batuk kronik atau batuk berdarah.

  • Suara serak berserta kesukaran bernafas.

  • Suara serak berserta masalah menelan.

Tips Penjagaan suara

Tips Pertama: Minum air kosong yang mencukupi

Pengambilan air yang cukup dapat menghindarkan dihidrasi pada peti suara. Ini dapat mengurangkan hentaman peti suara dan mengurangkan risiko kecederaan pada peti suara. Pakar mencadangkan pengambilan air kosong sebanyak 7- 8 gelas sehari.

Tips Kedua : Kurangkan atau elak pendedahan kepada bahan-bahan penyebab kerengsaan.

Antara makanan yang boleh menambah masalah kepada peti suara adalah seperti berikut:

  • Produk tenusu

    • Produk tenusu boleh menyebabkan penghasilan kahak. Ini boleh mengganggu kejelasan suara.

    • Elakkan pengambilan produk tenusu seperti susu, aiskrim, keju

  • Makanan pedas

    • Makanan pedas boleh menyebabkan tekak menjadi perit.

    • Berpunca daripada asid refluks yang boleh menyebabkan iritasi pada esofagus

  • Makanan berkafein

    • Bahan yang mengandungi kafein boleh mengeringkan tekak. Ini boleh menyebabkan suara menjadi serak

Tips Ketiga : Elak berdehem

Berdehem akan menyebabkan kerosakan disebabkan pergerakan geseran di antara tisu-tisu peti suara. Minum air apabila berasa tidak selesa pada tekak.

Tips Keempat : Elakkan menjerit

Menjerit akan meningkatkan hentaman pada kedua belah peti suara. Ini akan meningkatkan risiko kecederaan atau kerosakkan pada peti suara.

Tips Kelima : Elakkan bercakap ditempat yang bising

Elakkan dari bercakap di tempat yang bising seperti pasar dan stadium. Ini akan menyebabkan kita terdorong untuk menjerit bagi mengatasi bunyi bising serta memastikan mesej dapat disampaikan kepada pendengar.

Tips Keenam : Elakkan bercakap dalam tempoh yang lama

Berhenti bercakap apabila tekak mula berasa perit atau letih. Keadaan ini  adalah petanda suara telah digunakan secara maksima. Penggunaan peti suara yang berlebihan boleh mendatangkan kecederaan atau kerosakan pada otot peti suara yang nipis.

Rujukan

  1. Hill, D. (2011). Foods That Are Unhealthy for Your Vocal Cords. Retrieved July 4, 2013 from http://www.livestrong.com/article/539272-foods-that-are-unhealthy-for-your-vocal-cords/

  2. Jensen, K.M. (2011). Types of Voice Disorders. Retrieved July 4, 2013 from http://www.practicalslpinfo.com/types-of-voice-disorders.html

Rujukan Gambar

  1. BestPractise (2012). Paradoxical Vocal Fold Motion. Retrieved July 4, 2013, from http://bestpractice.bmj.com/best-practice/monograph/1090/resources/image/bp/3.html

  2. Dunedin (2008). New Tool to Treat Vocal Problems. Retrieved July 4, 2013, from http://www.odt.co.nz/news/dunedin/3899/new-tool-treat-vocal-problems

  3. Examination Tehnique – Detail. Retrieved July 4, 2013, from http://www.dysphonia.certec.lth.se/examtech_detail_uk.lasso@ID=10007.html

  4. Sulica, M. (2009). Nodules. Retrieved July 5, 2013, from http://www.voicemedicine.com/nodules.htm

  5. Verma, S.P. (2011). Laryngitis Sisca. Retrieved July 5, 2013, from http://www.throatdisorder.com/voice-disorders/laryngitis-sicca

  6. Verma, S.P. (2011). Polyp. Retrieved July 5, 2013, from http://www.throatdisorder.com/voice-disorders/polyp

  7. Verma, S.P. (2011). Reinke’s Edema. Retrieved July 5, 2013, from http://www.throatdisorder.com/voice-disorders/reinke%E2%80%99s-edema

  8. Verma, S.P. (2011). Papilloma. Retrieved July 5, 2013, http://www.throatdisorder.com/voice-disorders/papilloma

  9. www.drpaulose.com, from http://drpaulose.com/ear/ent-pediatric-children/fibre-optic-laryngoscopy-in-ent-clinic

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Nurhayati bt Mohd Mossadeq
Akreditor : Raphidah bt. Rusly
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

 

Artikel Berkaitan

Kurang Selera Makan

Kurang selera sementara yang  tidak menjejaskan berat badan yang ketara adalah perkara yang sering berlaku. Ianya berlaku apabila seseorang merasa tekanan perasaan, menghadapi jangkitan seperti demam selsema, semasa menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi, dan pada peringkat awal mengandung.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,058,736

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia