A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sakit Belakang

Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

Definisi

Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

Sebab-sebab

Terdapat banyak sebab sakit belakang. 75% kes sakit belakang tidak dapat dipastikan punca sebenarnya. Manakala 25% kes ini berkemungkinan disebabkan oleh:

  • Otot
    • Otot tergeliat
    • Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan
    • Otot letih
  • Tulang
    • Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah
    • Patah tulang belakang
    • Tulang yang cacat
    • Kanser tulang
  • Lain-lain
    • Kedudukan badan yang tidak betul
    • Penyakit Radang Pelvik (Pelvic Inflammatory Disease, PID)
    • Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
    • Penyakit batu karang
    • Psikologi
      • Berkaitan dengan stres

Tanda & Gejala

Bila perlu berjumpa doktor?

  • Rasa kebas di bahagian punggung, betis, peha dan kaki.
  • Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya
  • Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki
  • Rasa sakit yang menusuk
  • Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas.
  • Apabila adanya gejala-gejala yang berkaitan seperti :-
    • Demam
    • Sakit di bahagian perut
    • Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar.
    • Sakit kepala
  • Berkaitan dengan haid

Komplikasi

Bergantung kepada sebab dan puncanya, sakit belakang yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi :-

  • Lemah atau lumpuh otot-otot kaki
  • Kecacatan kekal
  • Kanser yang tidak dapat dikesan

Sekiranya sakit belakang berpunca daripada organ dalaman seperti PID atau sebarang organ dalaman yang berkaitan sakit puan, dan tidak dirawat, ini boleh mengakibatkan ketidaksuburan dan komplikasi lain.

Rawatan

Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :

  • Rehat yang cukup
  • Regangan pada bahagian belakang
  • Fisioterapi
  • Menggunakan ubat sapu
  • Ubat penahan sakit

Rawat punca sebenar sakit belakang

Pencegahan

  • Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat
  • Berehat untuk meregangkan belakang badan
  • Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap Smear untuk mengesan Kanser Pangkal Rahim
  • Kekalkan berat badan unggul
  • Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium dan zat yang cukup untuk mencegah osteoporosis
  • Kekalkan cara hidup sihat

Pemulihan

Pemulihan melibatkan pengambilan ubat-ubatan seperti penahan sakit, fisioterapi (Pemulihan Anggota) dan Pemulihan Cara Kerja.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Hamdan Buyong
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Sesak Nafas

Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.

Ulser Peptik

Ulser peptik berlaku apabila terdapat luka di bahagian dinding perut dan bahagian permulaan usus kecil dikenali sebagai duodenum.

Vena Varikos

Vena varikos adalah satu manifestasi penyakit pembuluh darah vena yang kronik. Penyakit ini dikenali dengan keadaan vena yang membengkak, berbelit dan mudah disentuh. Keadaan ini boleh berlaku di mana-mana bahagian badan yang mengalami kemelesetan aliran vena; akan tetapi keadaan ini kerap melibatkan anggota kaki.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,494,334

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia