A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Soalan Lazim Sakit Kepala

Soalan Lazim Sakit Kepala

Adakah anak saya memerlukan ‘brain scan’?

Kanak-kanak yang mengalami migrain atau sakit kepala tegang (tension headache) tidak memerlukan ujian imbasan otak ‘brain scan’. Walau bagaimanapun jika terdapat tanda-tanda dan gejala seperti demam, sakit kepala yang berterusan, hilang daya penglihatan, rasa ingin jatuh, lemah anggota badan, sawan, dan merosot dalam pelajaran, ujian imbasan otak ‘brain scan’ adalah diperlukan untuk diagnosa penyakit.

Adakah anak saya mempunyai ketumbuhan di otak?

Kanak-kanak yang ada ketumbuhan di otak mengalami gejala sakit kepala yang berbeza. Mereka akan menunjukkan gejala-gejala lain seperti sakit kepala berterusan, hilang daya penglihatan, sawan, imbangan badan yang tidak stabil dan merosot dalam pelajaran.

Adakah kemungkinan anak saya terlalu bergantung kepada ubatan?

Kanak-kanak yang mengalami migrain yang terlalu kerap akan diberi ubatan propilaktif untuk mengurangkan kekerapan serangan sakit kepala.

Ubatan yang diberikan tidak menyebabkan ketagihan bagi kanak-kanak.

Adakah pengambilan ‘brain tonics’ boleh membantu mengurangkan sakit kepala di kalangan kanak-kanak?

Terdapat banyak ubat herbal tradisional yang boleh memulihkan kanak-kanak yang mengalami masalah ‘brain disorder’. Namun begitu dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum memberi ubatan tersebut kepada anak anda. Ini kerana terdapat juga ubatan yang boleh menjejaskan kesan ubatan yang diberikan oleh doktor kepada anak anda.

Semakan akhir : 14 Julai 2008
Penulis : Dr. Terrence Thomas
  : Dr. Irene Cheah Guat Sim
  : Dr. Umathevi Paramasivam

 

Artikel Berkaitan

U

Tiada Audio

D

Dengkur Diabetes dan Anda

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,417,522

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia