A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Vaksin-vaksin terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah berpandukan kepada Perluasan Program Imunisasi (EPI- Expanded Immunisation Programme) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO- World Health Organization). Vaksin-vaksin ini diberi secara percuma kepada semua bayi dan kanak-kanak di semua klinik kesihatan kerajaan dan ia merangkumi 10 jenis vaksin yang boleh menghalang penyakit. Pemberian vaksin secara menyeluruh adalah penting untuk menjayakan program imunisasi ini. Lebih banyak vaksin mungkin akan diperkenalkan pada masa akan datang. Jadual imunisasi yang sedia ada ini mungkin akan diubahsuai dari masa ke semasa bergantung kepada keperluan. Jadual imunisasi yang terkini adalah seperti yang dilampirkan di dalam Jadual Imunisasi.

Terdapat pelbagai vaksin baru dan lain-lain jenis vaksin di pasaran Malaysia. Walau bagaimana pun, klinik dan hospital swasta mungkin menggunakan produk vaksin yang sedikit berbeza daripada yang digunakan oleh pusat kesihatan kerajaan.

Apakah vaksin yang sedia ada?

Vaksin yang disediakan untuk remaja-remaja bagi mencegah daripada kanser serviks:

  • Terdapat formula yang berlainan untuk sesejenis vaksin
    • Batuk kokol/ Pertussis- vaksin jenis tanpa sel dan vaksin jenis seluruh sel
    • Vaksin polio – vaksin jenis yang telah dimatikan terlebih dahulu dan vaksin jenis yang masih hidup tetapi telah dilemahkan terlebih dahulu
  • Vaksin untuk kanak-kanak yang masih tidak terdapat di dalam jadual imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia ialah:
    • Cacar Air
    • Jangkitan meningokokal
    • Jangkitan pneumokokal
    • Rotavirus
    • Influenza
  • Vaksin untuk kanak-kanak yang melancong ke luar negeri ataupun yang mempunyai risiko untuk dijangkiti:
    • Hepatitis A
    • Demam Kepialu
  • Vaksin yang disediakan untuk remaja bagi mencegah daripada kanser serviks:
    • Human Papilloma Virus (HPV)

Vaksin yang spesifik untuk sesejenis penyakit:

  • Pertussis – keseluruhan sel pertusis wP dan vaksin tanpa sel pertusis aP
  • Poliomyelitis – Vaksin hidup yang dilemahkan dan yang telah dimatikan terlebih dahulu
  • Cacar air atau Varicella
  • Penyakit Meningococcal
  • Penyakit Pneumococcal
  • Jangkitan Rotavirus
  • Jangkitan Influenza
  • Hepatitis A
  • Demam Kepialu
  • Human Papillomavirus (HPV)

Appendik

  • Vaksin mencegah jangkitan bakteria dan virus yang terkini terdapat di dalam program imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jadual imunisasi terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia
Semakan akhir : 25 April 2012
Penulis : Dato’ Dr. Jimmy Lee Kok Foo
Penyemak : Dr. Ranjini S. Sivanesom

 

Artikel Berkaitan

Pertusis

Pertusis/Batuk kokol – vaksin jenis tanpa sel aP dan vaksin

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,666

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia