A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Penulis
  4. /
  5. Salina bt. Hisham

Salina bt. Hisham

Salina

Salina bt. Hisham merupakan Pegawai Sains Forensik di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah di University of Western Australia).

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda (kepujian) Sains Forensik dan di Universiti Teknologi Malaysia dengan memperoleh ijazah Sarjana Sains Forensik.

Kerja-kerja beliau melibatkan pengendalian spesimen medikolegal yang merangkumi aspek teknikal bedahsiasat mayat, pengurusan kes antropologi forensik dan histopatologi forensik, serta siasatan di tempat kejadian dan penggalian semula mayat.

Kepakaran lain termasuk projek penyelidikan dengan pelbagai pembentangan oral dan poster serta penerbitan artikel di dalam jurnal antarabangsa dan tempatan (Australian Journal of Forensic Sciences; Canadian Society of Forensic Science Journal; Malaysian Journal of Public Health Medicine; Malaysian Journal of Pathology; Malaysian Journal of Forensic Pathology and Science). Juga terlibat di dalam pengurusan bencana ramai mangsa dan Operasi Gangga.

Pengalaman kerja:

  1. Pegawai Sains Forensik, Hospital Temerloh 2005-2007
  2. Pegawai Sains Forensik, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru 2007-2016

Semakan Akhir : 15 Februari 2017

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,641,929

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia