A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiasi
  6. /
  7. Risiko Radiasi Dalam Pengimejan...

Risiko Radiasi Dalam Pengimejan Pediatrik

Pengenalan

Kaedah Pengimejan Perubatan telah membawa kepada penambahbaikan dalam diagnosis perubatan serta rawatan terhadap pelbagai jenis penyakit bagi golongan kanak-kanak dan dewasa.

Terdapat pelbagai kaedah atau prosedur pengimejan perubatan digunakan terhadap kanak-kanak, yang setiap satu daripadanya menggunakan teknologi dan teknik yang berbeza. Dalam prosedur Tomografi berkomputer (CT), flouroskopi dan radiograf X-Ray konvensional) Sinaran Mengion digunakan untuk menghasilkan imej tubuh badan . Ia merupakan satu bentuk radiasi yang mempunyai tenaga malah berpotensi untuk menyebabkan kerosakan DNA seterusnya boleh meningkatkan risiko untuk mendapatkan kanser di sepanjang hayat seseorang itu.

CT, radiografi, dan fluoroskopi mempunyai prinsip asas yang sama apabila sinaran X-ray dipancarkan ke badan, sebahagian daripadanya akan diserap atau terserak dengan struktur dalaman, sementara X-ray yang selebihnya dihantar kepada pengesan untuk diproses atau direkodkan oleh komputer. Pemeriksaan ini adalah berbeza dari segi tujuannya:

  1. Radiografi – satu imej yang direkodkan untuk penilaian yang seterusnya.
  2. Fluoroskopi – imej X-ray yang berterusan akan dipaparkan pada monitor bagi membolehkan pemantauan prosedur pada masa yang sama dan melalui proses penggunaan media berkontras ataupun pewarna melalui badan pesakit. Fluoroskopi boleh menyebabkan penerimaan dos radiasi yang tinggi, terutamanya bagi prosedur intervensi (seperti pemasangan kateter, atau peranti lain di dalam badan) yang memerlukan fluoroskopi dijalankan dalam tempoh masa panjang.
  3. CT – Pergerakan pada alat pengesan yang menghasilkan imej-imej x-ray membolehkan komputer membina semula semua data imej secara keratan rentas untuk memperlihatkan organ-organ dalaman dan tisu. Pemeriksaan CT melibatkan dos radiasi yang lebih tinggi berbanding x-ray konvensional kerana imej CT dibina semula daripada pelbagai unjuran X-ray seseorang individu.

Berapa Jumlah Radiasi yang Digunakan?

Kita semua terdedah kepada sejumlah kecil radiasi setiap hari iaitu dari tanah, batu, bahan binaan, udara, air, dan sinar kosmik dikenali sebagai sinar latar belakang semualajadi. Sinaran latar belakang terdedah setiap hari boleh dibandingkan dengan radisi yang digunakan di dalam X-Ray dan CT Scan bagi membantu memahami dos radiasi pesakit.

Sumber Radiasi
Tempoh Sinar Latar Belakang
Latar Belakang 1 hari
X-Ray Dada (tunggal) 1 hari
CT Kepala (hahaha!) Sehingga 8 bulan
CT Abdomen Sehingga 20 bulan

Risiko dan Manfaat

Secara amnya, walaupun manfaat daripada pemeriksaan pengimejan X-ray secara klinikal lebih banyak berbanding risiko, pelbagai usaha perlu diambil bagi mengurangkan risiko ini iaitu dengan mengurangkan pendedahan yang tidak perlu kepada sinaran mengion. Pendedahan sinaran mengion kepada pesakit kanak-kanak melalui prosedur pengimejan perubatan adalah perkara yang dibimbangi bagi pesakit kanak-kanak kerana:

  1. pesakit kanak-kanak lebih radiosensitif berbanding orang dewasa (sebagai contoh, risiko kanser bagi seunit dos sinaran mengion adalah lebih tinggi);
  2. mempunyai jangka masa yang lebih panjang terhadap sebarang kesan daripada pendedahan kepada radiasi yang terarah kepada kanser; dan
  3. penggunaan peralatan dan tetapan terhadap pendedahan yang direka untuk orang dewasa boleh menyebabkan pendedahan radiasi berlebihan jika digunakan pada pesakit bersaiz lebih kecil.

Manfaat

Pemeriksaan pengimejan X-ray diiktiraf sebagai alat perubatan yang bernilai untuk pelbagai pemeriksaan dan prosedur termasuk:

  1. Menggunakan pengimbas CT dengan pengesan berganda untuk memeriksa kanak-kanak adalah lebih cepat daripada pengimbas CT yang lama,
  2. Mengurangkan keperluan untuk ubat pelali dan anestesia am
  3. Pengimbasan CT tidak menyakitkan, tidak merbahaya dan lebih tepat.
  4. Kelebihan utama pnggunaan CT adalah keupayaannya dalam pengimbasan imej untuk tulang, tisu lembut dan saluran darah pada masa yang serentak.
  5. Pemeriksaan CT adalah cepat dan mudah; dalam kes-kes kecemasan, pemeriksaan CT boleh memaparkan dengan cepat kecederaan dalaman dan pendarahan untuk membantu dalam menyelamatkan nyawa.
  6. CT telah terbukti sebagai alat pengimejan yang kos-efektif bagi pelbagai masalah klinikal.
  7. CT kurang sensitif kepada pergerakan pesakit berbanding MRI.
  8. Tidak seperti MRI, CT boleh dilakukan ke atas pesakit yang mempunyai apa jua jenis impan perubatan.
  9. Hasil diagnosis daripada imbasan CT boleh mengurangkan keperluan bagi pembedahan dan biopsi.
  10. Tiada radiasi yang kekal di dalam badan pesakit selepas pemeriksaan CT.

Risiko

Risiko terhadap individu yang memerlukan pemeriksaan pengimejan pada kebiasaanya agak rendah jika dibandingkan dengan manfaat diperolehi daripada diagnosis tepat serta intervensi yang dijalankan. Risiko daripada pengimejan X-ray merangkumi risiko pendedahan kepada sinaran mengion dan kemungkinan tindak balas intravena media berkontras, atau ‘’pewarna” yang kadangkala digunakan untuk meningkatkan ketepatan paparan imej. Jenis-jenis risiko radiasi merangkumi:

  1. Kesan tisu seperti katarak, kemerahan kulit, dan keguguran rambut, yang berlaku apabila pendedahan radiasi pada tahap agak tinggi dan sangat jarang berlaku pada kanak-kanak; dan
  2. Peningkatan kecil terhadap kemungkinan bahawa seseorang yang terdedah kepada x-ray akan menghidap kanser pada masa akan datang. Risiko kanser yang disebabkan oleh radiasi bergantung kepada dos radiasi, umur pesakit sewaktu pendedahan, jantina pesakit (wanita lebih radiosensitif berbanding lelaki), dan organ yang terdedah kepada sinaran.

Bagaimana Risiko Boleh Dikurangkan?

Terdapat pelbagai cara bagi memastikan kanak-kanak terdedah kepada jumlah radiasi paling minimum sewaktu pemeriksaan pengimejan dijalankan termasuk:

  1. Melakukan pengimejan apabila terdapat manfaat perubatan yang jelas
  2. Menggunakan jumlah radiasi paling rendah untuk pengimejan yang mencukupi berdasarkan saiz kanak-kanak itu
  3. Melakukan pengimejan hanya pada bahagian yang dikehendaki
  4. Mengelakkan daripada melakukan imbasan berganda
  5. Sekiranya boleh, gunakan pemeriksaan diagnostik alternatif (seperti ultrasound atau MRI)

Kesimpulan

Risiko kanser yang disebabkan sinaran mengion sebenarnya bergantung kepada faktor seperti jumlah radiasi diterima, oleh organ yang terdedah sinaran, umur dan jantina pesakit. Walaupun risiko kanser adalah lebih tinggi untuk pesakit yang lebih muda, keseluruhan risiko kanser adalah rendah bagi pendedahan terhadap pengimejan perubatan tanpa mengambil kira umur pesakit. Sekiranya prosedur X-ray perlu dari segi perubatan, maka manfaat perubatan sentiasa akan lebih banyak berbanding risiko kanser. Oleh itu, anggaran risiko radiasi tidak perlu diambilkira dalam membuat keputusan sama ada perlu atau tidak sesuatu pemeriksaan perlu dilakukan terhadap pesakit tertentu. Oleh itu,, kewajaran untuk melakukan Pengimejan Diagnostik bergantung kepada doktor yang merawat kanak kanak itu berdasarkan keperluan perubatan serta kemampuan pemeriksaan tersebut dlam memberikan maklumat. Jika terdapat keperluan perubatan untuk prosedur X-ray yang tertentu dan pemeriksaan lain yang tidak menggunakan sinaran mengion (contohnya, ultrasound dan MRI) atau radiasi rendah adalah tidak sesuai. Pertimbangan risiko radiasi dan keputusan pesakit untuk menjalankan prosedur berkenaan tidak boleh mempengaruhi keputusan doktor untuk menjalankan prosedur itu.

Rujukan

  1. Pediatric X-ray Imaging. In Radiation-Emitting Products. Retrieved May 17, 2016 from http://www.fda.gov/Radiation-EmittingProducts/RadiationEmittingProductsandProcedures/MedicalImaging/ucm298899.htm
  2. Children’s (Pediatric) CT (Computed Tomography). Radiological Society of North America, Inc (RSNA). Retrieved June 7, 2016 from http://www.radiologyinfo.org/en/info.cfm?pg=pedia-ct
  3. What Parents Should Know About CT Scans for Children: Medical Radiation Safety. Retrieved June 7, 2016 from http://www.imagegently.org/Portals/6/Parents/Image_Gently_8.5x11_Brochure2pg.pdf
Semakan Akhir : 17 Mac 2017
Penulis/Penterjemah : Nurain bt. Borhan
Akreditor : Adzlin Hana bt. Mohd Sari

Artikel Berkaitan

Terbakar dan Melecur

Tahap Satu – Kecederaan yang hanya melibatkan lapisan luar kulit sahaja. Ia tidak menyebabkan penembusan lapisan kulit
Tahap Dua – Kecederaan yang menyebabkan penembusan lapisan kulit, menyebabkan lapisan bawah kulit mengalami kerosakan
Tahap Tiga – Kecederaan yang menyebabkan kerosakan kepada semua lapisan kulit, juga melibatkan kerosakan pada lapisan otot, ataupun tulang.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,681

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia