A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Bidang Kepakaran
  6. /
  7. Keperluan Khas
  8. /
  9. Sawan: Kesannya Terhadap Kesihatan...

Sawan: Kesannya Terhadap Kesihatan Mulut

Pengenalan

Sawan berlaku apabila terjadi aktiviti elektrik yang tidak normal di dalam otak. Semasa serangan, seseorang pada mulanyan tidak sedarkan diri dan mengalami kekejangan (semua otot skeletal akan mengecut). Ini diikuti dengan fasa ‘clonic’ atau pengenduran otot dimana semua otot akan menjadi kendur dan pergerakan menjadi tidak terkawal. Ini boleh menyebabkan kecederaan kepada kepala, tangan dan kaki. Individu terbabit juga mungkin mengalami pembuangan air kecil dan besar yang tidak terkawal. Seterusnya, individu itu akan mengalami kekeliruan, mengantuk dan keletihan. Semua ini berlaku dalam jangkamasa satu sehingga dua minit. Sawan juga dikenali sebagai epilepsi.

Sawan dan Kesihatan Mulut

Bagaimana sawan boleh memberi kesan kepada gigi saya?

  1. Masalah perubatan yang dialami boleh menyebabkan anda berisiko tinggi untuk mendapat masalah pergigian dan menjadikan rawatan pergigian bertambah kompleks
  2. Ubat yang diambil untuk merawat sawan selalunya mendatangkan kesan sampingan terhadap gigi dan struktur mulut anda
  3. Beberapa contoh masalah mulut yang dialami oleh penghidap sawan:
    1. Mulut kering
    2. Gusi bengkak disebabkan ubat phenytoin (ubat anti-sawan)
    3. Ulser mulut
    4. Risiko mendapat jangkitan kuman
    5. Proses penyembuhan yang lama
    6. Serangan yang kerap boleh menyebabkan kecederaan pada gigi terutamanya gigi hadapan
    7. Kesihatan mulut yang terjejas sekiranya kebersihan mulut diabaikan (penyakit gusi, gigi berlubang, nafas berbau)
       
      Gusi bengkak akibat ubat anti-sawan
      (ihsan Dr. Dasera Raj)
       
      Kecederaan pada gigi akibat terjatuh semasa sawan
      (ihsan Dr. Norjehan Yahaya)

 

Sekiranya ia adalah lawatan pertama anda, adalah sangat mustahak anda memberitahu doktor gigi mengenai penyakit sawan yang anda alami kerana beliau boleh mengambil langkah berhati-hati dan bersedia sekiranya serangan sawan berlaku di klinik gigi. Oleh itu, sila beritahu doktor gigi maklumat-maklumat penting seperti di bawah:

  1. Anda menghidap sawan
  2. Kekerapan dan tahap keterukan sawan tersebut
  3. Tarikh serangan sawan yang terakhir
  4. Ubat yang diambil untuk mengawal sawan
  5. Tempat/ klinik dimana rawatan susulan dijalankan (sertakan nama doktor yang merawat dan nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya perlu)
  6. Alahan terhadap ubat
  7. Masalah perubatan yang lain selain epilepsi
  8. Beritahu doktor gigi dengan segera sekiranya anda mengalami sesuatu aura sebelum serangan sawan terjadi
  1. Bawa orang lain bersama anda ke klinik gigi
  2. Ambil ubat anda sebelum temujanji dengan doktor gigi (sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam sebelum temujanji)
  3. Bawa ubat bersama anda ke klinik gigi
  4. Pastikan kakitangan di klinik gigi mengetahui masalah yang anda hadapi

PERINGATAN!!!

  1. Sekiranya gusi membengkak disebabkan ubat anti-sawan, kebersihan mulut yang teliti mesti dilakukan. Sila dapatkan nasihat doktor gigi dengan segera.
  2. Berus gigi dua kali sehari dengan ubat gigi berflorida dan memflos sekali sehari.
  3. Anda mungkin mengalami gusi berdarah tetapi jangan sekali-kali berhenti dari menggosok gigi. Dapatkan nasihat dengan segera.

 

Semakan Akhir : 15 Januari 2015
Penulis / Penterjemah : Dr. Siti Zaleha bt. Hamzah
Akreditor : Dr. Norjehan bt. Yahaya

 

Artikel Berkaitan

Nafas Berbau

Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan disebabkan oleh jenis pengambilan makanan atau penyakit.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,402,569

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia