Home > Bayi & Kanak-Kanak > Kulit > Steroid Topikal untuk Ekzema

Steroid Topikal untuk Ekzema

Apakah itu steroid topikal?

Steroid topikal digunakan di samping emolien (pelembap) untuk merawat ekzema. Steroid topikal dapat mengurangkan keradangan kulit.

Apakah jenis-jenis steroid topikal yang ada?

Terdapat banyak jenis dan jenama steroid topikal di pasaran. Steroid topikal boleh terdapat dalam bentuk krim ‘ointment’dan losyen. Steroid topikal secara amnya boleh dibahagikan kepada empat kategori mengikut tahap kekuatannya (potency), iaitu ringan, sederhana kuat, kuat (‘potent’) dan sangat kuat. Sebagai contoh, krim hidrokortison 1% (1% hydrocortisone cream) dikelaskan sebagai steroid topikal ringan. Kesan mengurangkan keradangan bertambah dengan kekuatan (potency) satu steroid, tetapi penggunaan berterusan akan membawa risiko kesan sampingan yang lebih tinggi.

Krim adalah terbaik untuk merawat kawasan lembap manakala ‘ointment’ biasanya terbaik untuk merawat kawasan kulit yang kering atau tebal.

Bila dan bagaimana steroid topikal digunakan?

Secara am, steroid topikal digunakan pada tompok yang merah semasa ekzema ‘flare’. Pemilihan kekuatan (potency) bergantung kepada bahagian yang terlibat dan tahap keterukan ekzema.

Sebagai contoh, steroid topikal yang berpotensi rendah seperti krim hidrokortison 1% adalah sesuai untuk kawasan yang mempunyai kulit yang nipis seperti bahagian muka kanak-kanak atau badan bayi. Steroid topikal yang berpotensi kuat sering diperlukan untuk ekzema pada tapak tangan dan tapak kaki orang dewasa kerana kawasan-kawasan ini mempunyai kulit yang tebal.

Kadang-kadang dua atau lebih jenis steroid topikal yang mempunyai tahap kekuatan yang berbeza boleh digunakan oleh seseorang individu pada bahagian yang berlainan pada masa yang sama. Sebagai contoh, seorang menggunakan steroid topikal yang ringan steroid for the face and a moderately strong steroid for patches of eczema on the thicker skin of the arms or leguntuk muka tetapi steroid topikal yang kuat untuk tompok ekzema pada kulit tebal tangan atau kaki.

Semasa ekzema ‘flare’, steroid topikal yang lebih kuat akan digunakan selama 5 hari kerana ia dapat bekerja lebih cepat untuk mengurangkan keradangan kulit. K emudian , steroid topikal yang kurang kuat akan digunakan untuk 5-7 hari dan dihentikan. Ini dapat mengurangkan keradangan kulit lebih cepat dengan kesan sampingan yang rendah.

Untuk bahagian kulit yang tebal dan degil di tangan dan kaki, adakala anda perlu menggunakan steroid topical untuk jangka masa dan keadaan kulit. Sebagai contoh, untuk kulit tebal di tangan dan kaki, anda boleh menggunakan krim Betamethasone 1:4 dua kali sehari untuk seminggu, kemudian gunakan krim Betamethasone 1:8 yang mempunyai kekuatan lebih rendah dua kali sehari untuk seminggu, di ikuti sekali sehari 1 hingga 2 minggu.

Untuk sesetengah orang yang mempunyai eczema ‘flare’ yang kerap, satu pilihan yang boleh membantu ialah menggunakan steroid dua kali seminggu pada bahagian yang kerap berlaku ‘flare’ untuk mengelakkan ‘flare’. Dalam jangka masa panjang, jumlah steroid topikal yang digunakan adalah kuang daripada yang diguna semasa ‘flare’ yang berulang.

Kebanyakan orang yang mengalami ekzema juga akan menggunakan emolien (pelembap). Emolien adalah berbeza dengan steroid topikal, dan harus digunakan dengan cara yang berbeza. When using the two treatments, apply the emollient first. Apabila menggunakan dua rawatan, gunakan emolien dahulu, diikuti dengan steroid topikal setelah 10-15 minit.

Berapa banyak steroid topikal perlu diguna?

Steroid topikal biasanya digunakan dua kali sehari melainkan steroid topikal yang kuat digunakan sekali dengan amaun yang sedikit pada kawasan kulit yang radang. (lihat cara dos yang betul- unit hujung jari, seperti yang diterangkan di bawah). Ini adalah berbeza dengan emolien yang perlu digunakan secara liberal di seluruh badan. Anda perlu menggosok steroid topikal bentuk krim atau minyak ke dalam kulit sehingga ianya hilang.

Mendapatkan dos – unit hujung jari

Jumlah steroid topikal yang anda perlu mengguna biasanya diukur dalam unit hujung jari (Finger Tip Unit, FTUs). Satu FTU adalah jumlah steroid topikal yang diperah keluar dari tiub standard (untuk tiub yang mempunyai saiz muncung standard yang berukuran 5mm) meliputi jarak dari hujung jari ke lipatan pertama jari orang dewasa.

Satu FTU adalah mencukupi untuk merawat kawasan kulit saiz dua tapak tangan orang dewasa termasuk jari bersama-sama. Dua FTUs adalah lebih kurang sama dengan 1 g steroid topikal. Sebagai contoh, untuk merawat kawasan kulit saiz empat tangan orang dewasa anda memerlukan dua FTUs bagi setiap dos.

Adakah terdapat sebarang kesan sampingan daripada steroid topikal?

Tempoh rawatan jangka pendek steroid topikal (kurang daripada empat minggu) adalah selamat dan tidak menyebabkan masalah. Kesan sampingan mungkin berlaku jika steroid topikal digunakan untuk tempoh yang lama, atau steroid kuat digunakan berulang kali. Perhatian perlu diberi jika steroid yang kuat digunakan untuk jangka panjang. Salah satu kesan sampingan yang biasa adalah penipisan kulit. Biasanya, penipisan kulit dapat dikurangkan apabila steroid topikal dihentikan.

Penggunaan steroid topikal untuk jangka panjang boleh menyebabkan ‘striae’ kekal (seperti ‘stretch mark’), lebam, perubahan warna, atau penipisan saluran darah(telangiectasia) dan mencetuskan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

Penggunaan steroid topikal kuat untuk jangka masa panjang juga boleh memberi kesan kepada pertumbuhan. Oleh itu, pertumbuhan kanak-kanak yang memerlukan steroid topikal kuat yang berulang harus dipantau. Kadang-kadang, sesetengah orang menjadi sensitif (alah) kepada ramuan dalam krim (seperti pengawet). Ini boleh menyebabkan keradangan kulit yang lebih teruk.

Apakah kesilapan yang biasa apabila menggunakan steroid topikal?

Sesetengah orang menggunakan terlalu sedikit kerana bimbang terhadap kesan sampingan. Mereka mungkin tidak menggunakan steroid sekerap yang ditetapkan,atau pada strength needed to clear the flare-up.kekuatan yang diperlukan. Sesetengah orang pula terus menggunakan steroid topikal setiap hari dalam jangka masa panjang selepas ekzema telah terkawal untuk mengelakkan ekzema‘flare’.

Last Reviewed : 14 Oktober  2014
Writer : Dr. Oh Hoey Hoey
Accreditor : Dr. Sabeera Begum bt Kader Ibrahim