A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Sakit Belakang

Sakit Belakang

Pengenalan

Sakit belakang adalah penyakit yang sering dihidapi. Setiap orang akan mengalami sekurang-sekurangnya satu episod sakit belakang sewaktu hayatnya. Sakit belakang adalah antara masalah yang menyebabkan seseorang berjumpa doktor.

Siapakah yang berisiko?

Sering berlaku di antara umur 25-60 tahun pada lelaki mahupun perempuan dan sering menyebabkan hilang hari berkerja. Bagi 85% penghidap sakit belakang ianya sering berpunca dari tulang spinal bahagian bawah.

Apakah gejala sakit belakang?

  • Pelbagai.
  • Ini temasuk sakit ,kejang otot,kebas kaki,sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan.
  • Sakit belakang juga boleh menjadi lebih ketara apabila pesakit batuk,bersin,menggeliat atau duduk untuk satu jangka masa yang panjang.

Apa yang menyebabkan sakit belakang?

  • Banyak.
  • Antara yang paling kerap termasuk: kejang otot, stress dan masalah tulang rawan.
  • Lain-lain sebab termasuklah patah tulang belakang, jangkitan kuman, kanser dan sakit tua.

Apakah itu masalah rawan?

Di antara segmen tulang belakang terdapat rawan(disk) yang bertindak sebagai penyerap hentakan. Dengan peredaran masa, rawan akan menjadi lemah lalu terbonjol keluar dan menekan urat-urat saraf. Ini boleh meyebabkan rasa sakit.

Apakah tanda-tanda merbahaya?

Berjumpalah doktor pada kadar segera apabila:

  • Sakit belakang sehingga menyebabkan lemah atau kebas anggota kaki atau tangan dan hilang daya mengawal buang air kecil dan besar.
  • Sakit belakang dan demam panas(mungkin jangkitan kuman pada tulang belakang).
  • Sakit belakang dengan susut berat badan yang mendadak.

Bolehkan sakit belakang dielakkan?

Boleh.

Antara kaedah-kaedah yang mudah termasuklah

  • Duduk dengan tegak
  • Gunakan otot kaki sewaktu mengangkat barangan berat
  • Jangan mengangkat barang yang terlalu berat
  • Senaman menguatkan otot di sekeliling tulang belakang

Bagaimana ia dirawat?

Terdapat pelbagai kaedah rawatan bergantung kepada sebab dan tahap kesakitan. Dinasihatkan untuk mendapat rawatan dengan berjumpa doktor ortopedik ataupun doktor spinal.

Rujukan

Campbell Operative Orthopaedics

Semakan Akhir : 25 April 2012
Penulis : Dr. Izan Ibrahim
Penyemak : Dr. Heselynn Hussein

 

Artikel Berkaitan

Implan

Your browser does not support the video tag. [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv] Download:

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,407

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia