A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Serbuk Protein Bina Badan

Ia sebenarnya adalah hasil sampingan dari pembuatan keju. Apabila diasingkan daripada kandungan keju, sisa yang melalui proses penulenan dan pengeringan yang akhirnya menjadi serbuk.

Serbuk protein semakin popular sebagai makanan tambahan yang berkhasiat di kalangan pengemar gimnasium. Jika anda ke gimnasium anda mungkin perasan sesetengah dari mereka mengoncang dan meminum serbuk protein tersebut selepas melakukan senaman. Sesetengah dari mereka juga bercakap mengenai di mana boleh mendapatkan produk tersebut

Protein Powder Body Building1http://onf.coop/protein-powders-101/

Sekarang ini, anda boleh mendapatkan serbuk protein di kedai makanan tambahan atau di internet. Apa sebenarnya serbuk protein? Adakah ianya hanya untuk ahli bina badan atau kepada sesiapa sahaja sebagai makanan tambahan seharian?

Apakah itu serbuk protein?

Ia datang dalam pelbagai bentuk. Tiga jenis yang biasa adalah dadih, soya dan protein kasein. Dadih paling kerap digunakan kerana ianya protein susu yang larut air. Ianya juga adalah protein lengkap kerana mempunyai sembilan asid amino penting untuk keperluan manusia.

Makanan seperti daging, tenusu dan telur adalah contoh protein lengkap. Sebaliknya, kebanyakan sayuran, nasi dan kanji adalah protein tidak lengkap kerana kekurangan satu atau lebih asid amino.

Ia sebenarnya adalah hasil sampingan dari pembuatan keju. Apabila diasingkan daripada kandungan keju, sisa yang melalui proses penulenan dan pengeringan yang akhirnya menjadi serbuk. Institut Protein Whey mengelarnya sebagai “piawaian emas” kerana ianya membantu atlet untuk mendapatkan jisim badan tanpa lemak serta fizikal yang mantap.

Salah satu asid amino yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan pertumbuhan dan pembesaran otot ialah leusina. Apabila anda menggabungkan pengambilan serbuk protein ini dan melatih otot anda, ini akan memberi badan anda asid amino yang dapat membantu menguatkan otot serta tumbesaran mengikut peredaran masa.

Bukan sahaja makanan mempunyai pelbagai profil asid amino, tetapi kadar penyerapan oleh tubuh juga berbeza. Protein dadih secara kebetulan mempunyai markah tertinggi dengan Nilai Biologikal (BV) yang merupakan parameter bagi mengukur penyerapan protein. Ini bermakna ianya mempunyai semua asid amino yang diperlukan dalam protein lengkap dan mudah dihadam oleh badan kita.

Protein Powder Body Building2www.biology.arizona.edu

Asid amino tertentu digunakan oleh badan untuk tujuan tertentu. Sebagai contoh, protein dadih tinggi dalam Amino Asid Rantai Bercabang (BCAA’s) yang mempunyai tiga daripada sembilan asid amino penting bagi pemulihan serta pemeliharaan otot. Semasa senaman dan proses pemulihan, badan anda akan memecahkan sejumlah kecil BCAA bagi tenaga (1-5%).

Walaupun ini hanyalah peratusan yang kecil, badan anda akan memecahkan otot bagi mendapatkan BCAA tersebut. Dengan membekalkan badan dengan jumlah BCAA yang tinggi, badan anda akan memelihara otot sementara leusina mengalakkan penghasilan protein.

Protein Dadih dan Pembinaan Otot

Terdapat bukti yang baik yang menunjukkan protein dadih meningkatkan jisim dan kekuatan otot. Atlet termasuk ahli bina badan lebih menggemari protein dadih kerana alasan ini namun kajian telah menunjukkan ianya bermanfaat kepada semua orang.

Namun begitu, anda masih boleh mendapatkan segala kebaikan dengan mengambil sumber makanan seperti daging, ikan, ayam dan hasil tenusu. Anggap sahaja serbuk protein adalah dada ayam dalam bentuk serbuk yang lebih cepat dihadam.

Whey and Muscle Buildingwww.bornfitness.com

Terdapat beberapa sebab mengapa remaja ingin mengambilnya:

  • Bila anda memulakan program senaman – jika senaman adalah baru bagi anda, anda mungkin memerlukan protein yang lebih.
  • Bila anda membesar – remaja memerlukan lebih protein bagi tenaga untuk bersenam kerana badan mereka masih membesar dan memerlukan lebih dari biasa
  • Bila anda meningkatkan intensiti senaman – jika anda memutuskan untuk meningkatkan intensiti senaman, sudah semestinya badan anda memerlukan protein lebih banyak protein
  • Bila anda pulih daripada kecederaan – atlet yang mempunyai kecederaan sukan akan memerlukan lebih banyak protein untuk membina semula bahagian yang cedera itu
  • Jika anda menjadi vegetarianvegetarian mengalami kekurangan protein dari sumber makanan mereka

Sebelum atau Selepas Senaman?

Selalunya orang akan mengambil protein sebelum memulakan sesi senaman. Ini akan membantu pembentukan protein dengan memastikan protein ada apabila darah mula mengalir ke otot-otot semakin bertambah sepanjang senaman. Darah ini membawa lebih banyak protein yang diperlukan oleh badan anda dan seterusnya anda akan mendapat lebih jisim otot serta meningkatkan kekuatan. Namun terdapat segelintir pengkaji mencadangkan supaya ianya diambil selepas senaman kerana ianya dapat membesarkan saiz sel otot. Masa yang sesuai untuk pengambilan adalah di antara 30 hingga 60 minit selepas latihan kekuatan anda.

Before or After Workoutnasnutrition.com

Berapa banyak yang diperlukan?

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) menyatakan orang dewasa memerlukan di antara 46 sehingga 56 gram protein dalam sehari. Lelaki memerlukan lebih sedikit berbanding wanita. Institut Perubatan mensarankan keperluan protein sebanyak 10 sehingga 35 peratus daripada jumlah kalori anda. Kebanyakan kajian telah mencadangkan untuk mengambil sebanyak 1.2 gram protein sekilogram dari berat badan. Jika anda berniat untuk mengambil protein sebagai makanan tambahan anda, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar nutrisi.

Manakala tiada makanan tambahan boleh menggantikan makanan semulajadi, ianya berguna bagi orang yang sentiasa sibuk dengan tugas harian sebagai makanan tambahan mereka.

Jenis-jenis protein dadih

Terdapat beberapa jenis protein dadih:

  1. Protein Dadih Concentrate (WPC):

    paling murah, kandungan protein terendah (55% – 89%).

  2. Protein Dadih Isolate (WPI):

    lebih mahal dari WPC, protein secara purata sebanyak 95% dan selebihnya dari lemak, laktos dan pelbagai immunoglobulin.

  3. Protein Dadih Hydrosylate (WPH):

    termahal, 99% protein, paling cepat dihadam dan rasa yang paling tidak sedap.

Adakah terdapat risiko mengambil protein dadih?

Secara umumnya kebanyakan komplikasi pengambilan protein dadih adalah berkaitan dengan sistem pencernaan seperti:

  • angin
  • sebu
  • sakit kepala
  • kekejangan 
  • kelesuan

Tiada satu pun yang boleh mengancam nyawa tetapi lebih kepada komplikasi yang menganggu dan tidak menyelesakan. Kebanyakan kajian menunjukkan jika anda mengalami mana-mana simptom tersebut, ianya adalah berpunca daripada ketidakhadaman laktos (yang terdapat di dalam WPC) atau pemanis yang digunakan berbanding kandungan protein dadih tersebut.

Kerisauan terbesar yang selalu diperkatakan mengenai pengambilan protein dadih ini adalah kadungan protein yang terlalu tinggi membahayakan buah pinggang. Kajian telah menunjukkan bahawa ini tidak benar dalam kalangan individu yang sihat. Namun begitu, orang yang mempunyai masalah buah pinggang boleh menerukkan keadaan sedia ada mereka. Individu yang sihat tanpa apa-apa penyakit tidak perlu risau mengenai pengambilan protein yang tinggi jika mengikut dos yang disyorkan.

Rujukan:

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Lt. Kol. Dr. Ridzuan bin Azmi
Akreditor : Dr. Nik Rubiah binti Nik Abdul Rashid
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Membina Badan

Menaikkan otot pada tubuh telah menjadi satu aliran baru dalam kalangan remaja masa kini. Membina otot terhasil dari senaman mengangkat berat yang berpatutan serta nutrisi yang seimbang.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,387,032

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia